Alami Keunikan Budaya Korea di Hartamas Shopping Centre


Bismillah,

Aku dan isteri banyak mempelajari budaya masyarakat Korea melalui rancangan-rancangan di televisyen. Contohnya daripada rancangan Running Man aku tau permainan Ddakji dimainkan, aku kenal Kimchi, Kimbab, Bibimbab, Ramyeon, Bulgogi dan banyak lagi. Malahan puan isteri pernah hasilkan Kimchi sendiri di rumah kerana teruja bila melihat mereka makan di televisyen.


Jadi dua tiga hari sebelum ini bila dapat tahu akan berlangsungnya event Korea Fair di Hartamas Shopping Centre, kami sekeluarga rasa teruja. Ye la sebelum ni dapat tengok di kaca televisyen je, kali ni dapat alami dan rasai sendiri di Malaysia. Nak ke Korea entah bila pun tak tau lagi. Jadi peluang yang julung-julung kali diadakan ni takkan kami lepaskan macam tu je.


Acara ini berlangsung selama 5 hari dari 27 September 2016 hingga 1 Oktober 2016 bertempat di Hartamas Shopping Centre. Ada banyak aktiviti dan pameran disediakan di sana antaranya adalah :


27 September 2016 - Memperkenalkan tarian tradisional masyarakat Korea
28 September 2016 - Demonstrasi dan cara Ddakji dimainkan (permainan tradisi)
29 September 2016 - Demonstrasi dan cara Tuho dimainkan (permainan tradisi)
30 September 2016 - Demonstrasi dan cara untuk membuat Kimchi (menu makanan Korea)
01 Oktober 2016      - Pertandingan Makan Samyang
                                           (hadiah untuk para pemenang terdiri daripada produk Korea)


Alex Tan, Pengurus Hartamas Shopping Centre memberitahu acara ini diadakan untuk meraikan sekaligus cuba memperkenalkan keunikan budaya masyarakat luar kepada penduduk sekitar dan pengunjung pusat membeli belah tersebut.


Menurutnya lagi Hartamas bukan sahaja relevan sebagai lokasi penempatan untuk rakyat Malaysia malahan juga pemastautin daripada negara-negara luar terutamanya dari Korea dan Jepun. Jadi dengan adanya aktiviti dan acara seperti ini dapat mengeratkan hubungan di antara penduduk sekitar dan membuka peluang kepada pengunjung dan orang ramai untuk mengenali dan mendalami budaya masyarakat Korea secara dekat.


Jadi kepada yang berkelapangan dan ingin mencuba aktiviti yang disediakan boleh la berkunjung ke Hartamas Shopping Centre bermula 27 September 2016 hingga 1 Oktober 2016. Masuk percuma. Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan lagi Korea Fair di sana.



Hartamas Shopping Centre @ Plaza Damas,
No. 60 Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia


Foto kredit : www.qasehsu.com

5 Comments