Ingatkan Main Pokemon Go Ketika Memandu, Rupanya..

Bismillah,

Kebiasaan aku lihat ramai pemandu kereta waima motosikal sekalipun sering menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu. Aku tak kisah apa pun yang mereka lakukan sebab aku bukan PBT tetapi kalau dah sampai menyebabkan trafik sesak, lambat dan boleh mengundang kecelakaan kepada pengguna jalan yang lain.. ha itu memang cari pasal.

Lagi lagi bila aplikasi permainan dalam talian Pokemon Go diperkenalkan, semua orang pakat cari walaupun sewaktu memandu. Geram pun ada sebab mengganggu lalulintas. Bila kena hon, boleh plak buat muka. Ai kecik besar je aku tengok.


Baru baru ni sewaktu pulang dari tempat kerja, aku hampir kena himpit dengan sebuah kereta. Aku dah menyirap. Yela bawak kemain perlahan kat lane tengah satu hal, lepas tu bawak lintang pukang ke kiri ke kanan. Spesis mabuk ni.

Aku rapat ke sisi cermin bahagian pemandu. Awek cun rupanya. Mati mati aku ingat dia main handset atau Pokemon Go, rupanya dia tengah kusyuk korek hidung daa. Perghh stim punya pasal sampai macamtu sekali dia bawak kereta. Berdaki hujung kuku kalau dikikis dengan sudu tu haha.

Ok lepas ni mohon JPJ atau pihak polis ambil tindakan tegas. Bukan sahaja kepada pemandu yang menggunakan telefon sewaktu memandu, tetapi juga pemandu yang sedang mengorek hidung.

Kusyuk korek hidung sampai terbabas ni mungkin sebab dia dah tersentuh titik kepuasan. Kalau lama dibiarkan boleh bawak tido time memandu tu haha.



6 Comments

  1. Hati2 ketika memandu bro afzal... Jgn ikut main pokemon pulak... Selamat hari raya aidil adha :)

    ReplyDelete
  2. Hati2 ketika memandu bro afzal... Jgn ikut main pokemon pulak... Selamat hari raya aidil adha :)

    ReplyDelete
  3. Bayangkan apa alasan dia nak cakap kalau terlibat kemalangan? "Maaf saya tengah korek hidung waktu memandu.."

    ReplyDelete
  4. hahahahhahaha. korek hidung pastu calit dekat stereng. hahaha. siot je

    ReplyDelete
  5. sebagai seorang pemain game pokemon go yang tegar, aku rasa malu dengan tindakkan pemandu yang memandu sambil main pokemon go

    ReplyDelete