Bismillah,
Baru-baru ni viral di laman sosial bagaimana seorang lelaki ditipu oleh seorang wanita cantik menerusi aplikasi
Whatsapp. Dalam perbualan itu, wanita tersebut meminta seorang lelaki yang baru dikenalinya
top up telefon sebanyak
RM50 dan akan menggantikan kembali wang lelaki berkenaan nanti. Lelaki tersebut percaya dan terus menghantar
top up kepada wanita tersebut. Alih-alih lelaki tersebut terus kena
block. Sadis.
Ni bukan pertama kali aku dengar cerita ni. Sebelum ni banyak cerita-cerita yang lebih kejam dan sadis yang pernah aku dengar. Dan di sini aku nak kongsikan bagaimana cara gadis cantik seperti wanita tersebut memperdayakan lelaki lain.
Sebenarnya awal-awal lagi korang dah tertipu, wanita cantik itu hanya sekadar
display picture sahaja. Di sebaliknya adalah sindiket penipuan sama ada perseorangan atau berkumpulan. Dan yang paling sadis kebanyakan mereka adalah lelaki. Kalau betul pun perempuan, mereka tak akan letakkan gambar mereka sendiri. Itulah sebabnya setiap hari akan ada laporan mengenai penipuan yang melibatkan gambar
profile picture yang dicuri dan disalahguna oleh pihak yang tak bertanggungjawab.
Mereka akan menambah kenalan terutama di kalangan lelaki dengan ciri-ciri buaya darat atau
desperate. Ini lebih mudah untuk mereka memeras ugut dengan bermodalkan kata-kata manis dan ayat-ayat cinta.
Lagi-lagi bila lelaki
desperate ni tengok
DP awek cun, seksi pulak tu.. apa la salahnya membantu. Takkan la awek secantik itu nak menipu..iye tak? Itu cara pemikiran polos lelaki yang termakan pujuk rayu.
Aku bukan mangsa, tetapi pernah terdengar perbualan orang yang menggunakan modus operandi ini untuk mencari mangsa. Hasil penipuan yang dilakukan akan digunapakai sendirri atau jual balik
top up tu kepada orang lain dengan harga yang lebih murah.
Aku harapkan kita tak terlalu percaya dengan seseorang yang baru kita kenal lebih-lebih lagi bila melibatkan duit. Kalau terpaksa, minta
salinan kad pengenalan sebagai bukti.
Semoga kita dapat berkongsi sesuatu melalui artikel hari ini.
5 Comments
Betul. Macam2 teknik nak menipu sekarang. Hati2 la dengan manusia di Facebook
ReplyDeleteMoral of the story, jangan menilai kecantikan hanya di DP ! Hahaha !
ReplyDeleteAlahaaaii senangnya nak tipu orang rupanya..nak try gak la hahaa
ReplyDeleteMudahnya lelaki tertipu.
ReplyDeletesemoga dapat ditangkap mereka ni....penat cari duit mereka senang ja ambil macam tu je =(
ReplyDelete