'> Semakan Untuk Mendapatkan Dekoder MYTV Secara PERCUMA | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Friday, September 30, 2016

Semakan Untuk Mendapatkan Dekoder MYTV Secara PERCUMA


Bismillah,

Memandangkan negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan penutupan siaran analog (analogue switch off – ASO) secara berperingkat-peringkat antara 2015 sehingga 2020, jadi Malaysia telah mengambil langkah awal melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan melaksanakan Televisyen Terestrial Digital (DTT). 


Melalui DTT jurang siara digital, terutamanya di kawasan-kawasan terpencil dapat dirapatkan. Menerusi DTT, rakyat Malaysia akan menikmati banyak manfaat seperti kualiti gambar dan bunyi yang lebih baik, lebih banyak saluran siaran percuma, akses kepada panduan program elektronik (EPG), sarikata pelbagai bahasa, dan berkemampuan untuk menonton siaran TV yang berkualiti HD menerusi Siaran Digital myFreeview.

Kawasan Liputan DTT
Sehingga kini, terdapat 13 stesen pemancar di seluruh negara dan meliputi hampir 80% kawasan penduduk di seluruh Malaysia. Ia akan dinaiktaraf secara berperingkat bagi mencapai 98% kawasan menjelang 2018.

Saluran Yang Boleh Ditonton Melalui MyFreeviev
Buat masa ini saluran yang disiarkan ialah TV1, TV2, TV3, TV Alhijrah, ntv7, 8TV, TV9
dan Bernama News Channel (BNC). Jumlah saluran akan bertambah dari semasa ke semasa. 

Seramai 2 juta set dekoder PERCUMA (MYTV Basic) telah diagihkan kepada isi rumah terpilh di seluruh negara. Set dekoder PERCUMA ini akan dihantar ke alamat rumah isi rumah yang terpilih menggunakan khidmat penghantaran Pos Laju. Kerajaan telah merancang untuk menutup saluran TV Analog bermula tahun 2018 dan selepas itu sebarang siaran televisyen yang menggunakan satelit dan kabel akan dihentikan.

Cara Untuk Membuat Semakan
Anda boleh menyemak melalui kaedah-kaedah berikut:

Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan untuk buat semakan

 Nanti akan keluar status sama ada korang terpilih ataupun tidak. Malangnya aku tak terpilih.

MYTV atau ASTRO?
MYTV sama fungsinya macam ASTRO cuma buat masa ni siaran MYTV terhad dan sedang dalam proses penambahbaikan. MYTV percuma manakala ASTRO adalah langganan setiap bulan. Dua-dua menjanjikan bebas gangguan cuaca tetapi siaran ASTRO masih lagi hilang-hilang ketika hari hujan, MYTV belum tahu lagi. 

Tepuk dada tanya selera. Kalau aku, aku akan pilih yang PERCUMA. Cuma aku harapkan MYTV dapat tunaikan janji untuk naiktaraf siarannya dari semasa ke semasa.


6 comments:


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com