Seminar Facebook PERCUMA


Bismillah,

Siapa sangka TRS Training & Consultancy akan memberikan Seminar Facebook PERCUMA dalam masa terdekat kepada para usahawan dan pengguna Facebook bagi mendapatkan lebih banyak ilmu berkaitan perniagaan di dalam talian lebih lebih lagi di laman Facebook.


Pengasasnya tuan Suhaimi Umar, merupakan sifu pemasaran online yang telah banyak membantu ramai usahawan di luar sana dalam mengembangkan perniagaan di laman sosial tersebut. Dia antara pengasas Facebook Ads di mana ia adalah salah satu teknik pemasaran yang berkesan di Facebook.

Ramai masyarakat kini gemar memilih medium laman sosial seperti Facebook dan Instagram kerana mudah untuk memasarkan produk dan bahan jualan tetapi tak ramai yang tahu cara cara dan tips pemasaran yang berkesan. Semua orang boleh berniaga, tetapi bagaimana mereka mampu mengekalkan perniagaan mereka, menarik perhatian golongan sasar dan meletakkan produk mereka setanding dengan produk pesaing lain yang lebih terkenal? Semua itu bergantung kepada teknik dan asas perniagaan di laman sosial seperti yang akan diajar oleh tuan Suhaimi Umar.


Kesalahan yang acapkali dilakukan oleh pengusaha dan usahawan di media sosial seperti Facebook ialah mereka gemar untuk 'tag' nama rakan-rakan lain dan meletakkan iklan pada 'wall' atau ruangan komen pengguna Facebook yang lain. Ini akan menimbulkan rasa kurang senang orang lain dan akan menimbulkan beberapa masalah lain antaranya akan di report sebagai spammer dan kemungkinan akan kehilangan kawan (unfriend). Keadaan itu akan merugikan kita, kerana kita tidak tahu kemungkinan di antara mereka yang unfriend itu berpotensi besar untuk menjadi prospek kita. Jadi kita perlukan teknik dan kaedah yang betul untuk mengiklankan pruduk kita di Facebook.

Tuan Suhaimi Umar bukan sahaja memberi bimbingan secara individu malahan beliau juga banyak mengadakan seminar kepada badan korporat, syarikat syarikat besar dan juga usahawan usahan terkenal. Melalui pendedahan beliau, kita akan diajar teknik sebenar di samping cara-cara untuk menjana pendapatan secara online dengan berkesan dan berterusan.



Seramai 250 orang telah mendaftar bagi bengkel Facebook #DemiSekepingRoti yang akan diadakan pada hujung bulan ini iaitu 24 & 25 September 2016. Memandangkan mendapat permintaan melebihi jangkaan dan respon positif di kalangan pengguna Facebook, TRS Training & Consultancy bersetuju untuk membuka sekali lagi peluang kepada semua untuk mendaftar bagi sesi kedua Bengkel Facebook #DemiSekepingRoti akan diadakan pada 5 & 6 November 2016.


Silibus Seminar Facebook PERCUMA merangkumi : 

- Rahsia Kenali Pelanggan Anda          

- Mindset Usahawan Bisnes Online          
- Teknik Copywriting Meleleh          
- Teknik Mudah Kuasai Produk         
- Teknik Gambar Fb Ads 3 Saat          
- Rahsia Setting Fb Ads TRS          
- Teknik Closing Sales Membelai          
- Teknik Follow Up Tingkatkan Sales         
- Strategi Manage Database 101%

Jadi PELUANG ini terbuka kepada 250 orang pertama yang mendaftar. Pendaftaran telah pun dibuka SEKARANG

"EARLY BIRD PROMO: BENGKEL FACEBOOK BERNILAI RM1500.00 SECARA PERCUMA AKAN DIBERI KEUTAMAAN KEPADA YANG CEPAT BERTINDAK SAHAJA."

Peluang tidak akan datang selalu sebegini. Dan mana tahu rasa ingin mencuba kita kali ini akan mengubah nasib kita dan keluarga satu hari nanti. Tak salah untuk mencuba apatahlagi ianya hanya PERCUMA bagi 250 orang yang pertama. Mana tahu anda orang yang ke 250. Siapa tahu?

Anda adalah orang yang bertanggungjawab untuk mengubah nasib sendiri dan keluarga. Anda sudah ada semua, cuma anda hanya perlukan teknik sebenar untuk memasarkan perniagaan dan blast kan di Facebook.


Jom daftar sekarang untuk Bengkel Facebook #DemiSekepingRoti secara PERCUMA di bawah :


Maklumat lanjut Seminar Facebook PERCUMA boleh layari laman web dan Facebook yang disediakan:


                              Laman web : http://trstraining.com.my/
                              Facebook: https://www.facebook.com/TRS-Training-Consultancy


P/s: Ciri-ciri orang berjaya adalah yang cepat bertindak.


6 Comments

  1. wahhh.. siap dah.. hebaq..
    semoga berjaya dan menjadi
    yg berjaya

    ReplyDelete
  2. menarik!
    tq for sharing info ni :)

    ReplyDelete
  3. akka nampak affiliate lazada kat atas tu..akak ada letak dulu tapi tak de earning langsung..kalau afzal dapat nanti share tips ye..heheh

    ReplyDelete
  4. Siapa yang buat busines online ni memang digalakkan join seminar percuma facebook ni. Rugi kalau tak join

    ReplyDelete