'> [AMARAN] Nasi Lemak Pandan Mieeza Bahaya Di Makan | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Thursday, November 17, 2016

[AMARAN] Nasi Lemak Pandan Mieeza Bahaya Di Makan


Bismillah,

Nasi lemak adalah salah satu makanan tradisi dan sinonim dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Bukan setakat kaum Melayu sahaja, malah hidangan ini juga diterima oleh masyarakat lain. Dalam banyak-banyak nasi lemak yang aku makan selama aku hidup kat muka bumi ni, aku nak bagi amaran hati-hati bila makan nasi lemak ini. Ada banyak sebab aku kata nasi lemak ni bahaya dimakan.


Pertama kali aku sampai ke gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza ni, aku terkejut sebab atas mejanya penuh dengan pelbagai lauk pauk. Serius aku terkejut sebab aku sangkakan lauk pauk nasi campur. Pemilik Nasi Lemak Pandan Mieeza, Encik Kamil Salleh mengatakan itulah specialnya nasi lemak yang disediakannya selain menggunakan pandan sebagai ramuan untuk nasi lemaknya. Wangi bak hang!


Aku jadi rambang mata tetiba. Cuba bayangkan ada lebih 10 jenis lauk di depan mata, semua lauk nampak sedap.. dan korang terpaksa pilih lauk untuk dimakan sahaja. Pada masa yang sama sampai rumah korang menyesal sebab tak pilih lauk pauk lain. Haa pernah rasa macam tu tak? Bahaya tak penangannya?


Lepas tu aku ambil lauk ayam berempah, telur rebus sebiji dengan sambal kerang. Harganya RM7 je? Serius? Sebab portion nasi lemaknya aku boleh makan sekali dengan wife aku. Kalau makan sorang boleh buat makan pagi dan tengahari sekali. Bahaya.. Bahaya.

Sebab tak puas hati tak dapat rasa lauk pauk lain, aku tekad akan datang balik. Nak cuba sambal paru, keli berlada, rendang daging, sambal sotong, sambal udang dan macam-macam lagi lauk yang lain. Sebab aku dah rasa ayam berempah dan sambal kerang. Perghh gemuk-gemuk ayam dan kerangnya. Sedap tak payah nak cakap. Kalau tak kenapa aku nak repeat balik kan? Aku tak pasti la kenapa aku jadi tak tentu arah macam ni. Sebab tu la aku kata Nasi Lemak Pandan Mieeza ni bahaya dimakan.


Kalau korang nak cuba rasa Nasi Lemak Pandan Mieeza ni, boleh hubungi Encik Kamil Salleh seperti di bawah :

LOKASI
Hadapan Mid Point Shopping Complex, Pandan Indah, Ampang.

WAKTU OPERASI
Isnin - Sabtu (7.00 pm - 12.00 am)
Ahad (8.30 am - 3.00 pm)

Untuk sebarang tempahan boleh hubungi :
017-3932889 (En Kamil Salleh)

Facebook





10 comments:

  1. Dah lama makan baru tau tu nasi lemak pandan mieeza. huhu.. memang sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tadhiah Izzati. Ada 2 gerai nasi lemak kat situ. Kalau sebelah pagi ke petang, itu bukan saya pun.

      Tapi kalau jam 7 ptg - 11.30 , itu memang saya punye.

      Nak tau tengok banner yg dipasang.

      Delete
  2. Nampaknya... Nasi lemak pandan Mieeza semakin bahaya, apa tidaknya? Bila dah cuba sekali, pasti datang lagi di laim masa.

    Uncle Gedek dah 3 kali datang beli tapau nasi lemak bersama sambal kerang.

    P/S- Terima kasih bro Afzal Sukasuki di atas tajuk entri yang gempak lagi viral ini.

    Moga ramai lagi blogger fames yg dtg singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin insyaAllah. Semoga bro Kamil sentiasa sukses dan berjaya dalam perniagaan :)

      Delete
  3. Fuyyooo..kene test ni... Bila nak pegi lagi afzal? Roger LeYa taw..hehe

    ReplyDelete
  4. aku baru lepas makan ni, tetiba lapar balik cissss

    ReplyDelete
  5. Terima kasih bro sudi review berkaitan nasi lemak pandan Mieeza.

    Insha Allah, saya kekalkan rasanya agar selera pelanggan sentiasa ditepati.

    ReplyDelete
  6. Nak repeat tak pergi2 je lagi. Tapi memang tak dinafikan, nasi lemak Mieeza memang sedap, jatuh cinta dibuatnya..

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com