Bismillah,
Last week aku dengan kengkawan aku yang lain dapat peluang untuk berperang bersama. Bukan perang kalah dan mati, tetapi pertempuran Laser Tag di Times Square, Kuala Lumpur. Ada lebih kurang 20 orang yang menyertai pertempuran ini dan kami dibahagikan kepada dua kumpulan.
Ini kali pertama aku bermain permainan ini. Baru tau yang di sana ada permainan sebegini. Tetiba rasa teruja. Mula-mula aku risau gak takut sakit macam main paint ball. Rupa-rupanya tak macamtu. Lagi teruja bila dapat tau yang kami dibekalkan dengan Taurus Energy Drink. Perghh full prepared betul battle kali ni.
Papehal aku habiskan setin dulu Taurus Energy Drink. Bukan apa first time nak main laser tag ni, tak tahu banyak mana tenaga nak kena guna. Mana tau nak kena lari sepanjang masa kan? Prepare awal-awal dulu. Kata tadi nak menang kan? Haha.
Masuk je gelanggang, semua gelap gelita. Yang ada hanya jerit-jerit kengkawan aku je. Kena tembak dah confirm menjerit, yang tembak pon sama menjerit gak haha. Tapi first game team kitorang kecundang la. Kalah tipis dengan team lawan. Aku tak puas hati, aku minum lagi setin Taurus Energy Drink walaupun tenaga aku masih maintain sebab tin yang pertama tadi. Serius la tak pancit. Kali ni confiden level aku naik lagi setingkat dengan adanya Taurus.
Untuk maklumat lanjut berkaitan Taurus Energy Drink, korang boleh layari laman web yang tertera di bawah.
Kredit photo feeqsays dan penaberkala
2 Comments
wahhh..seronoknyaa
ReplyDeleteaku rasa aku minum lebih 2 tin malam tu .hahaha
ReplyDelete