Blog Sihatimerahjambu

Cerita Jasmeen : Bila Korek Hidung Ini Yang Ada Dalam Hidungnya

9:31 AM


Bismillah,

Aku tengok si Jasmeen dok ralit korek hidung dari tadi. Bosan gamaknya sementara tunggu aku download kan game Didi & Friends dia. Penat dah aku tegur jangan asyik dikorek hidung tu. Getah spender pun boleh longgar inikan pula lubang hidung. Lagi haru jari dia lagi tebal dari ukurlilit lubang hidungnya.


"Ibuuuu.. Huuuu", terkejut aku tetiba je dia menangis. Dah kenapa? Dari baring terus terduduk aku. Si Jasmeen terus nangis dapatkan ibu dia yang tengah sidai baju.

Puan isteri keluar bawa Jasmeen kepada aku. "Kenapa ni. Kenapa Jasmeen nangis?"

"Wuuuu..", takde lagi jawapan daripada dia. Cuak dah aku. Dia ni dah la ada pengalaman nampak makhluk halus. Aku bimbang dia 'terkena' lagi je.

"Kenapa sayang"


"Wuu idung Jashmeen masuk plastik", jawabnya teresak esak.

Adoyai anak aku ni. Macam-macam hal. Patutla menggigih dia korek dah serupa macam nak buat satu lagi lubang hidung. Rupanya ada plastik. Plastik sumi plak tu.

Bayangkan betapa besarnya lubang idung dia hahaha. At last aku suruh je dia hembus hidungnya. Terus terkeluar cebisan plastik tu.

Yang aku musykil, macamana plastik tu boleh berada dalam lubang hidungnya? Kuat sangat ke tarikan dari lubang hidungnya tu sampai semua sampah sarap yang berada disekitar tersedut masuk?

Adoyai macam-macam hal la hahaha



You Might Also Like

10 comments

  1. aduhaiii anak..
    anak saya pernah tertelan duit 50sen yang baru tu..
    fuhhh cemas betul..bila xray nampak duit dalam perut..

    ReplyDelete
  2. Hahahahahaa....adoi....penat aunty gelak la jasmeen..mcm2 la awak ni

    ReplyDelete
  3. hehehe nasib baik dpt keluar bila hembus..kalau terus masuk ke dalam mcm mana?- jmr23.com

    ReplyDelete
  4. Ya Allah..Jasmeen..alhamdulillah berjaya dikeluarkan.risau juga menghalang pernafasan..

    ReplyDelete
  5. adoila jasmeen oiìii...

    ni nak kira lawak menurun apaknya ka..ibunya...

    ReplyDelete
  6. adoi.. jasmeen ni..hati2 tau anak ooi...

    ReplyDelete
  7. HAHA...macam vakum daa...aihh, jasmeen oh jasmeen...hehe

    ReplyDelete