Shimmer Infinity Pool Tarikan Terbaru di Pullman Putrajaya Lakeside


Bismillah,

Selain merasai suasana tenang dan damai dengan pemandangan tasik di Pullman Putrajaya Lakeside, kini pengunjung juga boleh menikmati keriangan bermain kolam baru yang ada disediakan di situ.


Pada 20 Disember 2017 yang lalu, Pullman Putrajaya Lakeside telah merasmikan dua buah kolam terbarunya di situ iaitu Shimmer Infinity Pool dan Shimmer Wading Pool. Tarikannya bukan setakat kolam sahaja malahan kafe terbaru mereka Shimmer Bar & Cafe turut menjanjikan kelainan kepada pengunjung yang berada di sana.


Majlis pembukaan tiga buah tarikan terbaru di Pullman Putrajaya Lakeside itu telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Hotel Pullman Putrajaya Lakeside, Robert Ejubs yang turut disaksikan oleh ratusan penginjung yang hadir. Tema 'Pool Party' pada malam itu telah dihiburkan lagi dengan mob dance daripada kakitangan hotel, aksi daripada pemakan api, badut dan bermacam macam lagi.


Lebih menggamatkan suasana Pool Party pada malam itu apabila Datuk Aznil Haji Nawawi turut tampil sebagai pengacara majlis. Disamping memperkenalkan tarikan Shimmer Pool, Bar & Cafe, beliau turut mempelawa pengunjung untuk turit serta menyertai cabaran yang disediakannya. Sebagai ganjaran wang tunai disediakan untuk pengunjung yang bertuah dan sporting.


Sebagai penutup tirai majlis, pengunjung dipersembahkan dengan pertunjukan bunga api dan jamuan sebagai hidangan malam. Apa-apa pun majlis malam itu cukup meriah dan happening.



Kepada korang yang menginap di Pullman Putrajaya Lakeside, jangan lupa untuk merasai keseronokan bermain air di Shimmer Infinity Pool sambil menikmati permandangan sekitar, Shimmer Wading Pool dan rehat santai di Shimmer Bar & Cafe.


Apa boleh aku katakan, terbaik dan awesome!


0 Comments