Warung Mee Udang Kak Zai, Sungkai Perak

10:41 AM


Bismillah,

Jika korang ikut laluan alternatif (ikut jalan kampung @ jalan dalam) di Sungkai, Perak apakata kalau korang berhenti rehat dan menjamu selera di Warung Mee Udang Kak Zai. 


Kalau korang keluar dari Tol Sungkai arah selatan, ambil selekoh kanan dan terus sehingga jumpa lampu trafik simpang empat. Warung Mee Udang Kak Zai tu betul-betul di sebelah kanan jalan.

Di situ korang tak perlu susah-susah nak meneka menu yang ada. Di situ dah digantung segala menu yang ada antaranya Mee Udang, Laksa, Laksa Ikan Seekor, Mee Kari, Mee Rebus, Meehun Sup, Cendol, air kelapa dan macam-macam lagi. Harganya pun murah sekitar RM2.50 sehingga RM10.


Aku pesan Mee Rebus. Rasanya sedap, pekat kuahnya. Kawan aku siap hirup kuahnya sampai licin. Dua orang kawan aku yang lain memesan Mee Udang dan Meehun Sup. Mee Udang nya penuh mangkuk, ada dalam 7-8 ekor udang bersaiz L.


Untuk harga Mee Udang adalah RM10, Meehun Sup RM4.50 dan Mee Rebus RM5. Warung Mee Udang Kak Zai sentiasa penuh dengan pelanggan yang singgah berkunjung di situ.


Jika korang berkesempatan boleh lah singgah makan. Tak rugi sebab masakannya sedap, cepat dan tak perlu menunggu lama sebelum pesanan tiba.


You Might Also Like

3 comments

  1. Entry ape ni ape ni...haishhh..kenapa baca entry nie..kekekeke~

    ReplyDelete
  2. Ehh ehhh.. Adehh terbaca pulak entry ni.. Dah terliur.. Mintak tapau 1.. Hahaha..

    ReplyDelete
  3. hi, saya singgah sini follow awak :)

    ReplyDelete