Blog Sihatimerahjambu

Harga Serendah RM9.90 di D’Kayangan BBQ Steamboat, Shah Alam

10:16 AM


Bismillah,

Baru-baru ni sewaktu berada di Shah Alam, dalam mencari lokasi makan yang menarik aku telah disyorkan oleh rakan aku untuk ke sebuah restoran di sana. Bila dengar restoran tersebut menyediakan menu BBQ dan steamboat, mula aku fikirkan harganya. Agak-agak berbaloi tak kalau apa yang aku makan dengan harga yang ditawarkan?


Terkejut aku kerana sebaik aku tiba di sana, restoran tersebut penuh dengan pengunjung sama ada di ruang makan bahagian luar mahupun dalam. Aku terus melihat menu-menu yang ada di sekitar dan sangat berpuas hati kerana ada lebih 200 menu yang ditawarkan dengan dua pilihan air rebusan iaitu sup atau tomyam. Sangat berbaloi kerana harganya jauh lebih murah malah adakalanya restoran tersebut juga turut memberikan harga promosi pada para pengunjungnya.


Untuk pengetahuan korang restoran yang aku maksudkan itu ialah Restoran D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Pada aku ini adalah antara restoran BBQ murah dan halal yang pernah aku kunjungi.


Bukan setakat menu steamboat, malah di restoran tersebut juga menyediakan beberapa menu tambahan lain yang boleh korang nikmati antaranya mee goreng, nasi goreng, pilihan mee, sayur dan ulam-ulaman, ABC, ayam dan daging perap pelbagai rasa, ikan perap, udang, ketam, aiskrim, teh tarik, pilihan air kordial dan pelbagai jenis pencuci mulut. Malah dengan harga RM35++ itu juga korang boleh dapat rasa menu kambing panggang yang disediakan di situ. Berbaloi sangat kan?


Tempatnya juga luas, mampu menampung sehingga 400 orang dalam satu-satu masa, 180 orang di ruang berhawa dingin dan 220 orang di ruang luar. Ada disediakan kemudahan tandas dan surau bagi pengguna-pengguna yang ingin menunaikan solat. Malah Restoran D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat ini juga telah banyak menerima pengiktirafan daripada perlbagai pihak antaranya daripada rancangan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) TV3.


Jadi kalau korang merupakan peminat menu steamboat, aku cadangkan korang untuk mencuba menu yang telah disediakan di Restoran D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat yang mana lokasinya terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Sangat sedap, selesa, murah dan puas hati dengan menu yang ada.


Malah sepanjang bulan Februari 2017 ini, Restoran D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat ada menyediakan promosi kepada para pengunjungnya di mana harga yang ditawarkan pada hari Isnin hingga Khamis adalah RM28.90 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak manakala Jumaat hingga Sabtu ialah RM35 untuk dewasa dan RM18. Tetapi harga runtuh pada hari Ahad iaitu 'Sunday Family Day' hanya RM22.90 untuk dewasa dan RM9.90 untuk kanak-kanak.


Aku cadangkan korang buat tempahan awal kerana Restoran D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat ni sentiasa penuh dengan pengunjung. Rugi kalau korang tak cubanya sendiri. Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau ingin membuat tempahan, korang boleh rujuk maklumat di bawah :

Restoran D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat,
No.1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M Seksyen 13,
Shah Alam, 40400 Shah Alam
Waktu Operasi : 5 petang – 2 pagi

Nombor Telefon : 0355234979 / 012-2971091


You Might Also Like

2 comments

  1. Wahhhh....bestnye... Nak ajak Mr Otomen dtg sini laa

    ReplyDelete
  2. Akak tgh diet..tgok entry ni terus lapar....sabar jer la

    ReplyDelete