'> Review Gold Coast Morib Resort, Banting Selangor | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Sunday, February 19, 2017

Review Gold Coast Morib Resort, Banting Selangor


Bismillah,

Minggu lepas aku berpeluang untuk bawa keluarga aku pergi bercuti di salah sebuah resort yang bertempat di Banting, Selangor. Korang mesti kenal sebab resort ni pun quite familiar di kalangan pengunjung. Resort yang aku maksudkan adalah Gold Coast Morib Resort, Banting Selangor.


Jarak perjalanan kami dari Kajang ke Gold Coast Morib Resort pun anggaran dalam 60 kilometer lebih mengikut aplikasi Waze. Gold Coast Morib Resort terletak di tepi pantai, tapi aku rasa tarikan pengunjung lebih kepada kolam renangnya yang luas dan pelbagai permainan disediakan. Kalau tak silap aku ada bangunan apartment 2 bilik, 3 bilik, penthouse dan bilik studio dengan rate harga yang berbeza-beza.


Jangan risau pasal parkir kereta kerana parkirnya banyak dan luas. Lagipun kawasan resort dipantau dan dijaga oleh pengawal yang bertugas 24 jam. Selain daripada itu, ada pusat permainan keluarga. Ada pelbagai jenis permainan komputer untuk para pengunjung yang menginap di situ.


Aku tiba di Gold Coast Morib Resort seawal 11 pagi kerana kepada pengunjung yang tiba awal, mereka boleh request bilik dengan permandangan kolam. Sementara tunggu check in pada pukul 3 petang, aku bawa keluarga untuk menikmati makan tengahari di food court pantai Morib yang terletak dalam 2 km daripada resort berkenaan. Kemudian aku habiskan masa membawa anak aku mandi di kolam yang disediakan oleh Gold Coast Morib Resort sehingga pukul 3 petang.


Sebaik naik ke bilik yang disediakan untuk kami sekeluarga, aku dapat lihat biliknya luas, ada balkoni mengadap kolam, ada kipas, penghawa dingin, tandas yang luas, ada shower bertutup dan jacuzzi yang boleh memuatkan 2 orang dewasa. Serius sangat berpuas hati sebab selalunya bilik-bilik di hotel yang lain yang pernah aku inap sebelum ini bersaiz terhad.


Pakej penginapan yang aku ambil ini termasuk sarapan pagi untuk dua orang. Kalau untuk add on seorang dewasa, korang kena tambah RM37. Untuk kanak-kanak di bawah 1 meter tidak dikenakan sebarang bayaran. Aku cadangkan korang turun sarapan seawal pagi kerana menjelang pukul 9 pagi dining hall akan penuh dan korang terpaksa berbaris dan menunggu giliran sementara tunggu meja dikosongkan.


Untuk makan malam pula, aku cadangkan korang makan di luar iaitu food court yang sama aku cari juadah makan tengahari. Selain itu korang juga boleh singgah Speed 99 yang terletak tidak jauh dari situ dalam 1.5 km jaraknya daripada Gold Coast Morib Resort.


Rate harga kalau direct laman web Gold Coast Morib Resort anggaran RM300++, kalau thru Traveloka boleh dapat dalam RM250++. Tetapi aku beli under agent. Kadang-kadang dalam setahun tu ada beberapa kali mereka buat promosi. Aku beli tahun lepas, pakej bilik studio, sarapan untuk dua orang, masuk taman tema air untuk 4 orang hanya berharga RM150 sahaja. Tetapi pakej tu boleh digunakan weekdays je la. Kalau korang berminat, korang try contact person incharge En. Mohd Safar kot-kot ada lagi promosi untuk tahun ini dalam artikel di bawah :


So di sini aku sertakan sekali alamat Gold Coast Morib, Banting sekiranya korang ada sebarang pertanyaan mengenai tempahan dan hotel. 


Gold Coast Morib Resort
PT. 294, Kawasan Kanchong Laut
Mukim Morib, 42700 Banting
Selangor. 
Tel : 03-31981028
Fax: 03-3198 1055

(Waze : Gold Coast Morib, Banting)

3 comments:

  1. Bestnya dan yang paling syok rate boleh dapat murah dengan Agent.hehe

    ReplyDelete
  2. Da membangun morib sekarang ni ye...

    ReplyDelete
  3. dia punya taman tema air tu mengingatkan nisa kepada bayou lagoon dekat melaka.

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com