Dapatkan Bentuk Badan Ideal Dengan Cryo-Lipolysis Generasi Kedua


Bismillah,

Siapalah yang tak mahukan bentuk badan ideal kan lebih-lebih lagi di zaman kini yang mana masyarakat tidak punya banyak masa untuk melakukan aktiviti sihat dan senaman. Jadi untuk itu Zimmer Aesthetics telah melancarkan satu kaedah rawatan yang dinamakan Cryo-Lipolysis Generasi Kedua.


Dengan menggunakan teknologi kejuruteraan Jerman, generasi kedua Cryo-lipolisis kali ini digabungkan di antara Z Lipo (Cryo-lipolisis) dengan Z WavePro (Shockwave - mendapat kelulusan US FDA). Menurut pakar-pakar asal terapi sejuk, produk Zimmer ini memastikan jangka masa rawatan yang lebih pendek dan hasil yang lebih cepat untuk semua penggunanya. 

Bagi mereka yang lebih suka mengunakan kaedah semula jadi, generasi kedua Cryo-lipolisis berjanji untuk membantu mereka dalam mencapai berat ideal impian mereka. Pada majlis perasmian pelancaran Cryo-Lipolysis Generasi Kedua, Dr. Pablo Naranjo, Pengarah Perubatan Elite Laser Clinic memberi penjelasan mengenai bagaimana teknologi baru ini berfungsi.


Cryo-lipolisis menerima kelulusan daripada Kesatuan Eropah CE Mark pada tahun 2009 untuk pengurangan lemak bukan invasif dan sejak itu ia menjadi popular dengan peningkatan jumlah rawatan dijalankan setiap tahun di seluruh dunia. Salah satu sebab utama untuk perkembangan ini adalah permintaan yang tinggi oleh pesakit alternatif bukan pembedahan untuk liposuction.

Cryo-lipolisis adalah prosedur lemak beku ini sebagai kaedah yang berkesan untuk mengurangkan lemak yang menyebabkan ketidakselesaan sedikit dan tiada kesan sampingan yang teruk dikesan. Apabila teknologi ini digunakan pada pesakit yang dipilih dan digabungkan dengan sewajarnya dengan rawatan lain, seseorang boleh mendapatkan tahap kepuasan yang lebih tinggi.



Menurut kajian klinikal yang dilakukan oleh Dr Michael Ingargiola, seorang pakar bedah plastik dengan lebih daripada 20 artikel yang diterbitkan, rawatan ini menjana purata 20 peratus daripada lemak-lemak yang terkumpul di bahagian lapisan tisu selepas beberapa bulan, manakala trigliserida (asid lemak dan gliserol) dapat dihapuskan secara semula jadi melalui sistem limfa dan kemudian diproses oleh hati. Lemak yang berpusat di lengan, pinggang, perut, punggung atau paha boleh dirawat. Rawatan ini adalah berkesan dan selamat dengan menekankan penggunaan tahap suhu tidak berbahaya bagi membuang sel-sel lemak dan memastikan bahawa tisu sekitarnya tanpa luka. 

Jadi kalau korang berminat boleh la jalani rawatan Cyro-Liposis Generasi Kedua ini tanpa perlu melakukan sebarang pembedahan, sedut lemak atau sebagainya yang mana boleh mengancam dan memudaratkan kita. 

Jangan bimbang kerana kaedah ni sangat selamat. Selamat mencuba. 


0 Comments