Blog Si Hati Merah Jambu

Fitbit Flex 2 Review From Lazada

4:18 PM


Bismillah,

Hari ni aku nak review salah satu barangan yang aku dapat bersempena Lazada 5th Birthday Surprise Box iaitu Fitbit Flex 2.



Apa Tu Fitbit?
Jangan kata korang, memula aku dapat pun aku tak pasti menda alah apa tu. Lepas google baru tau apa fungsinya. Asalnya dulu fungsi Fitbit Flex ini adalah sebagai pengesan atau pemantau aktiviti-aktiviti harian yang kita lakukan dan juga mengatur jadual tidur kita tapi kini ia telah diupgrade lebih baik dengan lebih banyak fungsi melalui Fitbit Flex 2.


Apa Fungsinya? 
Fitbit Flex 2 telah ditambahbaikkan dengan beberapa kelebihan dan fungsi seperti kalis air, pemakluman panggilan atau notifikasi daripada telefon pintar selain tujuannya untuk update jadual kesihatan dan aktiviti harian kita.


Semalam tengah aku setup Fitbit Flex 2 aku untuk disambungkan pada peranti android, ada getaran kecil pada lengan puan isteri menandakan sambungan berjaya. Jadual tidur kita sehari-hari pun boleh di setup dan kita akan dikejutkan dengan cara yang sama ; getaran kecil pada pergelangan tangan.

Cara Menggunakannya?
Di dalam kotak Fitbit Flex 2 ada dilampirkan sekali manual tatacara penggunaannya. Kita boleh setup mengikut manual yang diberikan.


Ia didatangkan khas bersama Fitbit, tali getah dengan dua saiz, Fitbit usb charger/reader dan manual. Untuk lebih memudahkan korang boleh muat turun aplikasi Fitbit di Google Play Store kerana lebih mudah untuk korang memantau aktiviti korang seharian. Korang boleh setup aktiviti untuk menurunkan berat badan, jadual pemakanan korang, waktu tidur dan macam-macam lagi.


Aplikasi ini juga boleh menyesuaikan cara pemberitahuan maklumat yang diterima melalui telefon korang. Contohnya bergetar sekali menandakan mesej Whatsapp atau Messenger masuk dan bergetar dua kali menandakan ada panggilan masuk.

Aku baru terima Fitbit Flex 2 ni jadi aku tak habis godek lagi fungsi lain yang ada di dalamnya. Menarik kan?

Berminat Nak Beli? 
Harga asal aku tengok RM599 tetapi korang boleh dapat jauh lebih murah di Lazada. Boleh kurang RM100++ kot aku tengok semalam.



Atau korang boleh terus usha di Lazada untuk lebih banyak penjimatan bagi barang-barang lain. 


Selamat ber-shopping hehe. 


You Might Also Like

6 comments