Ini Jawapannya Kenapa Obesiti Boleh Berlaku


Bismillah,

Setiap orang malu nak mengaku jika mereka mengalami obesiti. Paling kuat pun mereka akan kata mereka comel. Kenapa? Malu? Kalau malu kenapa tak nak jaga badan? Masalah obesiti bukan setakat penampilan luaran semata-mata tetapi juga berkait rapat dengan kesihatan dalaman dan fungsi tubuh badan. Biasa dengar dan lihat orang lain atau waris terdekat meninggal akibat serangan jantung dan darah tinggi akibat obesiti tapi masih juga tak insaf-insaf.


Siapa yang nak di persalahkan jika korang mengalami masalah obesiti? Terdapat pelbagai alasan diberikan untuk membetulkan perkara yang tidak betul. Sebagai contoh:

PEMAKANAN
Sebab utama berlakunya obesiti tidak lain adalah dari segi pemakanan. Di Malaysia sendiri terdapat pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap belaka. Tapi jika tiada pengawalan dari segi pemakanan, semua makanan yang sedap-sedap itu boleh membawa kepada malapetaka yang lebih besar. Makanan di Malaysia sememangnya tinggi dengan karbohidrat seperti nasi, mee dan roti. Sekiranya diambil dengan kadar yang betul, ianya baik untuk memberikan tenaga pantas. Pengambilan protein yang terdapat dalam ikan dan lain-lain juga baik untuk sel badan dan juga sumber tenaga jangka masa panjang.


Apa yang berlaku adalah, makanan-makanan ini tidak diambil secara seimbang. Hanya satu kumpulan makanan sahaja diambil dan sebahagian kumpulan makanan lagi diabaikan.

Fahami semula tingkat-tingkat dalam pyramid makanan supaya anda lebih faham apa yang diperlukan dalam kehidupan seharian.

GAYA HIDUP
Macam-macam kempen kesihatan dijalankan tetapi jika tiada kesedaran dalam diri sendiri, ianya bagai mencurah air ke daun keladi. Masuk telinga kanan, keluar telingan kiri. Gaya hidup yang sihat merangkumi keperluan senaman sebagai salah satu gaya hidup sihat.

Senaman perlu dilakukan secara konsisten sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali sesi dan 3 kali seminggu. Ini penting untuk membakar kalori dan lemak berlebihan dalam badan. Selain itu juga baik untuk peredaran darah dalam badan kita.


GENETIK
2 faktor di atas adalah faktor yang boleh diubah, tetapi faktor genetik tidak boleh berubah. Walaupun anda dari genetik berisiko untuk mengalami obesiti, korang sebenarnya masih berpeluang untuk mengubah cara hidup dan gaya pemakanan korang.

Genetik hanyalah sebagai alarm untuk korang lebih bersedia dan sentiasa berwaspada daripada menjadi obesiti. Ia tidak bermakna anda hanya perlu pasrah dan terima hakikat bahawa korang dilahirkan sebagai obesiti.

Tidak kira apa sebab korang menjadi obesiti, korang masih mempunyai harapan untuk kembali sihat dan cantik seperti orang lain. Apa yang perlu korang lakukan adalah perubahan pemikiran dan tindakan berterusan.

Untuk lebih tips-tips kuruskan badan dan menu diet boleh tengok di facebook page Kurus Oh Kurus dan kurusdancantik.com


0 Comments