Blog Sihatimerahjambu

Keunikan Menu Masakan Utara Thailand Di Restoran Rong Seri Bangi

5:10 PM


Bismillah,

Bagi penggemar menu masakan Thai, di sini Afzal nak kongsikan satu lokasi atau restoran masakan Thailand yang mana pada Afzal cukup awesome iaitu Restoran Rong Seri Bangi. Restoran ini mula beroperasi pada pertengahan tahun lepas dan mengetengahkan menu masakan dari Utara Thailand.


Jadi kalau korang biasa mencuba menu dari daerah Chiang Mai, Thailand korang pasti teruja kerana kebanyakan menu-menu daerah tersebut turut dihidangkan di Restoran Rong Seri Bangi ini. Yang menariknya hidangan di Restoran Rong Seri Bangi ini semuanya halal dan bebas penggunaan monosodium glutamate (MSG) di dalam makanan. Jadi semua menu yang dihidangkan sihat-sihat belaka.



Restoran ini terletak di Kampung Sungai Ramal Dalam, bersebelahan dengan Taman Surada atau ABIM. Korang hanya perlu Waze - Restoran Rong Seri Bangi sahaja. Kita biasa mencuba menu masakan Thailand dan kebanyakan menu tersubut berasal daripada Selatan Thailand. Jadi Restoran Rong Seri Bangi ini pula mengambil inisiatif memperkenalkan menu masakan dari bahagian Utara Thailand. Afzal sendiri tak pernah mencuba menu-menu dari sana dan dengan wujudnya restoran seperti ini, ia memberi peluang kepada penggemar makanan dan food hunter untuk mencuba sendiri kelainan yang dibawa oleh Restoran Rong Seri Bangi. 



Selain itu, Rong Seri Bangi memastikan kualiti masakannya dijaga dengan mengetengahkan chef yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam kulinari menu masakan Thailand. Chef Wan Mustafa Kamal percaya menu asalnya itu mampu menarik lebih ramai penggemar makanan di Malaysia untuk mencuba menu-menu hasil daripada air tangannya. Chef Mustafa menamatkan pengajiannya dalam jurusan Master seni kulinari di salah sebuah kolej kulinari terkemuka di Thailand.




Restoran Rong Seri Bangi ini mampu menempatkan sehingga 150 orang dalam satu-satu masa, ia dibuka dari 12 tengahari sehingga 11 malam. Jika korang nak datang seawal tengahari, korang perlulah membuat temujanji terlebih dahulu kerana mereka perlu mendapatkan bahan mentah lebih awal. Ini kerana bahan mentah yang mereka gunakan adalah segar dan disediakan setiap hari bagi memastikan pelanggan-pelanggannya mendapat kepuasan dan tidak kecewa dengan rasa yang ditampilkan. 




Korang boleh request rasa yang korang mahukan contohnya tahap kepedasan Tom Yam nya. Ada sesetengah pelanggannya tidak suka jika terlalu pedas, ada yang suka sedang-sedang malah ada yang nak lebih pedas. Jadi korang boleh request sewaktu pesanan dibuat sebab citarasa setiap orang berlainan. Tapi kalau korang tak request pun tak apa kerana menu-menunya diolah agar dapat diterima oleh masyarakat Malaysia. Terdapat lebih 100 jenis menu yang ditampilkan di Restoran Rong Seri Bangi, dari serendah RM5 sehingga RM70. Khantok merupakan set menu untuk 4 orang makan yang mana harganya hanya RM70 sahaja. 




Selain daripada Khantok, korang juga boleh mencuba menu alakat yang lain seperti Tom Yam Chaing Mai, Ikan Siakap Rong Seri, Butter Prawn, Sotong Telur Masin dan Siput Laut Rebus. Korang kena cuba setiap satu hidangan di atas kerana ia merupakan signature dishes yang terdapat di Restoran Rong Seri Bangi ini lebih-lebih lagi Sotong Telur Masin. Sotongnya segar, besar-besar dan sedap dengan manis masin telur masinnya. Kalau korang belum pernah cuba rasa Siput Laut Rebus, inilah masanya untuk korang cuba kerana siput laut ini susah untuk diperolehi. Boleh dikatakan ia merupakan menu eksotik yang hanya boleh ditemui di Restoran Rong Seri Bangi sahaja. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Rong Seri Bangi, sila layari media sosial mereka di :



Facebook Rasmi Rong Seri Bangi :

Instagram Rasmi Rong Seri Bangi :

No. Telefon Rong Seri Bangi  : 
013-755 1777

Alamat Restoran Rong Seri Bangi :
Rong Seri @ Bangi
Lot 70792, Jalan Abim, 
Kg Sg Ramal Dalam, 
43000 Kajang, Selangor


You Might Also Like

2 comments

  1. kat belah dalam tu ehh.. kena g cuba ni.. mcm sodap jer hahhh

    ReplyDelete
  2. Sdap nmpk menu tu.. Fav menu thai

    ReplyDelete