Jom Meriahkan Sambutan Riuh Raya 2017 Di IJM Land Seremban 2

9:36 AM


Bismillah,

Please save the date! IJM Land Seremban 2 akan mengadakan sambutan Riuh Raya 2017 pada 15 Julai 2017 akan datang. Lokasinya adalah di tapak galeri jualan IJM Land di Seremban 2. Boleh aku katakan ia adalah rumah terbuka hari raya yang dianjurkan oleh IJM Land dan seluruh masyarakat setempat dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.


Majlis tersebut bermula pada pukul 3 petang sehingga pukul 6 petang. Ada banyak acara disediakan kepada pengunjung yang hadir selain menu dan juadah hari raya yang ditampilkan secara bufet. Selain menjamu selera, pengunjung juga boleh melakarkan detik indah bersama keluarga dengan mengambil gambar di photobooth yang disediakan hari itu.


Antara acara lain yang turut disediakan kepada pengunjung yang hadir adalah seperti "Spin The Wheel" di mana pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik sekiranya bertuah. Bukan itu sahaja, kanak-kanak yang hadir pada hari itu juga akan turut mendapat duit raya sumbangan IJM Land Seremban 2 pada majlis tersebut.


Di sepanjang majlis Riuh Raya 2017 berlangsung, pengunjung-pengunjung akan dihiburkan dengan penampilan istimewa daripada artis dan selebriti tanahair seperti Akim & The Majistret, Stacy di samping kehadiran Adam AO dan Zulin Aziz sebagai hos majlis itu nanti. Aku pasti dengan penampilan artis-artis tersebut, ia menjadi satu tarikan kepada masyarakat dan penduduk-penduduk setempat untuk sama-sama datang dan memeriahkan majlis Riuh Raya 2017.


IJM Land bukan hanya nama yang gah dalam sektor hartanah malah mereka juga terkenal menyatukan komuniti dan masyarakat dalam acara-acara sebegini. Matlamat mereka adalah untuk merapatkan hubungan antara keluarga dan masyarakat dengan pelbagai aktiviti yang sihat. Dalam mengejar cita-cita dan impian, masyarakat perlu ada masa untuk keluarga, keluar melakukan aktiviti bersama-sama dan dengan cara inilah hubungan dapat dibina dan dipulihkan kembali.


Justeru itu jangan lupa, balik sahaja dari beraya di kampung kita akan turun ke Galeri Jualan IJM Land Seremban 2 bagi memeriahkan Majlis Riuh Raya 2017 pada 15 Julai 2017. Jangan lupa bawa sahabat handai, keluarga dan sanak saudara bersama. Majlis tersebut pasti lebih meriah dengan kehadiran korang nanti.

You Might Also Like

1 comments

  1. Boleh singgah jap ni nanti kalau dah balik rumah..hihi

    ReplyDelete