Nikmati Seafood Buffet Di Treasure Of The Sea, Aloft KL Sentral

3:24 PM


Bismillah, 

Bosan dengan menu buffet biasa? Nak cari kelainan? Peminat makanan laut atau seafood? Sedang elok lah tu sebab bermula 7 Julai 2017 yang lalu, korang boleh nikmati buffet hidangan seafood di Nook, Aloft KL Sentral. Nook, Aloft KL Sentral betul-betul terletak di sebelah NU Sentral dan KL Sentral. Jadi korang tak perlu susah payah nak Waze bagai. As long korang tau mana letaknya KL Sentral, korang takkan sesat. Korang juga boleh terus singgah menjamu selera seusai balik dari kerja atau sementara menunggu di KL Sentral kerana promosi ini hanya berlangsung pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja.


Apa yang menariknya menu-menu makanan laut atau seafood di Nook, Aloft KL Sentral ini sangat segar dan ada banyak pilihan seperti ikan kerapu, udang, ketam, tiram, siput buluh (pepahat), kupang dan macam-macam lagi. Menu-menu ini dimasak dalam pelbagai cara sama ada menu tempatan mahupun menu masakan barat. Jadi korang boleh mencuba menu yang ditampilkan oleh pasukan chef profesional di sana.


Selain daripada itu, korang juga boleh mencuba menu-menu tersebut secara raw atau mentah. Itu pun jika korang merupakan penggemar menu seperti itu. Antara hidangan yang ada disajikan adalah seperti  udang harimau, kupang, scallop, sotong segar, ketam bunga dan juga siput buluh (pepahat). Menu ini disajikan bersama pelbagai jenis sos cicahan yang terbaik dan menyelerakan.


Antara menu atau sajian yang diperkenalkan oleh chef melalui makanan-makanan laut atau seafood ini adalah Baked Seafood Parcel, Braised Giant Grouper Fish Head witch Ginger Dark Bean Sauce, Wok-fried Squid Kam Heong Style, Poached Tiger Prawns with Herbs & Wolfberries, Oyster Rockefeller, Giant Grouper with Spicy Tamarind Gravy, Spicy Steamed Mussel with Vermicelli, Wok-fried Flower Crab with Sarawak Pepper, Wok-fried Prawn with Creamy Butter Sauce dan banyak lagi. Hahaha amacam? Teruja tak? Meleleh dah air liur aku terkenangkan menu yang dihidangkan tu huhu.




Selain daripada menu yang berasaskan makanan laut, korang juga boleh mencuba beberapa hidangan istimewa lain antaranya Chicken Avongolomelo, Braised Beef Cubed with Chilli Teriyaki, Palak Paneer, Stuffed Beancurd Puff with Vegetable Paste dan Irish Lamb Stew. Ni merupakan antara menu hidangan wajib yang sering diketengahkan oleh Nook, Aloft KL Sentral dalam setiap promosi buffet yang dianjurkan mereka.



Harga yang ditawarkan untuk promosi Treasure Of The Sea ini adalah RM138 bersih untuk dewasa dan RM69 bersih untuk kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun. Promosi ini berlangsung sepanjang bulan Julai, bermula dari 7 Julai 2017 dari pukul 6.30 petang sehingga 10.30 malam setiap hari Jumaat dan Sabtu.


Untuk pertanyaan lanjut berkenaan menu hidangan atau sebarang tempahan boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah :

Laman Web :

Facebook :

Instagram :

RSVP :
+603-27231188



You Might Also Like

3 comments