Nikmati Menu Hipster Dan Fusion Di Marjorina Cafe, Kajang

3:17 PM


Bismillah, 

Tempohari birthday puan isteri. Jadi aku ingat nak bawa dia keluar makan je. Tapi tak sangka plak dia petik Marjorina Cafe. Memandangkan kami pun belum pernah cuba menu-menu yang ada di situ, so why not kita cuba ye tak? Lagipun Marjorina Cafe ni tak jauh daripada rumah aku. Kami sampai di cafe tu sekitar pukul 8.30 malam. Tu pun orang dah mula ramai. 


Marjorina Cafe ni terletak di Prima Saujana, dekat area pasaraya Giant dan Kamdar tu. Tak de la tersorok tapi kawasan tu memang mati bila tiba malam. Susun atur kedai simple dan kemas. Untuk pesanan korang kena layan diri, kena pergi ke kaunter. Lihat sendiri menu yang korang nak. Aku cadangkan buku menu boleh dibuat penambahbaikan dengan meletak gambar-gambar menu yang ada. Tak semua, cukup sekadar killer menu atau signature menu. Kebanyakan pelanggan-pelanggan yang membuat pesanan terpaksa online untuk tunjuk makanan yang hendak dipesan. Memilih menu yang hendak dimakan, tanya setiap satu menu di hadapan kaunter menyebabkan kaunter sedikit sesak.


Aku mula memesan makanan pada pukul 8.50 malam dan dapat keseluruhan menu pada pukul 9.40 malam. Untuk part ni aku tak salahkan mereka sebab aku lihat sendiri mereka kekurangan kakitangan. Jadi kalau korang masih menganggur, korang boleh apply jawatan sebagai barista, kitchen helper dan manager di Marjorina Cafe ni kerana mereka sedang mencari pekerja. One of the Malay girl staff asyik datang dan minta maaf kepada kami kerana kelewatan menyiapkan makanan. Pada aku tindakannya itu harus diberi pujian.


Aku memesan beberapa hidangan pada malam itu. Antaranya ialah Spaghetti Carbonara, Thai Spicy Spaghetti, Mille Crepe, Set Burger dan Oreo Frappe. Yang Frappe tu aku add in chocolate sebab oreo dah habis. Tapi still sedap. My wife order lemon suam, tapi lemon dia perghh bebetul juice. Terkenyit-kenyit tahan masam haha. Mille Crepe untuk wife aku, si Jasmeen yang habiskan. Sedap kek tu, lembut je. Rasanya plak sedikit masam macam cheese kek. Nanti nak kena cuba kek lain plak. Kalau tempah kek untuk birthday pun best. Sementara tunggu hidangan, pelayan akan serve air suam untuk korang terlebih dahulu.


Ok untuk aku, aku order set Burger. Aku lupa nama burger ni apa. Tapi first time aku makan burger dengan patty macam ni. Burger ni terdiri daripada hirisan daging, ada telur mata dan cheese. Marvellous memang sangat puas hati. Kemudian Jasmeen aku orderkan Spaghetti Carbonara sebab dia kurang makan yang pedas-pedas. Sangat creamy, portion yang banyak dan besar. Kalau ikut perut aku, aku makan berdua ngan Jasmeen untuk portion macamtu.


My wife plak order Thai Spicy Spaghetti instead of Special Primodoro Chicken yang dah sold out. Tapi still memuaskan dan kena ngan citarasa puan isteri. Memang pedas sebab puan isteri siap request plain water kali kedua. Berdesing telinganya. Overall kami sangat berpuas hati dengan rasa dan menu yang diperkenalkan di Marjorina Cafe ni. Puan isteri pun kata nak repeat balik nak makan Primodoro Chicken. Untuk tiga jenis hidangan dan dua jenis minuman yang aku pesan tu, tharganya RM88 sahaja.


So kalau korang nak cuba menu-menu yang ada di Marjorina Cafe ni, korang boleh lah rujuk maklumat seperti di bawah. Sangat sesuai untuk santai dan lepak dengan family dan kengkawan.


Marjorina Cafe
C-35-GB, Jalan Prima Saujana
2/E, Taman Prima Saujana
43000 Kajang

Contact
0124883644

Waktu Operasi
Setiap hari, 11 am - 11 pm



You Might Also Like

6 comments

  1. macam pernah nampak kafe ini... pasni boleh lah pergi,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ko pon suka review restoran kan? 😂

      Delete
  2. suka hipster-hipster ni sebab boleh enjoy view cantik sambil makan tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula restoran hipster ni cantik n kemas. Best klu amik gambar

      Delete
  3. Sedapnyaa. Allahu! Terliur tengok kek tu. Boleh la makan kat sini nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dtg inform abg. Leh join sekaki 😂

      Delete