Port Bujang : Menu Western Fusion di Junction @ 11, Shah Alam

1:58 PM


Bismillah,

Hari ni aku keluar jauh sikit untuk cari menu makan malam. Kali ni aku nak bawa korang ke Shah Alam pulak. Kepada penggemar-penggemar menu western ataupun fusion, korang kena cuba menu-menu yang ditampilkan di Port Bujang. Lokasi Port Bujang ni terletak di Junction @ 11, Shah Alam.


Port Bujang ni merupakan salah satu stall yang ada di Junction @ 11. Kiranya Junction @ 11 ni merupakan food court yang menempatkan lebih 10 stall menyediakan pelbagai jenis hidangan. Antaranya ialah Port Bujang. Junction @ 11 ni beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin, dari pukul 6 petang sehingga lewat malam.


Menu Apa Yang Ada Di Port Bujang | Cakap pasal menu, Port Bujang ada menyediakan hampir 15-18 jenis menu yang rata-ratanya terdiri daripada menu western dan fusion. Antaranya Chicken Chop, Chicken Grilled, Lamb Chop, Lamb Grilled, Set Combo (Chicken Chop + Lamb Chop) atau (Chicken Grilled + Lamb Grilled). Tak pun korang boleh cuba menu fusion dengan tambahan nasi goreng dalam setiap hidangan korang tu.


Apa Killer Menu Di Port Bujang? | Selain daripada itu korang juga boleh cuba  signature menunya iaitu Hotdog Bujang yang mana menu ini mempunyai beberapa variasi antaranya Hotdog Merah Kuning, Hotdog Daging Kaw  dan juga Hotdog Cendawan. Aku suka rasa Hotdog Cendawan yang mana sosnya diperbuat daripada sup cendawan yang pekat. Kalau korang tak suka cendawan, korang boleh rasa Hotdog Daging Kaw kerana sosnya dibuat sendiri daripada daging cincang.


Untuk minuman pula aku cadangkan Bandung Soda Cincau ataupun Mangga Susu Extra Joss. Perghh memang terbaik lagi-lagi plak ada sate Madura. First time aku makan sate Madura ni sebab ada kelainan memakannya. Sate Madura dimakan bersama kicap pedas, bukan kuah kacang. Korang kena cuba sendiri keenakan dan kelainannya bila sate ayam dan daging dicicah dengan kuah kicap pedas. Oh menu-menu ini merupakan menu daripada stall sebelah, Warung Eastimur.


Jadi kepada penggemar-penggemar makanan dan food hunter, korang boleh save tempat ini sebagai lokasi korang seterusnya. Harga yang ditawarkan juga tak mahal, sekitar RM5 hingga RM20 sahaja. Tapi berbaloi kot.. banyak. Untuk melihat lebih dekat atau sebarang pertanyaan, korang boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah.


Junction @ 11
Jalan Wau 11/1, Seksyen 11
40100 Shah Alam
Selangor

Port Bujang

Warung Eastimur

You Might Also Like

2 comments

  1. Terbaiklah makanan kat sini. Terliur terus ena. Haduuiiiii

    ReplyDelete
  2. Baiklah, nanti boleh singgah kalau ke Shah Alam..tengok makanan malam malam jadi lapo balik

    ReplyDelete