Versus 1001 Rasa Babas Program Realiti Masakan Terbaru Di TV3

2:42 PM


Bismillah,

Kalau hakim nak jadi tukang masak, doktor nak jadi tukang masak, ahli politik nak jadi tukang masak.. abis tukang masak jadi apa? Jawapannya jadi ramai la haha. Itu lah antara tarikan terbaru rancangan masakan yang ditaja oleh Babas dan bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi.


Babas yang sebelum ini telah ramai menghasilkan chef selebriti melalui program realiti bekonsepkan masakan kali ini cuba mencari kelainan baru. Konsep yang diketengahkan kali ini melalui program Versus 1001 Rasa Babas adalah pertandingan dua penjuru antara peserta bukan pakar masakan dan dibantu dengan chef selebriti pilihan sebagai mentor.


Program ini akan ditayangkan selama 13 episod di TV3, yang mana juara setiap episod akan memenangi hadiah sebanyak RM1000. Kemudian juara akan memuatnaik video masakannya di sosial media dan siapa yang mendapat LIKE dan SHARE tertinggi di sosial media layak untuk bertanding ke peringkat akhir.


Untuk program kali ini, Babas telah memberi kepercayaan kepada Chef Dr. Kamarul dan Chef Adu untuk menjadi pengacara di sepanjang 13 episod rancangan ini ke udara. Sewaktu majlis perasmian program Versus 1001 Rasa ini, aku dipertontonkan preview sewaktu rancangan ini dirakamkan. Paling lawak masa peserta-peserta ditemuduga oleh para juri. Macam-macam karenah dapat disaksikan.


Rancangan ini akan mula ditayangkan pada 26 Oktober 2017, pukul 5.35 petang di TV3. Jadi jangan lupa saksikannya nanti ye.


You Might Also Like

0 comments