Ezietech Cafe : Port Makan Best Di Nilai, Negeri Sembilan

11:23 AM


Bismillah,


Kebiasaan kalau aku balik ke kampung puan isteri di Rompin, Pahang aku akan singgah berehat atau makan di sebuah cafe di Nilai, Negeri Sembilan. Tapi last week aku ke Kota Seriemas atas urusan kerja. Alang-alang tu makan terus la. Tak tau nak makan mana sebab aku pun tak familiar ngan bandar Nilai tu.


Pusing punya pusing aku singgah di sebuah cafe nama Ezietech Cafe. Lokasinya berhampiran Restoran Dapur Ayah. Konsep Ezietech Cafe ini adalah cafe dengan yang turut menjual perkakasan dan aksesori telefon bimbit. Nampak macam hipster je, kena try la dulu baru tau jauh mana peginya kan? Kedai ni buka pukul 12.00 tengahari sampai 9.00 malam. 


First thing yang buat nak singgah di Ezietech Cafe ni sebab tengok banner pada luar cafe.Beli set burger RM15 percuma cendol. Serius la weh gila la. Tu yang aku terus parkir kereta dan singgah tu. Tak fikir panjang lagi dah sebab perut pun dah lapar hahaha. Aku tanya cashier kot-kot la set burger tu boleh tukar ke set lain. Ye la mana tau ada orang tak suka burger kan. Dia kata boleh as long harga dia sama macam set burger tu. Oh nice lah!


Aku tengok Ezietech Cafe tu takdela besar mana, aku rasa dalam 30 ke 40 pengunjung dalam satu-satu masa kot. Ruang makannya kemas dengan susunan meja kayu. Menu-menu yang ada di Ezietech Cafe ni adalah menu fusion dan western. Tapi killer menu dia adalah durian. Siapa peminat durian aku cadangkan korang datamg ke Ezietech Cafe ni.



Antara killer menu yang ada disajikan di Ezietech Cafe ni adalah seperti set American Classic Cheese Burger, Chicken & Cheese Crispy Burger, Creamy Off Spinach Burger, Pasta Lobster, Roti John, Meatball dan banyak lagi. Jangan risau ada gak menu untuk kanak-kanak seperti Riz Chicken Chop Rice dan Riz Chicken Grill Rice. Kalau sesambil nak tinggu order siap tu, korang boleh gak order set keropok lekor Terengganu. Nyum nyum.


Tapi serius korang kena cuba set-set burger kat Ezietech Cafe ni. Dia punya patty cenggini ha perginya. Tebal, cukup rasa dan perisa dengan limpahan sos mayonnaise dan cheese dia. Kalau rasa lapar sangat aku suggest korang pekena set Riz Ultimate Burger. Burger ni terdiri daripada 2 patty, patty ayam dan daging. Tu memang kenyang la sampai ke malam. Lagi satu yang korang kena cuba adalah Roti John dia. Aku diberitahu ada satu port roti john yang femes kat Gombak, roti john dia dijual pada harga RM20 kalau tak silap tapi Roti John di Ezietech Cafe ni hanya dijual pada harga RM10 sahaja walaupun sama rasa dan bahan-bahan yang digunakannya.


Untuk minuman atau dessert plak, of course aku pesan cendol durian tapi masalah gak pada aku sebab banyak sangat jenis cendol duriannya. Speciality cendol di Ezietech Cafe ni adalah menggunakan durian bar. Ada 4 variasi cendol durian bar iaitu Duren Bar Original, Duren Bar Oreo, Duren Bar Aiskrim dan Duren Bar Bubble. Aku suggest korang order Duren Bar Oreo dan Duren Bar Aiskrim. Sedap la hai.


Tapi bagi mereka yang tak sukakan durian, korang masih ada pilihan yang lain di Ezietech Cafe ni. Korang boleh cuba Cendol Pisang, Cendol Mangga, Cendol Laici, Cendol Nata De Coco, Cendol Aiskrim, Cendol Oreo dan banyak lagi. Haa cendol-cendol ni tak ada durian ye. Selain daripada itu kepada peminat kopi, korang juga boleh cuba variasi kopi-kopi yang ada di Ezietech Cafe ni seperti Kopi Kluang, Kopi Kampung, Kopi Raga, Kopi Gantang dan Kopi Luwak.


Sementara tunggu menu yang dipesan sampai, aku cuci-cuci mata dulu pusing Ezietech Cafe tengok aksesori telefon. Nice lah sebab banyak aksesori. Harga pun boleh tahan murah. Semua siap potongan 20% harga. Ai mujur aku kuat iman, kalau tak rasa nak rembat je power bank hari tu hahaha.

Ok lah panjang lebar aku cerita ni, kalau korang nak rasa menu-menu yang ada di Ezietech Cafe ni, korang boleh la rujuk maklumat kat bawah ni eh.


Ezietech Cafe
No.12 (1F), Cempaka Street Mall
Jalan BBN Nilai 6/3A
Desa Cempaka
71800 Nilai N9

Contact
06-7909925


You Might Also Like

1 comments