Hujan Duit RM100,000 Kini Kembali Di KL Raya Fest 2018 | Mood Republik


Bismillah,

Tahun ni komfom akan ada lagi hujan duit  bernilai RM100,000 di KL Raya Fest 2018, Mood Republik. Seperti tahun-tahun sebelum acara ini seolah-olah sudah menjadi acara tahunan bagi Mood Republik sebagai tanda penghargaan kepada para penyokong dan pelanggannya sejak 2013 lagi. Bukan itu sahaja, malah 100,000 pengunjung pertama bakal memperolehi 100,000 beg hadiah percuma sumbangan kesemua jenama yang yang terlibat dalam event ni.


So kalau korang nak bergambar dengan selebriti kegemaran korang, aku nak kongsikan satu tips mudah iaitu korang belilah produk dorang. Tunjukkan resit dan korang akan dilayan seperti VIP

KL Raya Fest 2018, Mood Republik ini bakal berlangsung selama 3 hari, 72 jam tanpa henti dan berlangsung dari 9 Jun sehingga 11 Jun 2018 pada pukul 10 pagi. KL Raya Fest 2018, Mood Republik kali ini mensasarkan lebih daripada 1,000 jenama yang majoritinya adalah usahawan generasi muda bumiputera. Tapi aku yakin tarikan utama KL Raya Fest 2018, Mood Republik sejak 5 tahun penganjurannya adalah penglibatan rakan-rakan artis dalam mempromosikan dan menjual jenama mereka sendiri di sini.


Antara jenama-jenama besar yang turut menyertai KL Raya Fest 2018, Mood Republik kali ini adalah seperti Ice Watch, Timberland, Elianto, Vida Beauty, D'Herbs, Rico Rinaldi, Ezuwan Ismail, Melinda Looi, Mimpi Kita, Super Coffee, Jubah Souq, Lima Waktu, Sugar Craft, Losravelda, Shawl Publika, Jannah Noe, Neelofar Hijab, Zawara, Bokitta Hijab dan banyak lagi.

Tahun ni komfom akan ada lagi hujan duit bernilai RM100,000 di KL Raya Fest 2018, Mood Republik. Seperti tahun-tahun sebelum acara ini seolah-olah sudah menjadi acara tahunan bagi Mood Republic sebagai tanda penghargaan kepada para penyokong dan pelanggannya sejak 2013 lagi.

Malah antara barisan artis dan selebriti yang turut turun padang dalam mempromosikan jenama sendiri dan memeriahkan KL Raya Fest 2018, Mood Republik kali ini antaranya seperti MRP by Fattah Amin, Trudolly by Fazura, Nursajat RTW by Nur Sajat, Ziana Zain World by Ziana Zain, RCW by Rozita Che Wan, Zapatos by Zain Saidin, Sephia by Janna Nick, MF Shawl by Mira Filzah, Wak Doyok, Jubah 5 Waktu by Wawa & Azril Zafril, Charms Foundation by Hael Husaini, Malaed by Hairul Azreen, Emma RTW by Emma Maembong, Mika Series by Zoey Rahman, Cikenis by Hanis Zalikha, Owl by Nora Danish, El by Elfira Loy, Impian by Nelydia Senrose dan ramai lagi.


Malah dua orang selebriti dari seberang juga turut dijemput KL Raya Fest 2018, Mood Republik, iaitu Datuk Rossa dan Randy Pangalila bagi mempromosikan produk jenama mereka iaitu Rossa Perfume dan Secret Perfume by Bellessa. So kalau korang nak bergambar dengan selebriti kegemaran korang, aku nak kongsikan satu tips mudah iaitu korang belilah produk dorang. Tunjukkan resit dan korang akan dilayan seperti VIP huhu.

sekiranya korang berbelanja minumum sebanyak RM97 di dalam satu resit sepanjang KL Raya Fest 2018, Mood Republik berlangsung, korang juga berpeluang memenangi hadiah sebuah Volkswagen Beetle Sport yang berharga RM230,000 serta hadiah wang tunai sebanyak RM10,000

Dianggap sebagai festival Aidilfitri terbesar di Asia, seperti tahun-tahun sudah KL Raya Fest 2018, Mood Republik bakal diadakan di PWTC kerana dikelilingi dengan kemudahan pengankutan awam seperti LRT, komuter, bas dan teksi. Malah sepanjang KL Raya Fest 2018, Mood Republik berlangsung selama 3 hari itu, korang boleh dapatkan rebat istimewa daripada aplikasi Grab so korang tak perlu risau tentang masalah parking dan kesesakan memandu. Bukan setakat pakaian dan baju raya, malah ada pelbagai jenis barangan dan persiapan raya ada dijual sepanjang KL Raya Fest 2018, Mood Republik berlangsung nanti.


Tapi paling best sekiranya korang berbelanja minumum sebanyak RM97 di dalam satu resit sepanjang KL Raya Fest 2018, Mood Republik berlangsung, korang juga berpeluang memenangi hadiah sebuah Volkswagen Beetle Sport yang berharga RM230,000 serta hadiah wang tunai sebanyak RM10,000. Cuba la lagipun syarat minumumnya hanya RM97 sahaja berbanding tahun sebelum iaitu RM197. Event yang dianjurkan oleh Mood Republik ini juga dikenali sebagai Back To Back Raya Galore Festival 2018 di mana ia tidak hanya tertumpu pada PWTC sahaja malah turut diadakan juga dibeberapa lokasi berasingan di seluruh negara seperti Kelantan (18,19 Mei 2018), Kedah (1,2 Jun 2018), Pahang (2,3 Jun 2018) dan kemuncaknya di PWTC (8,9 dan 10 Jun 2018)

So save the date. Walaupun KL Raya Fest 2018, Mood Republik dikawal rapi dengan puluhan pasukan RELA, tetapi korang tetap bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan keluarga korang sendiri. Jangan berebut-rebut, berasak-asak dan banyakkan bersabar. Harapa korang dapat beli pakaian dan persiapan raya pada tahun ini ye.


0 Comments