Makan Best Di Kajang : Nasi Goreng Gila, Food Valet Kajang


Bismillah,

Malam kelmarin aku baru pekena Nasi Goreng Gila yang tular kat media sosial baru-baru ni. Memikir nak makan apa, tetiba nampak video pasal Nasi Goreng Gila yang ada dihidangkan di Food Valet, Sungai Ramal Kajang. Apa yang aku nak kongsikan ni adalah pandangan peribadi aku sendiri pada waktu, ketika itu dan tekak aku ye.


Bila aku sampai ke Food Valet, Sungai Ramal Kajang tu aku tengok orang ramai beratur di kedai Nasi Goreng Gila tu. Memang nak kena cuba la kan walaupun harganya RM15 sepinggan. Ok untuk pengetahuan korang harga RM15 tu untuk Nasi Goreng Gila Biasa tau. Nasi goreng dengan ayam, sotong, udang, daging, sosej, fishcake dan fishball yang dipotong kecil-kecil. Ada telur mata kerbau, sup kosong, sambal belacan dan keropok moni.


Macam yang korang tengok dalam video tular tu siap ada sotong besar tu kan, haa tu harga dia RM25. Bukan RM15. Kalau ketam RM27, udang galah RM33, daging kambing bakar RM25 dan bawal goreng RM25. Semua harga-harga hipster ni hahaha. Kelmarin aku order Nasi Goreng Gila Sotong Gergasi tu. Sotong memang besar, dan dia punya tepung goreng sedap. Bagusnya sotong dorang tak bau hanyir mean sotong tu dicuci bersih. Nasi goreng dia banyak, boleh dimakan untuk 2 orang dewasa. Nasi goreng belacan, pedas dan aku rasa macam tak sesuai untuk kanak-kanak melainkan korang request untuk tak nak pedas. Boleh kot.


Overall ikut tekak aku dan apa yang aku dapat malam tu, sedap tapi sedikit masin. Nasi goreng dimasak setiap kali menerima pesanan pelanggan so memang panas-panas la. Sotong yang aku dapat pun baru naik daripada kuali. Repeat? Boleh kot tapi take time la. Kalau selalu pekena RM25 pun boleh pengsan tau hahaha. Tapi kalau korang nak try menu-menu lain pun boleh sebab kat Food Valet Sungai Ramal Kajang tu ada banyak lagi menu istimewa antaranya seperti Chicken Chop RM5, Itik Salai Mashtar, Mee Bandung Muar dan Nasi Harimau Menangis. InsyaAllah aku akan ke sana lagi sebab ada beberapa lagi menu yang ingin aku cuba di sana.


Kalau korang nak cuba menu-menu yang ada di Food Valet Sungai Ramal Kajang ni, boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah ni ye.


Food Valet Kajang
Taman Ramal Suria
43000 Kajang


Waktu Operasi

Setiap Hari
(11 am - 1 am)




2 Comments

  1. Alahai afzal oiiii...temptingnya nasi goreng gila yg ada adtong tu ha....

    ReplyDelete
  2. sedapnya nasi goreng..dahlah my favourite nasi goreng.

    ReplyDelete