Kedai Repair iPhone Murah Milik Bumiputera Di Shah Alam


Bismillah,

Ni aku nak share something ngan korang satu port best kalau korang nak repair iPhone face to face kat area Shah Alam, Selangor. Actually aku dapat tau pun sebab kawan yang suggest kan. Kedai milik Melayu bumiputera, owner dia pun kawan kepada kawan aku gak. Kedai dia nama Gila Gadget. Kalau korang berada di Shah Alam, kedai Gila Gadget di setentang dengan Menara U, MSU di seksyen 13 Shah Alam.


Oh Gila Gadget ni bukan setakat fokus on repair iPhone je, malah semua jenis phone dorang boleh baiki. Kedai Gila Gadget ni turut menjual pelbagai aksesori telefon yang murah-murah dan berkualiti. Rambang mata weh tengok aksesori phone yang banyak tu. Mujur tetapkan hati sebab nak repair phone wife aku je haha.


Masa aku datang tu kedai Gila Gadget tu baru buka. Aku difahamkan yang waktu operasi dorang dari pukul 10 am hingga 10 pm SETIAP HARI. Haa takde cuti tau hahaha. So korang boleh la datang bila-bila masa je. Almaklumlah selalunya kita free pun time weekend je kan. Kebanyakan kedai repair phone plak cuti hari Ahad. Tapi mujur lah kedai Gila Gadget buka macam biasa.

Aku datang awal time tu orang pun tak ramai lagi. So bila check mujur spare part phone wife aku ada kat situ. So tak perlu nak menunggu lama. On the spot gak dorang buat. Dorang bagitau dorang memang iPhone specialist sebab tak banyak kedai yang boleh repair iPhone sendiri. Selalunya kalau customer hantar iPhone yang rosak, dorang akan sub ke kedai lain dan harga yang dorang caj akan jadi mahal sebab dorang mark up harga. So kalau korang repair iPhone kat kedai Gila Gadget ni, korang boleh bandingkan harga dorang lebih murah daripada tempat lain.


Lagipun staf Gila Gadget ni mesra alam. Borak macam dah lama kenal hahaha. Antara masalah telefon yang boleh dibaiki di Gila Gadget ni adalah seperti LCD pecah atau rosak, phone masuk air, masalah bateri phone, masalah software, baiki tablet dan iPad. By the way korang jangan takut-takut nak check masalah phone korang ye sebab untuk check phone problem takkan dikenakan caj pun. Percaya tak korang yang technician Gila Gadget ni mampu repair LCD iPhone dalam masa kurang daripada 25 minit sahaja. Gila expert!


So kalau korang berminat nak hantar repair iPhone, android, iPad dan tablet dengan harga lebih murah, berbaloi dan lebih puas hati boleh la hantar ke cawangan-cawangan Gila Gadget ni ye. Aku attached kan details di bawah ni.


Gila Gadgets
(Smartphone Repair & Service)
12A, Jalan Boling Padang F13/F
Seksyen 13
40100, Shah Alam
Selangor

Contact
+6019-982 0531

Laman Web





2 Comments

  1. Kedai ni la aku pernah repair phone Vivo aku, 30 minit siap.
    Harga pun murah.

    ReplyDelete
  2. baru je gi tanye nak tukar lcd screen... jauh benor beza ngn kedai lain. maksud saya.. kedai ni jauh lebih mahal.

    ReplyDelete