Menu Makanan Itali Di Restoran Me Famiglia, KL

4:03 PM


Bismillah,

Weekend hari tu aku ke Kepong, KL Jarang sangat aku nak ke sana melainkan ada urusan kerja. Kali ni aku bawak anak dan isteri aku skali. Masuk tengahari anak aku merengek lapar plak. Pastu request Chicken Chop plak tu. Adoyai tengahari cenggini mana la nak cari western nak oi, kat area Kepong yang aku tak familiar plak tu. Google punya google akhirnya pencarian aku tertumpu pada sebuah restoran Itali kat Kepong, KL. Eh bukak plak siang-siang hari macam ni eh? Harap ada la Chicken Chop dan sedap ye.


Oh lupa nak bagitau restoran Itali yang aku bagitau tu nama dia Restoran Me FamigliaRestoran Me Famiglia ni terletak di deretan kedai di bawah bangunan apartment. Macam rumah kedai la. Tak susah pun nak cari, just waze Me Famiglia insyaAllah korang takkan sesat haha. Satu je masalah kat sini iaitu nak cari parkir. Kalau ada itu rezeki. Tapi hari tu dua kali jugak la aku pusing cari parkir.


Masa aku datang tu mujur Restoran Me Famiglia tu dah bukak. Tapi susah tau nak jumpa restoran  yang menyajikan makanan Itali dibuka seawal ni. Selalunya yang aku jumpa buka seawal 6 petang je. Haa waktu operasi dari pukul 11 pagi sampai 11 malam. Lunch hour dari pukul 11 pagi hingga 3 petang. Dari 3 petang sampai 6 petang Restoran Me Famiglia ni tutup rehat untuk preparation sebelah malam plak dan buka balik pukul 6 petang hingga la 11 malam. Tapi bagus jugak lah kan sekali sekala nak ubah selera pekena menu masakan Itali. Nyum nyum.


Hari tu aku adalah first customer dorang so tak risau nak pilih tempat dan menu. Boleh tengok perlahan-lahan. Banyak gak menu-menu yang ada kat Restoran Me Famiglia tu. Fokus Restoran Me Famiglia ni memang pada pasta dan pizza. Aku cari Chicken Chop si Jasmeen dalam senarai menu tapi tak ada la plak. Mujur la owner Restoran Me Famiglia sendiri suggest Baked Lamb Shank sebagai pengganti Chicken Chop. Dalam nada seloroh dia kata rupa Baked Lamb Shank tak indah tapi rasa dia mengancam. Hahaha. Then dia minta aku cuba menu-menu hot seller dia seperti pasta Linguine D'Mare, IL Familia Pizza, Mushroom Soup dan last sekali Tiramisu Cake dia.


Sementara tunggu menu dihidangkan tu aku tengok makin ramai customer yang masuk ke dalam Restoran Me Famiglia tu. Owner Restoran Me Famiglia bagitau kebanyakan pelanggannya merupakan pelanggan tetap. Kebiasaannya dorang akan order kek Tiramisu. Dia kata sekarang terpaksa sediakan lebih sebab kadang-kadang customer dia bukan setakat order sepotong malah ada yang order sebiji terus. Lagi satu menu-menu kat Restoran Me Famiglia ni disiapkan based on order. Semuanya fresh dari dapur dan oven hatta bahan-bahan yang digunakan pun dipotong bila ada order sahaja. Bukan guna yang instant punya. So kalau order korang sampai lambat sikit tu faham-faham la ye sebab Restoran Me Famiglia memang menjaga kualiti dan rasa menu-menunya agar kekal sama.


Yeay at last menu yang kami pesan pun sampai. Alhamdulillah mujur si Jasmeen suka ngan Baked Lamb Shank tu. Mananya tak daging kambing tu empuk giler dan tak lekat langsung pada tulang. Kuah dia pun lain sikit. Rasa masam manis gitu. Boleh plak Jasmeen suruh aku bawa hari-hari makan Baked Lamb Shank kat Restoran Me Famiglia ni hahaha. Then pasta Linguine D'Mar dia banyak ingredient dia, portion pun besar. Chef terpaksa ubah sikit pekat kuahnya sebab ada customer kata cepat muak. Tapi depend gak kan. Bagi aku pekat pun sedap, ada rasa creamy dan bukan macam mee sup haha.


Then dua specialities yang korang kena cuba di Restoran Me Famiglia ni iaitu IL Familia Pizza dan kek Tiramisu ye. Actually ada banyak lagi jenis pizza kat Restoran Me Famiglia ni cuma IL Familia Pizza ni very recommended. Doh pizza rangup tapi tak keras. Tak rasa muak dan tak lenguh kalau mengunyah. Atas doh tu ada lada bengala, mushroom, cheese dan bakon. Korang try la pizza home made dorang ni. Memang lain daripada pizza fast food yang biasa korang makan.


Then kek Tiramisu dia marvellous. Siapa yang sukakan kopi memang kena cuba kek Tiramisu ni. Lembut giler. Tak manis sangat dan sedap. Patutla hot seller. Sama level ngan kedai kek yang femes tu la huhu. Aku plan nak order sebiji la nanti untuk sambut birthday Jasmeen.


Overall aku sangat puas hati dengan menu-menu yang aku order hari tu. Jarang-jarang dapat makan menu Itali waktu lunch ni hahaha. Oh ye ada menu lunch serendah RM10.90 including air tau. Kot la korang nak makan pasta time lunch yang murah dan sedap, boleh lah datang ke Restoran Me Famiglia ni.


Kat bawah ni aku kongsikan lokasi dan sosial media Restoran Me Famiglia ni.


Restoran Me Famiglia (Italian Cuisines)
C-G-16 Jalan Metro Perdana 3
Taman Usahawan Kepong
52100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi
11 pagi - 3 petang (lunch)
3 petang - 6 petang (rehat)
6 petang - 11 malam (dinner)

*TUTUP setiap SELASA

Contact
03-6258 8442

Email


You Might Also Like

2 comments

Blog Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *