Pengalaman Menginap Di The Pearl Hotel Kuala Lumpur

10:42 AM


Bismillah,

Semalam aku kena attend satu event yang terletak di sebuah lokasi di Kuala Lumpur. Event aku tu pun pada hari Jumaat jadi why not aku stay kat situ je kan? Haa untuk pengetahuan korang event aku tu bertempat di The Pearl Hotel Kuala Lumpur. Korang biasa stay kat The Pearl Hotel Kuala Lumpur ni tak? Ni juga pengalaman baru aku menginap di The Pearl Hotel Kuala Lumpur.


Lokasi Hotel Yang Strategik 
Ok cakap pasal lokasi, The Pearl Hotel Kuala Lumpur ni terletak di Batu 5, Jalan Klang Lama. The Pearl Hotel Kuala Lumpur ni berkongsi bangunan dengan Pearl Point Shopping Mall yang menempatkan beberapa shoplot yang boleh menjadi pilihan korang seperti pasaraya Econsave, Old Town White Coffee, 7Eleven, Starbucks, Mr Dakgalbi, Watson, Popular, Subway, Caring Pharmacy, Poh Kong, Kenny Rogers Roasters dan banyak lagi. The Pearl Hotel Kuala Lumpur ni juga tak jauh daripada Mid Valley Shopping Mall dan juga Sunway Lagoon Theme Park.


Ruang Parkir & Caj 
Kepada mereka yang menginap di The Pearl Hotel Kuala Lumpur, caj parkir yang dikenakan semalaman adalah RM3 sahaja. Korang hanya stamp dan validate sahaja tiket parkir korang di front desk yang terletak di lobi hotel.


Bilik The Pearl Hotel Kuala Lumpur


Ok actually The Pearl Hotel Kuala Lumpur ni ada banyak jenis bilik. Tapi masa aku pegi hari tu, The Pearl Hotel Kuala Lumpur tengah buat promotion. Bilik Deluxe dengan breakfast untuk 2 orang hanya RM180. Ok dah tu, lagi pun nak stay semalam je kan. Untuk pengetahuan korang The Pearl Hotel Kuala Lumpur ni dah berusia 20 tahun dah. So perkakasan dalam bilik hotel semuanya agak lama dan outdated. Tapi still nice dan bersih. Bilik deluxe yang aku duduk ni besar saiznya. 


Katil single pun luas. Ada 2 bantal, bathtub, 2 sofa dan meja minum. Cuma bathtub bilik aku tak berfungsi, tak boleh tadah air. Aircond sejuk tapi blower tak kuat sangat. Tapi bila tidur malam rasa lah sejuknya tu. Ada seterika dan iron board. Haa blower pun ada. Tv yang dorang sediakan jenis flat tv. Ada pemanas air, peti sejuk dan peti simpanan. Ada arah kiblat tapi sayangnya tak ada sejadah plak. 


Executive Lounge On Level 23


Ok aku sempat dinner kat restoran yang terletak di tingkat 23 The Pearl Hotel Kuala Lumpur. Restoran yang dipanggil Executive Lounge On Level 23 tu sedang buat buffet promotion iaitu King Of Grill Barbeque Buffet Italian. Harga yang ditawarkan adalah RM98++ untuk dewasa dan RM45++ untuk kanak-kanak. Tapi korang kena cepat la sebab buffet promotion ni tinggal 2 minggu je lagi.


Makanan yang dorang hidangkan sepanjang King Of Grill Barbeque Buffet Italian ni memang best dan puas hati. Korang tau la bila melibatkan buffet Itali ni dia punya menu-menu macamana. Dengan beef steak dia, lamb steak, baby lobster, oyster yang dihidangkan dengan pelbagai rasa, pizza, spaghetti siap ada ekor lembu lagi. Perghh memang marvellous. Bukan setakat tu je belum lagi bab dessert. Ada pelbagai jenis kek dan buah buahan. Ofkos la aku rambang mata. Dia punya steak cenggini haa. Sedap bak hang. Aku anggarkan lebih daripada 100 menu yang dihidangkan di King Of Grill Barbeque Buffet Italian tu. 


Aku pilih untuk duduk di ruangan luar menghadap permandangan bandaraya Kuala Lumpur. Sangat ohsem lebih-lebih lagi dapat melihat permandangan sunset dari tingkat 23 tersebut. Cantik sangat. Boleh nikmati panorama waktu malam bersama kawan-kawan dan keluarga tersayang. Better korang booking sekarang sebab promosi ni berakhir dalam 2 minggu lagi.


Menu Sarapan Pagi 
Menu sarapan pagi boleh dinikmati seawal 7 pagi hingga 10 pagi. Ada banyak pilihan menu yang boleh dijadikan pilihan tak macam certain-certain hotel yang hanya menyajikan pilihan menu yang terhad. Antara menu-menu yang ada adalah seperti Nasi Lemak, Bubur Nasi, Mee Sup, Mee Goreng, French Toast, Roti Bakar, Scramble Egg, 1/2 Boil Eggs, Sandwich, Salad, Buah-buahan, Hotdog, Nugget, Samosa, Roti Canai dan banyak lagi.


Then pilihan air pun banyak gak. Bukan setakat menyediakan air teh dan kopi, malah korang juga boleh menikmati air nescafe dan teh tarik untuk minuman panas. Untuk minuman sejuk pula ada disediakan orange juice dan air detox. Meriah kan? Restoran tersebut terletak di tingkat 5 berhadapan dengan kolam renang dan pada aku ia mampu menempatkan sehingga 80 ke 100 tetamu dalam satu-satu masa.

Fasiliti The Pearl Hotel Kuala Lumpur 
Ok aku tak pasti tentang fasiliti lain tetapi yang aku pasti The Pearl Hotel Kuala Lumpur ada menyediakan kemudahan kolam renang dan pusat gimnasium kepada para pengunjung. Kolam renang saiz standard, hanya kolam renang umum yang dilengkapi kerusi rehat pada sisi kolam. Kolam renang ini terletak di tingkat 5 berhadapan cafe sarapan pagi yang aku ceritakan tadi.


So itu serba sedikit pengalaman yang ingin aku kongsikan sewaktu menginap di The Pearl Hotel Kuala Lumpur. Check in pada pukul 3 pm dan check out pada pukul 12 noon. Mana lah tau korang ada event kat area Kuala Lumpur, boleh la cuba rasai pengalaman menginap di The Pearl Hotel Kuala Lumpur ni. Kat bawah ni aku kongsikan info dan maklumat sebagai panduan dan rujukan korang ye.




You Might Also Like

1 comments

Blog Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *