Buffet Ramadhan Murah Serendah RM59 Di Restoran Bangi Golf Resort


Bismillah,

So kali ni aku nak bawa korang ke salah sebuah lokasi yang ada menyediakan Buffet Ramadhan Murah iaitu di Bangi Golf Resort. Bangi Golf Resort terletak di Bandar Baru Bangi dan merupakan antara lokasi kebanyakan pilihan pengunjung untuk berbuka puasa. Kenapa? Haa jap lagi aku reveal ye.


Kali ini sebanyak lebih kurang 200 jenis menu akan dihidangkan dan sentiasa berubah-ubah setiap hari. Tahun ini tema yang ditampilkan oleh Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort adalah berkonsepkan 'Kebun Dalam Bandar' di mana setiap hidangan yang ditampilkan menggunakan bahan-bahan mentah yang ditanam sendiri khususnya bagi menu masakan Melayu dan tradisional. Bagi menambah kemeriahan juadah menu berbuka Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort turut menyediakan ruangan ulam ulaman. Tak bermakna lah kalau makan tanpa ulam-ulaman segar kan? Antara ulam-ulaman yang ada disediakan di sepanjang Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort adalah seperti bunga kantan, kubis bulat, ulam raja, daun selom dan kacang panjang.


Pengunjung akan disajikan beberapa killer menu antaranya Kambing Bakar, Sup Kambing Mamak, Satay, Chicken Drummet, Nasi Kerabu, Nasi Ayam Hainan, Laksa Sarawak, Laksa Singapore, Ipoh Hor Fun dan bermacam-macam lagi. Tapi serius lah dia punya Kuey Teow Goreng dan Mi Goreng Mamak sedap weh. Nampak simple tapi memang mengancam kena dengan citarasa aku. Lagipun Kuey Teow Goreng dan Mi Goreng Mamak dimasak panas-panas di hadapan para pengunjungnya.


Tahun ini Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort turut menyediakan menu masakan India antaranya seperti Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak yang dimakan bersama nasi kukus. Untuk menu masakan Cina pula sudah pastinya Nasi Ayam Hainan di mana ia digandingkan pula dengan ayam BBQ ala oriental. Kena plak ngan sos kicap soya yang pekat bersama sos cili buatan sendiri. Memang terbaik!


Untuk menu ala Barat pula, korang boleh cuba beberapa menu pilihan yang ada iaitu Sous Vide Eggs With Mushroom Espuma. Menu ni merupakan signature dish yang akan ditampilkan setiap tahun di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort. Untuk pilihan lain korang boleh mencuba Spaghetti Carbonara dan Penne dengan sos bolognaisse ayam dan bermacam-macam lagi.


Tidak lengkap hidangan berbuka puasa sekiranya tidak ada pencuci mulut tak gitu? Haa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ada menyajikan pelbagai menu sajian pencuci mulutnya antaranya Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Orange Jaffa Swiss Roll, Blueberry Creme Brulee Cake, Red Velvet Swiss Roll, Green Tea Cheese Cake, Caramel Mousse, G3 Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse, Ong Lai Mousse, Oreo Cheese Cake dan pelbagai lagi pilihan lain untuk para pengunjung. Tidak hanya menyediakan minuman sejuk seperti kordial Mangga, Air Tebu, Soya Ros dan Teh Bunga, Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort turut menyediakan minuman panas kerana percaya ada antara pengunjungnya yang lebih gemar memilih minuman panas ketika waktu berbuka puasa.


Satu perubahan ketara yang telah dilakukan oleh pihak management Restoran Bangi Golf Resort untuk keselesaan pengunjungnya tahun ini adalah dengan memodifikasi bilik surau menjadi lebih luas dengan kemudahan pili mengambil wudhuk. Selain daripada itu kubikel tandas juga ditambahbaik dengan penambahan 11 kubikel tandas baru berbanding hanya 5 kubikel pada tahun-tahun sebelumnya. Selama ini parkir kenderaan tidak pernah menjadi masalah kerana pihak management Restoran Bangi Golf Resort telah menyediakan lebih 800 lot parkir untuk kemudahan para pengunjung. Selain daripada itu pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan muzik secara live dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari.


Berlainan dari tahun sebelum, tahun ini Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort membawa tema Iftar Sesama mengajak para pengunjung berbuka sambil beramal di mana 1% daripada keuntungan mereka sepanjang bulan Ramadhan ini akan diinfaqkan kepada badan Islamic Relief Malaysia (IRM). Tak habis di situ, Restoran Bangi Golf Resort juga turut bekerjasama dengan Food Aid Foudation di mana lebihan makanan daripada buffet Ramadhan akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Baguslah selain menjamu selera, kita juga secara tak langsunh turut memberi sumbangan. Walaupun kecil nilainya pada kita, tapi besar maknanya bagi mereka yang betul-betul memerlukan diluar sana.


Harga baucer bermula dari RM59 bagi dewasa dan RM29 bagi kanak-kanak. Jangan bimbang tentang status halal kerana Bangi Golf Resort Restaurant telah mendapat sijil HALAL JAKIM sejak tahun 2009 lagi. Jadi kalau korang nak buat sebarang tempahan atau sebarang pertanyaan boleh rujuk maklumat di bawah.


Bangi Golf Resort Restaurant
No. 1, Persiaran Bandar
Bandar Baru Bangi
43650 Selangor
Malaysia


Tempahan/Pertanyaan :
1-700-81-8557

Email :

Koordinat GPS :
2.95716N, 101.76518E




0 Comments