Restoran Makanan Korea Halal : SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL


Bismillah, 

Actually aku tak ada banyak pengalaman menikmati menu makanan Korea selama ni. Mungkin sebab susah nak jumpa restoran-restoran Korea yang diyakini halal kot. Tapi hari tu kawan aku kata ada restoran makanan Korea yang halal iaitu SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL. Wahh serius la. Then kitorang setup tarikh. Yeay teruja tetiba haha. 


SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL ni terletak di Level F-215. Untuk pengetahuan korang SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL ni diinspirasikan daripada menu makanan daerah Chuncheon, Korea Selatan iaitu ayam panggang. Menu-menunya dipanggang di atas bara api di atas meja. Kalau korang biasa tengok drama-drama Korea di tv, haa korang akan perasan kaedah yang sama dorang gunakan untuk bakar ayam dan daging. Selama ni aku biasa panggang atas plate tembaga je kan. Haa kali ni di SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL aku boleh cuba rasa daging dan ayam yang di panggang menggunakan arang. Rare sangat ni! 


SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL bersih dan teratur. Cantik interior dalamnya, luas dan juga selesa. Staf-stafnya juga sangat membantu dan pantas servisnya. Aku diberitahu yang setiap menu yang dihidang akan disediakan base on order. Maknanya korang akan dapat menu-menu yang fresh disediakan ye. So kalau lambat sikit tu faham la ye sebab apa. Haa nak bagitau jugak ni nak makan SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL ni pun ada caranya tau. Bukan main belasah je. Bukan apa ni la cara kita nak pupuk dan belajar budaya masyarakat Korea. Sekurang-kurangnya tambah pengalaman, mana tau satu hari nanti kita kena pergi Korea plak kan? 


Haa ni aku ajar cara-cara bagaimana korang nak menikmatu makanan di SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL ni : 



  • Mula-mula, pilih daging atau ayam 
  • Pilih side dishes dan sos pencicah 
  • Then masak telur dadar terlebih dahulu menggunakan dapur pemanas. 
  • Dapur BBQ akan dipanaskan menggunakan arang. Korang boleh bakar daging dan ayam di atas pemanggang. 
  • Tapi sebelum jaring diletakkan di atas pemanggang, korang boleh masukkan terlebih dahulu Goguma On Fire (sweet potato) dan letakkannya di bahagian tepi arang. 
  • Bila daging atau ayam dah masak, korang boleh balutnya dengan salad, tambah timun dan lobak, letak sos mengikut selera dan makan! 
  • Selain tu korang boleh gak makan daging dan ayam panggang tu dengan Fist Rice. 
  • Fist Rice adalah kombinasi nasi, ayam dan rumpai laut. Korang kena gumpal-gumpalkan Fist Rice tu terlebih dahulu. Masukkan sekali daging panggang dan makan. Perfecto! 



Actually ada perbagai jenis menu yang disediakan di SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL. Hari tu aku makan ngan 4 orang kawan lain so aku pesan beberapa menu base on suggestion waiter SeoulNami Korean BBQ. So untuk 4 orang makan, aku pesan :


🍗 Chuncheon Chicken (RM59)
🍖 Beef Platter (RM119)
🐙 Spicy Octopus (RM39)
🍲 Kimchi Trio (only in SeoulNami) (RM29
🍚 Fist Rice (RM29)
🍰 Charcoal Burnt Cheesecake (RM12)
🍠 Goguma On Fire (RM12)
🧀 Cheesy Lava (RM19)
🍹 Signature Drinks 

  1. 👉 Out-Of-The-World Lemonade (RM24)
  2. 👉 Binggrae Banana Uyu Colada (RM24)
  3. 👉 Sparkling Orange Cream Soda (RM19)
  4. 👉 Fizzy Spur Plum Cooler (RM19)



Amacam cara tak? Eh kalau korang nak add on menu pun boleh, ikutlah apa yang korang nak order. Aku suka Fist Rice dia. Mula-mula aku ingat satu mangkuk untuk sorang. Rupa-rupanya kena kongsi haha. Sedap la weh. Kitorang sampai pesan mangkuk kedua haha. Then untuk daging dan ayam, dia punya perapan memang umph. Blend dan serap cantik dalam isi. Daging dia pun tak perlu masa yang lama untuk masak. Aku rasa arang dorang guna tu pun mainkan peranan. Bila daging tu dah siap dibakar, korang boleh balutnya dengan cheese lava. Perghh terbaik. Adoyai mengimbau betul la. Sedap rupanya SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL. Kawan aku plak pegi abiskan Kimchi Trio haha. Katanya sedap sangat. Badan je kecik tapi kuat makan haha. Air yang kitorang order pun menarik rasanya. Satu jenis air dihidang untuk 4 orang minum. Overall aku suka menu-menu yang aku pesan hari tu di SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL dan aku rate 8/10. Harga dia pun not bad tapi berbaloi la dengan rasa dan kepuasan makan tu. Kenyang sangat aku malam tu. 


So kalau korang nak cuba menu korea yang berasaskan grill atau bakar ni, aku sangat recommend korang try SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL ni. Sekarang pun dorang tengah tunggu HALAL certificate je daripada JAKIM. So korang tak perlu was-was kalau nak makan kat SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL ni ye kerana di sini menu-menunya 100% halal insyaAllah. Korang boleh rujuk maklumat di bawah kot-kot la korang nak tengok menu apa yang ada kat SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL tu kan. Recommended! 



SeoulNami Korean BBQ 
F-215, The Gardens Mall 
Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City 
59200 Kuala Lumpur 
Tel : +603 2202 3336 



0 Comments