19 Tempat Tumpuan Yang Boleh Dilawati Sekiranya Ke Macao, China


Bismillah,


Baru-baru ni aku telah mengikuti trip media Tourism Macao Malaysia ke Macao, China. Siapa sangka Macao merupakan salah sebuah daerah autonomi yang terletak di Selatan China yang penuh dengan tempat-tempat menarik dan bersejarah walaupun saiz negaranya hanya sekitar 30km/persegi sahaja. Sehingga tahun 1999, Macao telah mendapat pengaruh daripada Portugis sehinggakan banyak bangunan, tempat malahan nama jalan-jalan di sana di namakan dengan dialek Portugis. So hari ni aku nak kongsikan trip percutian selama 4H3M aku ke Macao, China dan hope sangat maklumat-maklumat yang aku kongsikan ni berguna untuk korang merancang perjalanan korang nanti ke sana.

Macao Bridge (HKZMB)

Kami turun di Lapangan Terbang Hong Kong dan bukan di Lapangan Terbang Macao. Kenapa ye? Kerana kami ingin merasai sendiri pengalaman menelusuri Hong Kong - Zhuhai - Macao Bridge (HKZMB) yang dikatakan jambatan merentasi lautan terpanjang di dunia! Ia baru dirasmikan oleh Presiden China Xi Jinping setelah ia mengambil masa 9 tahun untuk disiapkan. Panjang jambatan HKZMB ini adalah 55 km bersamaan 34 batu. Harga tiket sehala dari Hong Kong ke Macao adalah 65 HKD dan korang akan dibawa menaiki shuttle bas.


Okay sepanjang perjalanan aku di Macao, China aku menginap di Sofitel Hotel, Macao. Sofitel Hotel terletak di Ponte 16, dan merupakan hotel bertaraf 5 bintang. Actually korang boleh menemui banyak hotel 5 bintang di Macao kerana Macao memang terkenal dan sering menerima kunjungan daripada pelancong-pelancong asing. Bilik Sofitel Hotel, Macao ni memang mewah dan sangat selesa. Kalau dah baring atas katil dia tu rasa macam tak nak bangun tido terus haha. Rate harga semalam sekitar RM411 macam tu la.


Sofitel Hotel Macao ni dilengkapi dengan wifi, gym, outdoor swimming pool, bilik berhawa dingin, tab mandi yang dilengkapi pemanas air dan LCD TV, seterika dan papan seterika, meja tulis, sofa, peti sejuk, pemanas air dan peti keselamatan. Sofitel Hotel Macau terletak 2 minit perjalanan dari Terminal Feri Yuettung dan hanya 3 blok daripada Senado Square, Macao.


Line wifi pun kuat di Macao ni. Tapi sebagai langkah berjaga-jaga sebelum berangkat aku dah sewa pocket wifi Roaming Man. Mudah di bawa ke mana-mana, portable dan unlimited. Tak risau nak buat kerja atau online bila berada di luar negara. Roaming Man ni ada kat KLIA dan KLIA2 ye. So korang boleh pick up atau drop balik kat mana-mana lokasi yang aku maklumkan di atas dan ia dibuka 24 jam setiap hari!


Kalau korang nak tau Sofitel Hotel Macao turut menyediakan perkhidmatan shuttle bas kepada para pengunjungnya. Kalau korang nak ke Border Gate dan ke Terminal Feri Macao, korang boleh menaiki shuttle bas dari pukul 9 pagi hingga 11 malam. Bas akan tiba selang 11 hingga 15 minit dan mengambil penumpang di lobi hotel. Untuk makluman korang juga perkhidmatan ini adalah PERCUMA!


Dari Sofitel Hotel, korang boleh menuju ke beberapa tempat tumpuan pelancong yang berada di sekitarnya. Antaranya Senado Square, St. Dominic's Church, Ruins Of St. Paul's, Museum Macao, bangunan Leal Senado, Fortaleza Do Monte, Street Of Happiness dan Lover's Lane. 8 tempat-tempat tumpuan pengunjung ni memang dekat antara satu sama lain dan terletak berhampiran dengan Sofitel Hotel, Macao.

Senado Square

Ia merupakan salah satu tempat yang paling popular di Macao dan terkenal dikalangan pelancong. Senado Square bukan hanya dipenuhi dengan deretan kedai, restoran, dan pejabat malah ia juga diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia yang penting seperti yang diumumkan oleh UNESCO.


Di bahagian kiri dan kanan sepanjang Senado Square dipenuhi dengan bangunan dengan rekabentuk inggeris. Di bahagian tengahnya pula ada air pancut. Kalau korang datang time Chinese New Year, korang boleh lihat bunga api, tarian singa dan naga. 

St. Dominic Church

Gereja St. Dominic merupakan gereja yang berekabentuk Baroque pada abad ke-16 sewaktu berkhidmat dengan pihak Cathedral Parish dari Diocese Roman Katolik, Macao. Ia terletak tak jauh daripada Senado Square dan bangunan Leal Senado.

Ruins Of St. Paul's

Kalau korang berjalan terus di sepanjang jalan dengan deretan kedai di Ruinas De Sao Paulo dari St. Dominic Church, di hujung jalan korang akan bertemu dengan beberapa lokasi tarikan pelancong antaranya bangunan tinggalan sejarah Ruins Of St. Paul's. Bak kata kawan aku trip korang ke Macao takkan lengkap sekiranya tak ke Ruins Of St. Paul's ni.

Macao Museum

Macao Museum ni pula terletak di atas bukit tak jauh daripada Ruins Of St. Paul's. Ia terletak di atas Monte Fotress si mana di sana juga korang boleh melihat pemandangan nyaman sekitar bandar Macao. Di Macao Museum ni korang boleh melihat pelbagai khazanah dan peradaban masyarakat Macao ditampilkan di sini. Bagaimana masyarakat China Macao menerima kehadiran Portugis dan influen ke dalam cara hidup mereka sekarang. 


Ia dibuka setiap hari kecuali Isnin, dari 10 pagi hingga 6 petang. Bayaran masuk adalah 15 MOP untuk dewasa dan 8 MOP untuk kanak-kanak dan warga emas. Tetapi pada setiap 15 hb setiap bulan, tiada caj masuk dikenakan dan iainya percuma kepada semua pengunjung.

Fortaleza Do Monte

Ia juga tapak sejarah yang terletak berhampiran Ruins Of St. Paul's dan Macao Museum. Fortaleza do Monte menempatkan beberapa buah meriam lama, kem tentera, tangki dan gudang yang pernah digunakan dalam pertempuran sejarah yang penting. Dikenali sebagai kubu ketenteraan, tempat ini turut menarik pelancong terutamanya bagi mereka yang menggemari sejarah. Hari ini, satu sisi kubu lama ini diubahsuai sebagai pejabat Biro Meteorologi Macao.

Leal Senado Building

Bangunan Leal Senado terletak bertentangan dengan Senado Square dan Macao General Post Office. Di dalam bangunan Leal Senado ni dilengkapi dengan perpustakaan, bilik mesyuarat, gereja kecil dan sebuah taman. Bangunan Leal Senado ini telah dibina pada tahun 1974 dan masih mengekalkan ciri-ciri binaan lama terutamanya batu marmar pada dinding dalam bangunannya. Terdapat juga beberapa ukuran batu (statue) jika korang ke bahagian taman di dalam Leal Senado.

Street Of Happiness

Dari Senado Square sederet dengan Bangunan Leal Senado ada satu jalan atau lorong kecil yang dipanggil Street Of Happiness. Actually nama Street Of Happiness ni diambil disebabkan jalan atau lorong tersebut dijadikan tempat pertemuan para jejaka dan kekasih mereka. Setelah seharian kerja, pulang dengan keadaan letih maka mereka menghiburkan diri dengan bertemu kekasih mereka di jalan ini. Namun kini Street Of Happiness dipenuhi dengan deretan rumah kedai yang menjual pelbagai jenis makanan dan barangan cenderahati.

Love Lane

Dari Ruin's Of St. Paul's korang perlu turun ke bahagian kiri bangunan untuk ke Love Lane. Di sini korang dapat lihat jalan yang kiri kanannya tersergam senibina bangunan dengan rekabentuk inggeris yang memukau. Warna-warna pastel dindingnya sangat cantik dan instagrammable. Di sini ada beberapa buah kedai menjual cenderahati dan mekanan ringan.

Macau Cruise

Okay untuk ke Ponte Cais De Coloane, kami akan menaiki Macau Cruise di mana di sepanjang jalan air itu kami diterangkan tentang beberapa lokasi menarik yang terlihat di sekitar laluannya. Ia membawa pengunjung menghubungi Semenanjung Taipa, Taipa dan Coloane. Perjalanan sekitar 30-45 minit ini membawa pengunjung melihat beberapa lokasi tumpuan pengunjung antaranya A-Ma Temple, Guia Fotress, Penha Hills, Macao Science Museum, Kun Lam Ecumenical Centre Macao Tower dan banyak lagi. Macao Cruise ni mampu menampung seramai 43 orang dalam satu-satu masa dan rate harganya sekitar 100 MOP untuk seorang.

Coloane Island

Coloane Island ni bukan pulau seperti yang korang bayangkan ye haha. Ia merupakan pulau dengan penempatan lama. Kebanyakan rumah-rumah disini dibina dengan senibina inggeris malah kita boleh lihat juga rumah-rumah yang dibina dengan menggunakan kontena. Berbanding dengan pusat bandar Macao, Coloane Island lebih tenang dan dikelilingi dengan persekitaran yang menghijau.


Kami diberitahu kebanyakan penduduk di sini adalah warga tua dan mereka yang sudah berpencen. Malah rate sewa kediaman di sini pun jauh lebih murah berbanding pusat bandar Macao. Di sini juga terdapat beberapa tarikan pengunjung antaranya Largo Do Presidente Antonio, Francis Xavier Chapel dan Lord Stow's Bakery. Kepada mereka yang suka mendaki dan melakukan aktiviti riadah, korang boleh lah menelusuri Coloane Trail mengelilingi pulau Coloane. Korang juga boleh menaiki hingga ke puncak paling tinggi sekiranya melalui laluan ini.

Largo Do Presidente Antonio

Merupakan deretan rumah kedai di tengah-tengah pekan Coloane yang menjual makanan tempatan seperti hasil laut kering, tat telur dan macam-macam lagi. Largo Do Presidente Antonio juga kerap dijadikan lokasi penggambaran filem dan drama tv.

Francis Xavier Chapel

Gereja Francis Xavier Chapel ni terletak di Coloane Island. Ia dibina pada tahun 1928 mengikut gaya senibina Baroque. Bentuk binaannya tak jauh beza dengan St. Dominique Church yang terletak di Senado Square.

Lord Stow's Bakery

Kalau korang ke Macao ni, tak sah kalau korang tak cuba keenakan tat telurnya yang diusahakan sejak beberapa dekad lamanya. Kedai Lord Stow's Bakery ini terletak di Vila Da Coloane dan sentiasa menerima tempahan serta kunjungan daripada penduduk tempatan dan juga pelancong luar. Harga sebiji tat telur di Lord Stow's Bakery ni ialah 10 MOP sahaja. Dikatakan Lord Stow's Bakery juga ada membuka satu lagi cawangan lain yang terletak di Cunha Street.

Taipa Houses

Taipa Houses merupakan lima buah bangunan dengan senibina Portugis. Taipa Houses dibina pada tahun 1921 di mana pada awalnya bangunan-bangunan ini merupakan rumah bagi keluarga awam Portugis atau Macanese. Kini Taipa Houses dijadikan sebagai muzium dan dibuka kepada orang ramai. Masuk adalah PERCUMA.

Cunha Street

Cunha Street menempatkan deretan kedai yang menjual pelbagai jenis barang cenderahati dan makanan kepada para pengunjungnya. Harganya boleh tahan murah tapi seriously kalau korang nak dapatkan cenderahati pada harga yang lebih murah, korang boleh dapatkan di deretan kedai-kedai di belakang Senado Square. Kat belakang tu ada lorong-lorong kecil yang menempatkan kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai barang cenderahati dan tshirt. Aku menyesal tak beli awal tshirt kat situ. Bezanya hampir 20 MOP jugak la. Kedai-kedai tu tutup awal so memang bukan rezeki aku la.

The Venetian

Actually The Venetian Macao ni merupakan salah sebuah hotel bertaraf 5 bintang di Macao. Tapi bukan tu yang aku nak cerita. Di dalam The Venetian tu ada Little Venice. Seriously aku tergamam, tak sangka aku seolah-olah berada di Venice Itali weh padahal aku berada dalam bangunan tu. Dia punya rekabentuk bangunan, siap ada langit dan sungai bagai. Malah pengunjung juga boleh menaiki gondola di sungai buatan. Serius kagum dan very instagrammable. Korang kena amik banyak gambar di sini.


Eiffel Tower

Tak jauh daripada The Venetian, korang boleh melihat pertunjukan lampu di Eiffel Tower. Binaan seolah-olah menara Eiffel di Paris ni kelihatan cantik pada waktu malam dan dipenuhi dengan pengunjung yang ingin mengambil gambar. Pertunjukan lampu ini mengikut alunan muzik yang dimainkan dari semasa ke semasa.

Macao Tower

Last but not least kalau korang dah sampai ke Macao ni, tak sah kalau korang tak menaiki Macao Tower. Macao Tower merupakan tempat untuk bersantai dan berhibur kerana di sana korang boleh membeli belah, menonton wayang dan juga berehat menikmati pemandangan sekitar Macao di kafe-kafe yang ada di sana. Kepada mereka yang gemar melakukan aktiviti ekstrem, korang juga boleh cuba melakukan aktiviti Bungee Jumping, Skywalk, Skyjump dan juga memanjat menara.


Ketinggian Macao Tower adalah 338 meter dari aras laut. Di bawah ni aku attached sekali fee admission dan aktiviti yang boleh korang lakukan di Macao Tower.


So amacam tempat-tempat yang aku cadangkan ni? Agak-agak memenuhi tak tentatif trip korang ke Macao, China nanti? Sebenarnya ada lagi tapi cukuplah buat masa ni. Kalau ada input aku update lagi ye. Ni nak bagitau kalau korang perlukan maklumat lanjut berkenaan Macao, korang boleh saja layari Macao Tourism Malaysia ye. Takkan tempat-tempat menarik je? Tak nak share tempat dan lokasi makanan HALAL di Macao, China? Haa aku dah update dah sebelum ni, korang boleh baca artikel 5 Restoran Makanan HALAL Di Macao, China di sini ye.


So happy holiday guys. Have fun di Macao, China!!

0 Comments