Ibadah Umrah Lebih Mudah Dengan Booklet EMRAZ Travel & Tours


Bismillah,

Tempohari aku berpeluang menghadiri 1st Annual Meeting EMRAZ Travel & Tours yang berlangsung di Hilton Garden Inn, Puchong. Dalam majlis tersebut, Booklet Rasmi EMRAZ turut diperkenalkan dan dirasmikan oleh pengasas EMRAZ Travel & Tours iaitu Dr. Zulkarnain Bin Endut.


EMRAZ Travel & Tours ini sangat membantu mereka yang ingin melakukan ibadah umrah, daripada zero to hero. EMRAZ Travel & Tours tersebut dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya :

👉 Pengenalan ibadah umrah
👉 Ayat Al-Quran mengenai ibadah umrah
👉 Sejarah Mekah & Madinah
👉 Syarat-syarat mengerjakan umrah
👉 Perjalanan ibadah umrah


Selain daripada itu, EMRAZ Travel & Tours tersebut turut menerangkan tentang pakej-pakej umrah yang ada disediakan oleh EMRAZ Travel & Tours. Daripada pakej yang ditawarkan, korang boleh memilih 5 jenis pakej yang bersesuaian dan mengikut kemampuan korang. Antara pakej-pakej umrah yang ada disediakan melalui EMRAZ Travel & Tours adalah seperti :

🕋 Pakej Umrah Safwah Gold
🕋 Pakej Umrah Safwah Silver
🕋 Pakej Umrah Le Meridien Gold
🕋 Pakej Umrah Le Meridien Silver
🕋 Pakej Umrah Ramadhan

Di dalam EMRAZ Travel & Tours juga turut menerangkan kelebihan yang ada disediakan oleh pakej haji EMRAZ berbanding pakej haji yang disediakan oleh pihak swasta. Memang banyak kelebihannya antaranya :

✈️ Umrah dibantu alat bantu pendengaran
✈️ Mutawwif yang berpengalaman
✈️ Set bagasi premium 4 jenis
✈️ Penerbangan terus tanpa transit
✈️ Telekung & kain ihram edisi khas

Pihak EMRAZ Travel & Tours turut menyediakan pelbagai jenis cenderahati kepada para jemaah yang mendaftar di bawah mereka seperti payung, tuala, tshirt, ID card cover, buku nota, pen, botol spray, non woven bag, key chain, digital tasbih dan paling baru adalah telekung yang dihasilkan khas oleh iManis kepada para jemaah EMRAZ Travel & Tours.


Malah melalui EMRAZ Travel & Tours tersebut ada disediakan jadual dan tarikh penerbangan umrah safwah dengan perkhidmatan hotel 5 bintang dengan jarak 50 meter dari Mekah. Tarikh penerbangan tersebut bermula dari 18 September 2019 sehingga 13 April 2020. Senang untuk korang merancang ibadah umrah korang. Boleh la plan menabung mulai sekarang.


Untuk pengetahuan korang EMRAZ Travel & Tours telah mula beroperasi sejak 23 Januari 2015 dan berdaftar dengan SSM dengan nombor pendaftaran 1128699-H. Fokus utama syarikat ini adalah melaksanakan pakej, produk umrah dan ziarah. Seramai 80 orang jemaah telah mengikuti ibadah umrah dan haji di bawah EMRAZ Travel & Tours pada tahun 2017, 1000 orang pada 2019 dan 4000 orang sepanjang 2019 ini. Malah lebih 5000 orang jemaah telah menyertai EMRAZ Travel & Tours sejak tahun 2017.


Peningkatan jemaah yang berdaftar dengan mereka menunjukkan EMRAZ Travel & Tours diyakini dan mendapat kepercayaan dalam membantu para jemaah mengerjakan ibadah dan umrah selama ini. Sekarang ni susah nak dapatkan travel ejen yang jujur dan amanah malah sanggup menipu para jemaah walaupun dalam urusan yang melibatkan ibadah. Kesian melihat para jemaah yang kerap menjadi mangsa penipuan, lebih-lebih lagi golongan tua yang sedaya upaya mengumpul harta demi menunaikan tanggungjawab kepada Allah. Kepada pakcik dan makcik, saya yakin dan percaya EMRAZ Travel & Tours mampu merealisasikan impian pakcik dan makcik untuk ke tanah suci insyaAllah.


Jadi kepada semua jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Booklet Rasmi EMRAZ Travel & Tours ni ye. Sangat membantu bagi mereka yang baru first time untuk menunaikan ibadah umrah. InsyaAllah mudah-mudahan kita memperolehi umrah dan haji yang mabrur.

Sebarang pertanyaan lanjut, korang boleh layari maklumat yang tertera di bawah :

EMRAZ Travel & Tours Sdn. Bhd.
Lot D-1-5, Level 1, Blok D
Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya

Tel : +603 8860361 / +6019 4546114

Facebook
EMRAZ Travel & Tours Sdn. Bhd.

Website
www.emraztravel.com

Email
info@emraztravel.com


0 Comments