NCIG Solusi Kepada Ketagihan Merokok Rakyat Malaysia


Bismillah,


Baru-baru ni aku ada follow kawan aku ke Desa Seri Hartamas, Kuala Lumpur. Dia kata NCIG baru buka cawangan kat sana. Aku blur gak mulanya. Tak nak la nampak obvious sangat tak tau kan so aku google sendiri. Ohh rupanya benda ni yang dorang panggil NCIG. Selama ni aku ingat benda ni kind of vape macamtu rupanya lain daripada yang lain.


NCIG ni lebih kecil, macam pendrive korang. Lebih portable dan mudah alih. Tak perlu refill liquid dia dan boleh caj kerana disediakan Ndock Charger dan hanya guna kabel caj telefon sahaja. Untuk satu NCIG liquid pod, dikatakan boleh digunakan sehingga 200 puff. Cute je bentuknya dan selalunya aku nampak orang sangkut kat leher je. Difahamkan NCIG produk alternatif yang bertujuan membantu mengurangkan ketagihan merokok rakyat Malaysia.


Bila aku sampai ke sana aku tengok ramai giler anak muda beratur depan N Store tu. Ohh kedai NCIG tu dipanggil N Store kot-kot la takut korang konfius. Semua nak dapatkan potongan harga bagi peranti NCIG tu. Bukan setakat tu je, malah ada banyak aktiviti lain yang turut dilakukan di sana sewaktu pembukaan N Store NCIG pertama di Malaysia. Rezeki kawan aku plak dia berjaya membawa pulang set NCIG limited edition berwarna merah. Perghh cantik bak hang!


Difahamkan menurut pengasas NCIG Shariffuddin Bujang atau lebih mesra dipanggil Pak Din, sebanyak 60,000 rakyat Malaysia sudah pun menggunakan NCIG  sehingga hari ini dan beliau mensasarkan seramai 1 juta pengguna akan menggunakan peranti ini berbanding rokok dalam setahun akan datang. Bagi mencapai matlamatnya tu, lebih banyak cawangan N Store akan dibuka dan dalam masa terdekat ni dua cawangan akan dibuka di sekitar Kuala Lumpur bagi memudahkan pelbagai pihak dari pengguna, agen dan juga distributor.


Setiap NCIG kit didatangkan sekali bersama 1 rechargeable device, 1 usb Ndock charger dan Npod cartridges. Jangan bimbang setiap kit ni diberi sekali jaminan waranti selama setahun dan pengguna tak perlu menunggu selama 5 hari untuk membuat tuntutan waranti. Harga satu set ni dalam RM180, dan set liquid dia berharga dalam RM45.


So kalau korang yang berniat nak berhenti merokok sempena azam bulan Ramadhan ni, tak mampu berhenti serta merta aku suggest korang start dengan NCIG ni. InsyaAllah mana tau dengan azam yang kuat dan tabah secara perlahan-lahan korang mampu mengurangkan ketagihan merokok dan akhirnya berjaya berhenti selama-lamanya.


0 Comments