Seminar #NakUbahHidup 10x Grow Biz Richworks By Dr Azizan Osman


Bismillah,

Baru-baru ni aku dapat jemputan untuk menghadiri Seminar #NakUbahHidup 10x Grow Biz Richworks By Dr Azizan Osman yang berlangsung di Dewan Wawasan Menara PGRM, Cheras. Mula-mula aku dapat jemputan tu, aku berbelah bagi gak. Ye la aku sangka seminar tu hanya untuk mereka yang mempunyai bisnes semata-mata tapi jangkaan aku meleset kerana segala input yang diberikan oleh Dr Azizan Osman boleh disuaikan dengan kehidupan kita sehari-hari.


Seminar bermula seawal 8 pagi dan aku diberitahu kehadiran penuh ye hari tu. Dianggarkan hampir 2000 orang peserta dari seluruh negara datang untuk menghadiri Seminar #NakUbahHidup 10x Grow Biz Richworks By Dr Azizan Osman  tu. Aku dapat lihat kebanyakan peserta-peserta itu terdiri daripada mereka yang telaha lama mengikuti kelas dan seminar Dr Azizan Osman, ada yang baru pertama kali macam aku, mereka yang telah punya jenama dan bisnes malah turut dihadiri oleh beberapa orang selebriti-selebriti terkemuka tanah air.


Aku orang baru, tetapi aku dapat rasakan aura positif di dalam dewan tu. Kesemua peserta yang hadir berminat untuk mengetahui rahsia di sebalik Seminar #NakUbahHidup 10x Grow Biz Richworks By Dr Azizan Osman  tu walaupun kebanyakan di antara mereka telahpun berjaya dengan income tahunan berjuta-juta. Bagaimana aku yang masih tak ada sebarang perniagaan ni? Setiap apa yang Dr Azizan Osman katakan adalah info. Kadangkala info tu sangat berguna untuk aku memperbaiki kelemahan diri. Bak kata Dr Azizan Osman, nak ubah orang lain pastikan kita kena ubah diri kita terlebih dahulu. Ada banyak cara yang boleh dipraktikkan supaya kita dapat mengenal dan memperbaiki diri kita sendiri.


Sesekali Dr Azizan Osman mengajak sekali peserta bersama-samanya berdiri dan bersorak bagi mengembalikan aura positif dan membina keyakinan diri. Sepanjang tempoh 4 jam seminar tu, aku langsung tak rasa mengantuk kerana Dr Azizan Osman bijak mengemudi acara dan crowd yang hadir daripada terus dibuai mimpi. Ceramahnya tak bosan dan sekali sekala diselitkan humor bagi memancing tumpuan peserta Seminar #NakUbahHidup 10x Grow Biz Richworks By Dr Azizan Osman  tu. Dr Azizan Osman banyak memberikan contoh mudah bagamana kita boleh menjana 10x Grow Biz dalam masa yang singkat, dengan cara yang sihat. Aku yang tak ada bisnes ni pun teruja tiba-tiba rasa nak buat bisnes plak hahaha.


Ada satu slot dalam seminar tu, Dr Azizan Osman menjemput dua orang peserta yang telah berjaya selama mereka bersama dengan program di bawah kendalian Dr Azizan Osman. Bagaimana dua orang tersebut berjaya menjana income 3 hingga 5 juta setahun berbanding awal pembabitan mereka dulu hanya 10 hingga 100,000 setahun. Bagaimana mereka dulu hanya punya dua ke tiga orang pekerja dan kini sudah memiliki hampir 70 orang pekerja dalam syarikat. Malah kini mereke telah mempunyai 4000 orang stokis di seluruh negara. Aku tabik spring la ngan kedua-dua orang peserta tu. Dorang memang hebat, flip keadaan dari zero to hero!



Kepada korang di luar sana yang berminat nak memperbaiki dan mendalami cara-cara mendapat income 10 kali ganda, aku sangat syorkan korang ikuti Seminar #NakUbahHidup 10x Grow Biz Richworks By Dr Azizan Osman  ni. Memang sangat-sangat membantu bagi mereka yang mula hilang arah tuju, tidak fokus dalam berbisnes, mula hilang keyakinan, tak tau mengurus aset dan kewangan dan mereka yang baru menceburkan diri dalam bisnes. Korang boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah untuk info lanjut berkenaan Seminar #NakUbahHidup 10x Grow Biz Richworks By Dr Azizan Osman  ni ye.

FACEBOOK

TWITTER

INSTAGRAM

YOUTUBE

LINKEDIN

0 Comments