SISIK IKAN BAKAR Port Ikan Bakar Best Klang


Bismillah,

Ha kali ni aku nak share ngan korang port ikan bakar sedap teroks kat area Klang iaitu SISIK IKAN BAKAR. Aku baru tau pasal SISIK IKAN BAKAR last week. Tu pun sebab aku pergi GM Klang. SISIK IKAN BAKAR ni bebetul terletak kat depan GM Klang tu, kat tepi roundabout.


Apa yang menariknya SISIK IKAN BAKAR ni, dorang hanya menyajikan menu masakan Melayu asli je ye. Menu-menu thai, western memang korang takkan jumpa la kat sini. Then dia punya seafood segar-segar weh. Bukan kaleng-kaleng. Ada pelbagai jenis seafood ada disediakan kat SISIK IKAN BAKAR ni antaranya ikan Aji, ikan Tuka, ikan Siakap, ikan Bawal Mas, ikan Jenahak, ikan Kembung, ikan Cencaru dan banyak lagi. Selain daripada itu korang juga boleh memilih seafood lain sebagai hidangan antaranya siput buluh, kupang, lala, sotong, ketam dan udang.



Di SISIK IKAN BAKAR korang boleh pilih sama ada menu alakat ataupun set untuk beberapa orang. Hari tu aku pesan beberapa menu mengikut cadangan pelayan SISIK IKAN BAKAR. Ye la dorang tau la ikan apa yang sesuai untuk menu yang aku pesan kan. Tapi kalau korang nak pilih ikut selera sendiri pun tak ada masalah. Aku pilih Pais Ikan Siakap iaitu ikan siakan yang di bakar bersama tempoyak. Perghh marvellous, pekat dan kuat rasanya. Aku lupa plak nak minta dia tambahkan petai. Mesti lagi awesome!



Then aku pesan menu lain antaranya Masak Asam Pedas, Masak 3 Rasa, Masak Stim Hijau, Bakar Berempah, Sotong Bakar Manis, Udang Goreng Berempah dan lain-lain lagi. Selain daripada hidangan seafood, korang juga boleh pilih menu berasakan sayur seperti kailan ikan masin, kangkung goreng belacan, sayur goreng campur dan banyak lagi. Korang tengok sendiri la senarai menu SISIK IKAN BAKAR tu ye. Mesti korang rambang mata hoho. Hampir aku terlupa jangan kalau korang dah datang ke SISIK IKAN BAKAR ni jangan plak lupa pekena Nasi Lemak Buluh Perindu ye. Sangat recommended.




Okay SISIK IKAN BAKAR nk dibuka dari 8 pagi hingga 4.30 petang untuk menu-menu masakan asli Melayu manakala dari pukul 5 petang ke 12.30 tengah malam adalah menu berasaskan ikan bakar dan seafood ye. Better korang datang malam sebab GM Klang tutup pukul 7 malam, so tak crouded sangat dan banyak petak parkir.




Restoran Sisik Ikan Bakar
No.32, Jalan Kasuarina 1/KS7
Bandar Botanic
41200 Klang, Selangor


Contact
019-2263004
016-2240474


Waktu Operasi
8am - 4.30pm (menu Melayu asli)
5pm - 12.30am (seafood & grill)



0 Comments