Yoodo Community Meet Up Day 2019


Bismillah,

Baru-baru ni aku dijemput untuk memeriahkan program yang dianjurkan oleh Yoodo iaitu Yoodo Community Meet-Up Day yang bertempat di Starling Mall, Damansara. Best gak program yang julung-julung kali diadakan oleh Yoodo ni. Actually ini merupakan kali ke-3 program Yoodo Community Meet-Up Day diadakan dan kali ke-2 aku menghadirkan diri. Program ini adalah sebagai tanda penghargaan Yoodo kepada para pelanggannya di atas kesetiaan mereka  memilih pelan kad sim Yoodo.


Berbanding tahun lepas, kali ni selain goodies bag daripada Yoodo kami turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti dan permainan yang disediakan seperti Lat-Tali-Lat, One Two Som dan banyak lagi. Hadiah-hadiah yang disediakan pun bukan calang-calang seperti Power Bank MI, earphone MI, smartwatch MI dan Yoodo Limited Edition Tshirt. Kami juga mendapatkan tayangan khas percuma di MBO Cinema untuk filem Jumanji : The Next Level.


Bukan setakat filem, setiap subscriber yeng bertuah akan mendapat set popcorn dan air secara percuma juga. Keseronokan program Yoodo Community Meet-Up Day tak berhenti setakat itu sahaja. Dalam goodies bag yang diberi tu, ada tshirt Yoodo dan ada pek sim baru bagi mereka yang ingin mendaftar pelan yang diperkenalkan oleh Yoodo. Perghhh memang best sangat!!


Actually kalau korang masih belum tahu Yoodo mula dilancarkan pada Januari 2018. Ia mula beroperasi di bawah Celcom di mana ia menawarkan perkhidmatan telekomunikasi secara digital dan mensasarkan golongan digital pada masa kini. Bezanya Yoodo dengan pelan yang dipekenalkan oleh syarikat telekomunikasi yang lain, Yoodo membolehkan penggunanya merangka pelan mereka mengikut keperluan mereka sendiri menerusi aplikasi, memilih kuota data, panggilan, sms mengikut keperluan dan kegunaan mereka setiap hari sahaja.


Dari situ mereka boleh tetapkan bajet penggunaan dan jumlah yang perlu di bayar setiap bulan. Almaklumlah bukan semua orang berkerjaya dan mampu malah ada dikalangan mereka merupakan pelajar yang masih bergantung kepada bantuan ibu bapa mereka. Jadi pelan Yoodo sangat membantu mereka untuk merangka bajet pada setiap bulan.


Malah sebelum tayangan bermula Ketua Pengarah Eksekutif Yoodo, Tuck Mun turut berkongsi beberapa pembaharuan yang diperkenalkan oleh Yoodo. Antaranya memperkenalkan Roam Like Home Plus plan di mana setiap pengguna Yoodo boleh menikmati akses internet di 53 buah negara di seluruh dunia pada kadar yang sama.


Selain daripada itu pembayaran melalui online banking juga turut diperkenalkan pada akhir Disember 2018 lalu bagi memudahkan pengguna membuat pembayaran tanpa perlu ke cawangan-cawangannya. Antara lain yang turut diperkenalkan adalah Flexi Booster. Melalui kaedah ini pengguna yang membeli booster hampir dengan tarikh tamat tempoh, harganya akan jadi lebih murah. Sangat menarik dan menjimatkan pengguna!


Pada program yang sama, Yoodo turut menyampaikan beberapa anugerah kepada pengguna setia mereka melalui tiga kategori antaranya Longest Active SuperUser, Most Active SuperUser dan Most Promising SuperUser. Tahun ini seramai 11 orang SuperUser telah diberi penghargaan oleh pihak Yoodo.

  • Hilmi, Klang
  • Hatifi, Damansara
  • Wong Yuen Sern, Kuala Lumpur
  • Aslam Denjay, Sandakan, Sabah
  • Beh Tong Yu, Penang
  • PP Foong, Kuala Lumpur, 
  • Wilson Wong, Perlis
  • Yazid, Melaka
  • Jafrul, Kuala Lumpur
  • Ariffin, Kuala Lumpur
  • Mohamad Syazwan, Terengganu


Sepanjang tahun 2019 ini, Yoodo telah melaksanakan pelbagai program antaranya :
  • Yoodo X The Bee : Bunkface & One Buck Shot
  • PUBG Mobile National Championship
  • Jadi penaja Malaysia Premier Futsal League
  • Launch servis eSIM pertama di Malaysia
  • Dan banyak lagi

Aku harap program seperti ini dijaLdikan acara tahunan sebagai tanda sokongan dan terima kasih Yoodo kepada para pelanggannya. Kita sebagai pelanggan akan rasa dihargai dan sudah pastinya akan terus menyokong perkembangan Yoodo & terus setia bersamanya di masa akan datang.



0 Comments