Tempat Makan Best Kajang : Salman Nasi Kandar


Bismillah,

Kalau korang nak tau, aku yang duduk kat Kajang ni pun tak tau berapa banyak restoran dan kedai makan baru dibuka setiap hari. Tak pernah habis aku terjah. Setiap kali aku jalan, mesti aku nampak ada kedai yang baru dibuka. So kepada peminat Nasi Kandar, kali ni aku nak kongsikan port makan Nasi Kandar best di Kajang iaitu Salman Nasi Kandar.


Salman Nasi Kandar ini terletak di Kampung Sungai Tangkas. Pin pointnya bila korang sampai di traffic light simpang 3 (di bahagian pintu belakang UKM), korang masuk ke susur kanan traffic light sehingga korang jumpa junction pertama (simpang tiga) di hadapan KTM UKM. Masuk ke susur kiri bawah flyover KTM, jalan terus sehingga korang jumpa Salman Nasi Kandar di blok bangunan sebelah kiri korang. Anggaran jarak perjalanan daripada KTM UKM ke Salman Nasi Kandar kira-kira 1 km.

Salman Nasi Kandar beroperasi setiap hari kecuali hari Jumaat, dari pukul 11 pagi hingga 9 malam. Ia ada membuka khemah di bahagian luar kedainya dan restoran ini berkonsepkan 'open air'. Aku suggest korang datang seawal 11 pagi sebab melalui pengalaman aku ke sana tempohari, pengunjung mula beratur panjang sekitar jam 12 tengahari. Dia punya beratur macam berada di imigresen Singapura hahaha.


'Killer' bagi Salman Nasi Kandar ni boleh aku katakan dia punya ayam goreng. Ayam goreng dia punyalah besar even peha ayam dia pun panjang-panjang. Aku rasa masa hidup dulu ayam-ayam ni bekerjaya sebagai model haha. Then setiap kali pesanan diambil, ayam akan digoreng balik sehingga garing dan dipotong kecil-kecil agar mudah dimakan.


Salman Nasi Kandar dibanjiri dengan 5 jenis kuah kari pelbagai rasa dan aroma, pekat dan 'kaw' giler. Tips aku nak kongsikan di sini la ye, korang dapat je Nasi Kandar tu nanti makan cepat-cepat. Kalau kuah dia start kering dan kembang, nanti korang muak plak. So makan sebelum dia sejuk ye.

Sedap atau tak itu subjektif. Bergantung tekak korang. Macam aku rasa sedap, tapi wife aku kata kurang sikit sebab rasa kuahnya sedikit manis. Yup memang rasa manis tapi jenis manis yang boleh diterima. Bukan manis sangat pun. So kalau korang nak tau macamana rasanya, better korang datang dan cuba sendiri Salman Nasi Kandar ni ye.


Selain ayam goreng panas, ada lagi beberapa menu lain yang ada disediakan di Salman Nasi Kandar ni antaranya sayur kobis goreng, telur asin, bendi, sambal belacan dan daging kalau aku tak silap la. Air-airnya pula ada beberapa jenis sahaja tetapi setiap satunya berharga RM1. Untuk menu yang aku makan hari tu, aku ambil ayam goreng, bendi, sayur kobis goreng, telur asin dan air bandung cuma berharga RM9 sahaja. Portion nasi dia banyak dan ayam plak besar. Kalau korang betul-betul kaki makan atau lapar sahaja aku rasa boleh habiskan hidangan penuh tu. Mujur aku kongsi dua ngan isteri aku. Itupun dah penuh sampai ke tekak.


So kalau korang nak cari port makan Nasi Kandar best kat area Kajang, boleh try di Salman Nasi Kandar ni ye. Alamatnya adalah seperti berikut :


Salman Nasi Kandar
Lot 6741E, Jalan Bistari
Kampung Sungai Tangkas
43000 Kajang.

Waktu operasi :
Setiap hari (kecuali Jumaat)
11 pagi - 9 malam

(Waze : Salman Nasi Kandar)

2 Comments

  1. Keren,artikel yang sangat menarik....

    Jika berkenan,silahkan mampir kewebsite saya.
    dan temukan hal hal menarik

    website : https://www.awalssh.my.id/

    Website Awalssh.my.id adalah media informasi tips trik seputar teknologi, berbagai cara berkaitan dengan teknologi informasi.

    Adding Knowledge Insights, To Mutual Success.

    ReplyDelete