5 Punca Masalah Yang Sering Dihadapi Oleh Pasangan Berkahwin


Bismillah,

Setiap pasangan yang berkahwin tidak terlepas daripada sebarang masalah, tak kiralah masalah kecil atau besar. Kadangkala masalah yang kita sering dengar pun bukan besar mana. Pasal karipap pun boleh bergaduh tau! Bila kita rujuk kepada pejabat agama, masalah-masalah yang sering diadukan kadang-kadang tak masuk akal. Kenapa masalah-masalah ini boleh berlaku? Jom kali ni aku nak kongsikan 10 Punca Masalah Yang Sering Dihadapi Oleh Pasangan Berkahwin.


Badan/Mulut Berbau

Nampak remeh tapi ini antara punca kenapa rumahtangga bergolak. Aku tak faham kenapa ada sesetengah pasangan yang sudah berkahwin tidak suka memakai deodoran? Awal-awal perkahwinan dulu bukan main wangi. Pewangi jenama mahal pun sanggup beli. Alih-alih bila anak dah masuk dua, bukan setakat pewangi, deodoran pun tak nak pakai. Lagi satu ada juga jenis pasangan yang mempunyai masalah mulut berbau. Lagi-lagi bagi mereka yang merokok. Bau rokok bukan sahaja menyebabkan mulut berbau, malahan melekat pada baju dan badan.


Panas Baran
Ya panas baran adalah punca kebanyakan pasangan rumah tangga berantakan. Pasangan mudah naik marah pada hal yang kecil. Mudah naik angin bila anak melakukan kesalahan kecil sehinggakan mula naik tangan dan kaki. Kadangkala suami isteri yang bergaduh, anak-anak pula yang menjadi mangsa. Hal-hal kecil pun mampu mencetuskan pergaduhan yang besar dan berpanjangan sehingga mampu membawa kepada perceraian.

Masalah Kerja


Ada sesetengah pasangan yang suka campur adukkan masalah kerja ke dalam keluarga. Masalah di tempat kerja di bawa ke rumah dan dilempiaskan kepada anak dan isteri. Jika di pejabat dia dimarah bos, dibuli rakan sepejabat dan akhirnya dia melepaskan marahnya kepada anak dan isteri di rumah. Ini kerana dia tak tau cara terbaik untuk menghadapi stress di tempat kerja.

Suka Berleter


Dah la penat di pejabat, terpaksa balik lewat dan buat OT sehingga terlepas waktu makan, kena marah plak dengan bos, adakalanya terpaksa meredah hujan dan kesesakan trafik. Tapi bila sampai je ke rumah kena pula berleter dengan isteri. Suami yang penat, dari pendiam pun boleh naik angin bila kerap kali dileter. Seharusnya pasangan boleh sambut suami dengan senyuman, sediakan air dan berbicara dengan lembut. Tanyakan pasal kerja dan dengarkan masalahnya sekiranya ada. Lelaki ni egonya tinggi, takkan cerita masalah yang dihadapinya sekiranya tak ditanya pasangan. Jadi sebagai isteri jangan berleter pada perkara-perkara yang kecil.

Curiga Pada Pasangan


Bila pasangan bekerjaya hebat, kita pula rasa rendah diri. Bila pasangan bergaya, kita rasa tercabar dan mula fikir yang bukan-bukan. Masalah curiga, cemburu dan prasangka buruk pada pasangan ni antara faktor penyebab keruntuhan rumahtangga. Nak kena check telefon pasangan, mula curiga bila suami tukar bau wangian, pasangan balik lambat dikatakan keluar dengan orang lain, nak ke mana-mana pun kena buat video call dan macam-macam lagi. Sikap cemburu yang melampau boleh menyebabkan pasangan rasa tak selesa dan terkongkong yang akhirnya boleh menyebabkan pertelingkahan.

Solusi 5 Punca Masalah Yang Sering Dihadapi Oleh Pasangan Berkahwin

Duduk Berbincang
Setkan masa yang sesuai untuk berbincang. Masa yang terbaik adalah sebelum tidur dan waktu cuti. Jangan mulakan dengan menyalahkan pasangan kerana kesudahannya takkan selesai masalah. Tanyakan apa yang perlu kita perbaiki untuk memperbaiki hubungan dan mulakan perbualan dengan meminta maaf. Itu akan melembutkan hati pasangan.

Bercuti Bersama Keluarga
Rancang percutian bersama keluarga. Tapi dengan syarat dalam tempoh bercuti tu, handphone hendaklah dimatikan. Totally masa dihabiskan bersama dengan keluarga sahaja. Buat aktiviti bersama, makan bersama-sama dan cuba perbaiki hubungan yang selama ini keruh. Cuba kenangkan kembali momen-momen indah sewaktu awal perkahwinan dulu.

Hargai Pasangan
Cuba hargai pasangan dengan memberikan kejutan seperti hadiah, bunga ataupun makan malam bersama. Ingat hari-hari dan momen penting yang pernah korang lalui bersama. Bila tiba hujung minggu pula, apa kata suami lakukan kerja rumah dan biarkan isteri berehat. Hantar mesej-mesej ringkas dan manis kepada pasangan setiap hari. Kadangkala mesej-mesej pendek dan indah ini mampu melembutkan hati pasangan yang panas.

Dapatkan Produk Yang Mampu Merapatkan Hubungan


Kalau kita sayangkan hubungan, sedikit sebanyak kita akan berusaha pelbagai kaedah untuk mengembalikan hubungan tersebut. Pertama, pasangan boleh pergi berurut untuk memulihkan salur darah dan mengendurkan otot-otot yang tegang. Kita akan rasa lebih lega dan segar selepas berurut. Kedua, pasangan boleh berbekam. Bekam mampu membuang darah-darah kotor yang terdapat di bawah lapisan epedermis kulit. Darah kotor ini boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti angin, migrain dan lesu badan. Ketiga, pasangan boleh mencuba produk Aura Love. Aura Love bukan sahaja mampu mengembalikan keintiman pasangan yang sudah lama berkahwin, malah ia juga mampu memberikan keyakinan dan aura positif kepada si pemakai. 


Apa-apa pun kita kena mula perbaiki dari diri kita dulu. Bila kita positif , maka secara tidak langsung kita akan sebarkan aura positif kepada orang yanh berada di sekeliling kita. Aura Love merupakan serum yang mampu meningkatkan daya tarikan pada diri kita. Aura Love merupakan mandian daripada saffron, bunga dan feromon. Bahan-bahan Aura Love telah dibuktikan dengan sains yang mampu menarik perhatian orang sekeliling dan meningkatkan keyakinan si pemakai.

Bahan-bahan yang terdapat di dalam Aura Love antaranya adalah :

💐 Feromon
💐 Saffron
💐 Buluh perindu
💐 Pati bidara
💐 Minyak ros putih
💐 Pati bunga sidang malam
💐 Minyak oud
💐 Pati limau purut
💐 Pati lavender

Untuk pengetahuan korang, oud juga dikenali sebagai kayu gaharu yang terkenal sebagai agen awet muda dan sering digunakan dalam rawatan kecantikan. Ia juga mampu menaikkan fungsi seksual. Harga pasaran kayu gaharu ni mampu mencecah RM25,000 ke RM100,000 sekilogram mengikut gred. 


Gabungan bahan-bahan di dalam serum Aura Love ni mampu merangsangkan dan memiliki daya pemikat terhadap orang sekeliling. Tindakbalasnya akan memberikan rasa selesa orang sekeliling kepada si pemakai.  Ia juga memberikan daya tarikan kita kelihatan lebih menonjol. Ia sangat sesuai dipakai oleh mereka yang mempunyai masalah dengan pasangan, dengan orang atasan, cuba close deal dengan client dan cuba memikat pasangan.

Baunya yang wangi itu juga dapat menenangkan perasaan dan mengembalikan mood setelah seharian penat bekerja. Bukan setakat mood diri sendiri, malah mampu mempengaruhi mood orang lain juga. InsyaAllah masalah panas baran dan kuat berleter juga dapat dikawal dengan menggunakan serum Aura Love ini.


Korang boleh dapatkan serum Aura Love ni secara online di Facebook/AuraLove. Harganya pun cuma RM75 untuk 30ml. Cubalah, mana tau kan. Selagi kita tak cuba, kita tak tau. Rezeki dan jodoh di tangan Allah. Yang penting kita usaha kan? InsyaAllah dengan izinnya urusan kita akan dipermudahkan 


1 Comments

  1. Satu lagi duit babe. Ko lupe tu. Heheheh tp betullah hal remeh on leh jd punca hy sbb kurang komunikasi. Thanks perkongsian ni

    ReplyDelete