Masalah Bateri Kereta Cepat 'Kong'


Bismillah,

Memandangkan PKP disambung lagi 2 minggu, maka tanpa kita sedar dah lama rasanya kereta kita tersadai tanpa dihidupkan betul tak? Korang ada panaskan enjin kereta korang hari ni? Kalau ada, baguslah. Kalau belum tu cuba start enjin kereta korang. Tengok sama ada boleh dihidupkan atau tak. Aku bimbang bila lama tak bergerak enjin kereta korang tu, nanti dia makan bateri.


So hari ni aku nak ajak korang mengenal masalah yang boleh menyebabkan bateri kereta korang cepat haus atau senang aku katakan 'kong'. Aku kongsikan ni pun sebab aku ada pengalaman dengan kereta aku sendiri, dari aku mula pakai satria 1.3 SE Fuel Injection tahun 2002, Honda Civic EG/SR4 92 1.6 SOHC Fuel Injection dan sekarang Proton Persona1.6 SE. Kereta Satria dan Honda aku beli secondhand manakala Persona aku beli baru.



Jadi kali ni aku nak fokuskan masalah-masalah yang yang boleh menyebabkan bateri kenderaan korang mudah haus ataupun istilah lain iaitu 'kong'.


Masalah Bateri







  • Recheck balik dah berapa lama korang pakai bateri tu. Jangka hayat bateri maksimum 1 ke 1 1/2 tahun untuk bateri sel basah dan 1 1/2 ke 2 tahun untuk bateri sel kering
  • Check air bateri, kadang2 air bateri korang dah kurang (bagi yang pakai bateri basah)
  • Tengok samada bateri yang korang guna tu, sesuai tak dengan kereta korang. Contohnya model 60/70 untuk kereta 1.6 dan model 40 untuk kereta seperti kancil atau MyVi.
  • Tengokkan juga plat plumbum yang digunakan di dalam bateri tu. Jika banyak plat, lebih kuat bateri untuk menghasilkan cas dan lebih tahan.
  • Sekiranya masalah terjadi pada bateri baru, itu disebabkan bateri tersebut memang bermasalah tidak boleh menyimpan cas. So korang kena tukar lain kat kedai yang korang beli bateri tersebut.
  • Terdapat serbuk putih yang menyelaputi plat +ve dan -ve menyebabkan kereta korang tak boleh mengecas. Cara untuk menghilangkan serbuk putih tersebut adalah dengan membilas dengan air panas.

Masalah Alternator
Kadang-kadang bateri cepat kong disebabkan juga oleh alternator kereta korang bermasalah. Aku pernah kena sebelum ni sewaktu guna Honda. Lepas hantar cas kat kedai, tak sampai 3 hari bateri terus kong balik. Then aku try tukar bateri baru, tapi bateri still kong jugak.


So aku hantar kereta ke bengkel dan foreman kata alternator aku yang bermasalah kerana ia tak boleh cas bateri sewaktu kereta bergerak. Kalau macam ni, korang kena tukar alternator lah jawabnya. Kalau nak murah boleh beli recon ataupun boleh beli di kedai sparepart kereta.

Suis Lampu Kenderaan
Ini masalah yang sering dihadapi oleh sesetengah pemandu kenderaan. Korang kena pastikan setiap suis lampu kereta korang di dimatikan sebelum keluar daripada kenderaan. Kadang-kadang kita tak perasan mentol lampu kenderaan kita dah terbakar. So bila korang tak sedar yang korang tak tutup suis, secara automatik kereta korang akan makan bateri dengan lebih cepat.

Aksesori Kenderaan


Bila kereta korang banyak pakai aksesori pun boleh menyebabkan bateri korang cepat haus. Penggunaan seperti power amp dengan watt yang besar, woofer, amp berchannel-channel , dengan sistem audionya lagi, siap ada tv, alarm kereta yang canggih merupakan antara penyebab bateri korang cepat haus. Disarankan supaya korang pakai bateri yang besar atau groundkan wayar pada body kereta untuk balance kan jumlah tenaga yang digunakan. Korang pegi hantar kedai aksesori kereta, dorang tau la nak buat macamana. 

Pemilihan Bateri Kereta
Jangan lihat pada jenama yang mahal semata-mata tapi kemampuannya hanya sekadar bateri jenama biasa. Itu yang menjadi amalan aku setelah beberapa kali 'terkena' dengan jenama-jenama yang nampak gah di pasaran. Baru guna setahun dah 'kong'. Harga bukan main mahal. Geram plak aku!


Ni cadangan aku, kalau korang nak beli bateri kereta better korang beli di kedai bateri kereta yang berdaftar. Bukan di kedai sparepart kenderaan yang kita tak pasti sejauh mana ketulenannya. Tak pun beli secara atas talian atau online dengan syarikat bateri yang berdaftar.


Frankly speaking sehingga sekarang aku puas hati guna bateri kereta brand Amaron berbanding jenama lain. Sebab aku pernah tinggalkan kereta aku di office atas urusan kerja sampai lupa nak cabut kabel bateri. Seminggu pulak tu. Bila aku balik office cepat-cepat aku start kereta. Alhamdulillah hidup. Bukan sekali, dua kali kot. 


Lagipun kalau korang beli beli dan daftar secara online, korang dapat jaminan selama 3 tahun tau. Bateri biasa aku beli setakat setahun hingga satu tahun setengah je. Tu pun siap ada caj tambahan kalau nak tambah tempoh jaminan lagi. Tak rugi pun sebab kalau dalam tempoh 3 tahun korang guna 2 ke 3 bateri biasa, dengan bateri Amaron ni korang guna sekali je. Banyak jimatnya tu.


Then kalau bateri kereta korang buat masalah time PKP ni, korang boleh je beli bateri ngan agen dorang yang berdaftar. Beli secara online then dorang akan datang hantar dan pasang terus di rumah korang. Senang kerja kita lebih-lebih lagi sekarang ni banyak kedai yang tutup.

Aku rasa itu sahaja yang boleh aku kongsikan berkenaan masalah-masalah yang boleh menyebabkan bateri kereta korang cepat kong. Kalau ada lagi nanti aku update di dalam artikel ni ye. So #staysafe. #Dudukrumah tau jangan kemana-mana.


1 Comments

  1. Baru je tukar bateri amaron ni 2 minggu lepas.. bateri legand ni..

    ReplyDelete