Beecomb : Ekspo 3D Interaktif Pertama Di Malaysia


Bismillah, 


Korang still trauma tak nak keluar membeli belah semasa wabak yang sedang melanda negara dan dunia sekarang ni? Ye la kan kita tak tau mungkin ada sesetengah orang di luar sana mempunyai potensi untuk menjangkiti sesiapa sahaja terutamanya diri kita dan keluarga. Lebih-lebih lagi bila kita berada dalam crowd yang ramai atau di tempat yang sesak dan padat dengan orang. Risau tak?



Jangan kata korang, aku sendiri pun fobia. Almaklumlah norma baru ni, penat fikir macamana aku nak keluar berbelanja tanpa perlu berasak-asak dengan orang lain. Then at last aku dapat tau pasal satu aplikasi ni di mana kita boleh berada di dalam sebuah ekspo yang besar tanpa perlu keluar dan berasak-asak dengan orang lain! Contoh mudah aku berikan la, korang tau ekspo besar macam MAHA kan? Haa tapi kali ni korang boleh berada dalam ekspo sebesar itu secara online je. Best kan?




Korang tau pasal aplikasi Beecomb? Haa aku pun tau daripada kawan aku gak sebab dia pernah shopping thru aplikasi tu. Aplikasi Beecomb tu dibina bagi memberi pengalaman kepada pengguna untuk membeli belah secara interaktif secara atas talian. Guna dengan mobile je. Bukan macam shopping online biasa tu ye. Ni korang boleh nampak avatar korang berjalan dari satu booth ke satu booth jualan. Apabila korang klik pada booth tersebut, contohnya la booth Hello Kimchi. Nanti akan ada senarai barangan yang dijual di booth tersebut beserta harganya. Korang boleh klik item untuk dibawa masuk ke dalam trolley sebelum membuat pembayaran. Best weh macam main game plak haha. Kalau korang nak tau, ini merupakan Expo 3D virtual pertama di Malaysia tau! Gempak giler weh.





So sekarang ni dari 27 hingga 31 Ogos 2020 sedang berlangsung Beecomb 3D Virtual F&B Expo dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Ada 57 booth yang telah mengambil bahagian untuk event kali ni tau. Antara booth-booth yang boleh korang temui di dalam Beecomb 3D Virtual F&B Expo tu adalah seperti :


  • Bake Touch Signature
  • YHL Trading
  • Dydo
  • Glovale
  • Harmony Hill Eco Farm
  • Pagoda Food
  • Hello Kimchi
  • TinyBitez.co
  • Masks Are A Must (Jual face mask)
  • Boh
  • F&N
  • Ayamas
  • Nescafe
  • Preggo
  • Ayam Brand
  • Maggi dan banyak lagi


Bila aku check, harga barang yang ditawarkan pun boleh tahan murah. Siapa yang tak nak barang murah kan? By the way ada banyak promosi menarik sepanjang expo kali ni. Antaranya seperti :



  • Premium Burnt Cheese Cake akan dijual pada harga RM8.31 (harga asal RM 118) sahaja sempena sambutan Hari Kemerdekaan oleh Bake Touch Signature kat Booth A2. Tetapi limited stock la. Siapa cepat dia dapat ye hehe.

Haha best weh mungkin sebab aku gamer. Then bila ada aplikasi interaktif yang menjadikan aku sebagai point of view (POV), aku dapat rasakan seperti aku berada di dalam ekspo yang besar. Okay ni pengalaman aku sebagai pembeli. So aku nak cerita plak pasal booth-booth yang ada kat dalam aplikasi tu.




Kalau korang nak buka booth dan jadi salah seorang peserta ekspo dalam aplikasi Beecomb ni pun boleh juga. Korang hanya perlu mendaftar dengan mendapatkan booth yang korang mahukan. Setiap booth berlainan jenis dan saiz bergantung pada harga yang ditawarkan. Ada dua jenis booth yanh ditawarkan iaitu Standard Shell Sceme Booth dan Special Booth. Untuk Standard Shell Sceme Booth, harga yang ditawarkan serendah RM500 sehingga RM4000 manakala untuk Special Booth pula harganya bermula RM750 sehingga RM6000.




So amacam? Korang nak jadi pengunjung boleh, nak join jadi exhibitor dan jana pendapatan pun boleh. Tak perlu susah payah nak setup real booth untuk ekspo, tak perlu hire pekerja dan hanya perlu dudukndi rumah sambil ambil pesanan hehe. So kalau korang perlukan maklumat lanjut berkenaan Beecomb Apps atau berkenaan booth yang ditawarkan, bolehlah deal dengan contact person di bawah ni ye.



Okay aku nak sambung shopping. Jangan lupa dapatkan keperluan dapur dan makanan-makanan kegemaran korang di Beecomb 3D Virtual F&B Expo dari 27-31 Ogos 2020, dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Muat turun app percuma Beecomb terlebih dahulu di Google Play atau Apple Store bagi menikmati perjalanan membeli belah tanpa batasan secara interaktif 3D bersama Beecomb! Mantap!!



#beecombvirtual #appmantap #app4malaysia

2 Comments

  1. Menarik kan apps ni..senang je sekarang nk pergi expo secara virtual je..takyah lah bersesak sesak..paling tidak terlanggar avatar lain je dalam ni haha..jom shopping :)

    ReplyDelete
  2. Find out today ‘s Celebrity birthdays and discover who shares your birthday. We make it simple and entertaining to learn about celebrities.

    ReplyDelete