Fatin's Kitchen : Port Makan Santai Di Kuala Lumpur


Bismillah,


Sebut saja Danau Kota, mesti korang terbayangkan kepadatan pasar malamnya atau lebih dikenali sebagai downtown kan? Di sekitar kawasannya dipenuhi dengan stall dan restoran-restoran yang menyajikan pelbagai menu yang menjadi tarikan warga kota terutamanya mereka yang baru pulang dari kerja. Lagipun waktu operasinya pun sehingga lewat malam jadi memang menjadi port makan terbaik bagi mereka yang mencari makanan dan lepak santai bersama kawan lebih-lebih lagi bagi anak muda. Dek kerana banyak pilihan makanan, ianya juga menjadi lokasi tumpuan para pemandu eHailing makanan mendapatkan makanan-makanan yang dipesan oleh pelanggan. Boleh dikatakan tempat makan best di Danau Kota la ni.



Kelmarin sebaik sahaja aku habis kerja, aku singgah lah ke Danau Kota dengan niat nak belikan makanan untuk anak aku dirumah. Dah menjadi kebiasaan kalau aku pulang lewat dari kerja, aku akan bawakan makanan untuknya. Jadi aku pusing-pusing kawasan sekitar manalah tau ada port baru yang boleh aku cuba kan? Ni asyik-asyik Nasi Goreng Pattaya, dapat pekena Nasi Lemak pun padu gak ni haha.



Pusing punya pusing aku tertarik dengan signboard Fatin's Kitchen ni. Hmm ada apa je kat sini eh? Actually aku selalu je lalu kat Fatin's Kitchen ni tapi tak pernah singgah plak. So kali ni aku ingat nak tapau something untuk anak aku Jasmeen. Harap menu-menu dia menarik la dan harga dia berpatutan.



Aku tengok menu, perghh bagai mengantuk disorong bantal! Ada laa menu nasi lemak tapi bukan nasi lemak biasa-biasa ye. Nasi Lemak Rendang Daging Rusa Danau Kota tu. Perghh memang rare ni. Tak banyak restoran yang menyajikan menu daging rusa kat sekitar KL ni. Rezeki anak aku lah kali ni kot boleh makan daging rusa kat Fatin's Kitchen ni. Bila aku tengok menu-menu dia, harganya takde la mahal mana pun tapi interior dia macam hotel woo! Kiranya menu masakan bertaraf 5 bintang la ni sebab tukang masak Fatin's Kitchen ni pun merupakan bekas chef hotel 5 bintang. Antara menu-menu yang aku ingat ada di Fatin's Kitchen ni adalah seperti :


👉 Nasi Lemak Rendang Rusa

👉 Kambing Bakar Mongolia Style

👉 Nasi Lemak Ayam Kalasan

👉 Spaghetti Salted Egg

👉 Mee Kari

👉 Chicken Chop

👉 Lamb Chop

👉 Dan macam-macam lagi







Aduh Kambing Bakar Mongolia Style sedap ni. Nasi Lemak Rendang Rusa pun sedap. Dah pening nak beli mana satu. Alih-alih aku beli dua-dua hahaha. Tapi kemas la interior kat Fatin's Kitchen ni. Nampak selesa, luas dan bersih. Kalau sambut birthday abah aku kat sini pun boleh kot. Tengah tunggu menu aku siap, sempat la aku borak-borak ngan salah seorang waiter kat situ. Katanya kat Fatin's Kitchen tu memang boleh buat sebarang event dan function. Kebanyakan customer pilih Fatin's Kitchen untuk buat majlis hari jadi, annual dinner, majlis perpisahan, majlis reunion, seminar, candle light dinner dan event korporat. Hall Fatin's Kitchen mampu memuatkan seramai 70 orang tetamu dalam satu masa. Perghh ramai gak tu dan dekorasi akan disiapkan oleh pihak Fatin's Kitchen. Nice sangat ni weh!




Selain port santai, lepak-lepak anak muda, aku nampak Fatin's Kitchen ni sesuai juga untuk mereka yang berkeluarga kerana ruang makannya fully aircond, ada kemudahan surau dan tandas. Memang selesa la dan mesra anak kecil, orang tua dan orang kurang upaya (OKU). Menu aku pesan pun dah siap dibayar, nak kena balik cepat nak pekena Nasi Lemak Rendang Rusa dan Kambing Bakar Mongolia Style. Bau pun dah menusuk-nusuk hidung ni, kalau sedap kompom aku repeat balik insyaAllah. Fatin's Kitchen memang restoran makan terbaik dan tempat lepak di sekitar Kuala Lumpur.




So kalau korang nak try menu-menu kat Fatin's Kitchen ni atau nak dapatkan sebutharga untuk sebarang event, boleh rujuk maklumat yang aku kongsikan di bawah ni ye :


Facebook

https://www.facebook.com/fatinkitchenofficial


Instagram

https://www.instagram.com/fatinkitchenhq



Fatin's Kitchen

No.77G & No.79G,

Blok D Platinum Walk,

53300 Danau Kota

Setapak, KL


Contact : 0162244487

Waktu operasi : Isnin - Ahad

Masa operasi : 12 tgh - 12 malam





5 Comments