Makanan Frozen Siap Dimakan Dengan LengQuas


Bismillah,


Tak lama lagi anak-anak dah naik sekolah dah. Mula dah terfikir jadual waktu makan mereka, nak masak apa pagi-pagi untuk sarapan, makan tengahari pula, makan petang dan malam. Untuk sarapan aku boleh sediakan sebab aku pun tapau ke ofis sekali tapi bab lunch plak? Time anak aku balik sekolah macamana? Takkan aku nak biarkan anak aku makan sendiri. Risau gak kalau dia tapau yang bukan-bukan kat luar sana. Bukan apa bukan semua gerai bersih. Aku takut dia salah makan je nanti. Jadi menu apa yang lebih mudah untuk dia sediakan sewaktu balik sekolah nanti ye?



Puas aku tanya jiran, tanya kawan sepejabat tapi akhirnya aku temui jawapan yang aku nak. Kan bagus kalau aku dapat beli lauk frozen kan? Just panaskan lauk dan siap sedia dimakan. Korang tau apa yang aku jumpa? Time ni la aku tau yang LengQuas ada menyediakan menu-menu frozen yang siap dimasak macam ni. Alahai mudahnya kerja. Bukan senang untuk anak aku semata-mata malah untuk kami satu keluarga. Balik sekolah anak aku panaskan lauk dalam oven. Balik kerja plak kalau aku tak sempat beli lauk atau penat untuk memasak, aku hanya perlu panaskan lauk-lauk frozen yang aku beli daripada LengQuas je. Mudah kan?



Oh lupa nak bagitau LengQuas ada menyediakan 7 jenis lauk pauk terbaru sebagai pilihan korang ye antaranya ialah :



👉 Kuah Kacang
👉 Daging Dendeng
👉 Daging Masak Hitam
👉 Kari Daging
👉 Beef Stew
👉 Daging Masak Kuning
👉 Chicken Glaze
👉 Asam Pedas Daging


Actually aku ada beli salah satu menu mereka sebagai tester. Aku dah try kari daging dia. Sedap macam masak sendiri. Dia punya daging lembut, kuah kari pun pekat. Hari tu aku makan dengan roti canai, perghh 2 keping aku tibai sorang je haha. Memang tak bagi chance langsung. Sedap la menu-menu masakan dia dan banyak plak pilihan plak tu. Takde la rasa bosan ke apa anak aku tu nanti kan?






Menu-menu yang aku bagi tadi merupakan menu terbaru keluaran mereka tau. Actually LengQuas yang merupakan jenama makanan sejuk beku keluaran KOPETRO Food Sdn Bhd turut mengeluarkan 17 menu hidangan siap dimakan yang lain antaranya ialah Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Merah, Ayam Percik, Daging Masak Hitam, Sambal Ikan Bilis, Ayam Masak Hitam dan Ayam Rendang. Malah mereka juga ada menyediakan menu Ready-To-Eat seperti Nasi Lemak Ikan Bilis, Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma, Nasi Putih Daging Masak Hitam dan Nasi Ayam Kukus.






Korang tak perlu risau dan was-was tentang bahan-bahan yang digunakan untuk proses penyediaan makanan-makanan sejuk beku dari LengQuas ni kerana selain mempunyai logo pengiktirafan HACCP dan GMP yang membuktikan mereka mengamalkan proses pengilangan yang baik dan mengawal selia kebersihan, produk-produk LengQuas juga telah mendapat pensijilan HALAL daripada JAKIM. Malah LengQuas turut diiktiraf dengan adanya logo MESTI dan baran buatan Malaysia. Hebat kan? Cukup lengkap, semuanya ada.






Mereka juga merancang untuk memasarkan produk-produk sejuk beku keluaran mereka ke pasaran antarabangsa. Kini KOPETRO Sdn Bhd sedang cuba mendapatkan sijil Veterinary Health Mark (VHM) daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Bagus juga sekiranya produk-produk seperti LengQuas ini dapat dikomersialkan di pasaran antarabangsa kerana ia dapat memberi manfaat kepada ramai pihak terutamanya bagi mereka yang mencari produk-produk halal dan yang diyakini kebersihannya.



KOPETRO Food juga telah melantik seramai 153 orang ejen jualan di setiap negeri antaranya, Selangor, Melaka, Terengganu, Johor dan akan melantik lagi ejen-ejen negeri lain untuk mengembangkan lagi pemasaran produk sejuk beku ke seluruh Malaysia. Jadi diharapkan dengan ini produk-produk makanan sejuk beku sedia dimakan akan sampai ke seluruh pelusuk kawasan termasuk kawasan pedalaman dan tidak hanya tertumpu pada kawasan bandar sahaja.



Kepada pemilik perusahaan kecil dan sederhana yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjasama bersama KOPETRO Food dalam membangunkan produk makanan mereka atau ingin menjadi ejen LengQuas boleh berhubung terus dengan KOPETRO Food Sdn. Bhd. di talian 017-3195764.


Macamana korang berminat nak order? Nak cuba menu-menu yang ada ditawarkan oleh LengQuas ni? Tekan butang PESAN SEKARANG di halaman Facebook LengQuas atau klik link di bio @lengquas ye. Semuanya ada di sana. Cubalah aku percaya korang akan puas hati dengan rasa dan menu-menu yang mereka tawarkan.





Sebarang info lanjut mengenai produk-produk LengQuas dan ingin mengetahui promosi-promosi terkini daripada LengQuas, korang bolehlah layari :-



#PerutKenyangHatiSenang #LengQuas #KOPETRO


1 Comments

  1. Memang mudah kalau ada stok macam ni kat rumah, memudahkan. Ishhh nanti nak beli la, tak ada la mahal sangat

    ReplyDelete