Bufet Ramadhan Bajet Bawah RM100 Lugar De La Boda @ Puchong


Bismillah,

Dah lama rasanya tak menikmati hidangan-hidangan bufet Ramadhan ye sejak awal PKP tahun lalu. Alhamdulillah tahun ni kita bertuah merasai kembali kehangatan sambutan Ramadhan dengan penganjuran bufet-bufet Ramadhan di seluruh negara. Pasti korang semua tercari-cari lokasi atau tempat yang ada menyediakan menu bufet Ramadhan pada harga terendah. Jadi apa kata kalau korang masukkan sekali Lugar De La Boda @ Puchong ni ke dalam list bufet Ramadhan korang juga.




Untuk pengetahuan korang, Lugar De La Boda @ Puchong merupakan dewan perkahwinan yang diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Sempena bufet Ramadhan yang dianjurkan mereka tahun ini, mereka akan menyajikan lebih daripada 60 jenis hidangan dan meletakkan 10 stall yang turut mengetengahkan menu-menu citarasa tempatan. Kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehingga ke pencuci mulut.





Tahun ini Lugar De La Boda @ Puchong menghidangkan menu berasaskan nasi sebagai menu utamanya dan dimakan bersama menu-menu utamanya seperti 'Ayam Masak Merah', 'Ayam Goreng Berempah', 'Daging Gulai Kawah', 'Daging Masak Hitam', Ikan Goreng Cili Padi', 'Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas', 'Kupang Goreng Pedas', 'Lala Halia', 'Sambal Sotong', 'Sambal Kerang', 'Sayur Goreng Campur' dan 'Sayur Masak Lemak Pucuk + Suhun + Ubi Kentang'. Selain daripada menu nasi putih, pengunjung juga bakal menikmati menu 'Nasi Beriani' yang dihidangkan bersama 'Ayam Mediterranean (Braised Chicken with Tomato Herbs)',  'Daging Masak Beriani', 'Daging Masak Hitam', 'Dalca Sayur', 'Pajeri Nenas' dan 'Acar Buah'. Kesemua menu-menu yang dihidangkan mereka sangat sedap, cukup rasa seperti masakan ibu dari rumah.





Selain daripada menu-menu di ruangan utama bufet, korang juga boleh mencuba menu-menu yang terdapat pada 10 stall yang ada di sana nanti. Antara menu-menu yang akan diperkenalkan nanti di sana adalah seperti 'Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce', 'Roti John Adik Manis', 'Char Kuew Tiaw Abang Tanjung','Dim Sum Cheng Ho', 'Noodle Station', 'Air Balang Pasar Malam', 'ABC Mountain' dan 'Ais Krim Corner'. Hidangan lain yang ada di stall tersebut termasuk 'Kambing Grill Sos Lemon', 'Char Kuey Tiaw', 'Tepanyaki', 'Roti John', 'ABC', 'Dim Sum' dan banyak lagi.





Tidak hanya menyajikan menu-menu utana sahaja, malah korang boleh cuba menu pencuci mulut mereka bagi melengkapi hidangan berbuka puasa korang nanti. Antara hidangan pencuci mulut yang boleh korang cuba adalah seperti 'Kuih Kuih Melayu', 'Pelbagai Perisa Jelly', 'Seri Muka', 'Pelbagai Perisa Dadih', 'Pelbagai Perisa Dadih dan Jelly', kek, koktail dan buah buahan tempatan. Untuk pilihan bubur pula, bufet Ramadhan Lugar De La Boda @ Puchong akan menghidangkan 2 jenis bubur dan bertukar setiap hari seperti 'Bubur Jagung + Sagu', 'Pengat Pisang' dan 'Bubur Kacang Hijau + Bubur Pulut Hitam'.  Dengan adanya menu-menu ini pasti akan melengkapkan hidangan berbuka puasa korang bersama keluarga nanti.






Berkenaan dengan harga pula, Bufet Ramadan 2021 Di Lugar De La Boda @ Puchong sentiasa menawarkan harga  mampu milik yang boleh dinikmati oleh setiap orang lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin membawa keluarga atau annual event untuk syarikat.






Pada tahun ini bufet Ramadhan 2021 di Lugar De La Boda @ Puchong akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan 2021 bermula 16 April 2021 hingga 9 Mei 2021 dari 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga Bufet Ramadhan Lugar De La Boda @ Puchong yang ditawarkan pada tahun ini adalah seperti berikut :

Dewasa (Seorang) - RM79
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM59
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM59

Ada antara korang yang ingin menempah secara pukal kan? Mungkin untuk persendirian atau event tahunan syarikat. So apa kata aku cadangkan korang tempah meja terus. Satu meja mampu mengisi 8 orang dan dengan itu Lugar De La Boda @ Puchong menawarkan harga serendah RM632 sahaja! Menarik kan malah lebih jimat.





Nak lagi murah? Korang boleh dapatkan voucher bufet Ramadhan di Lugar De La Boda pada harga istimewa sebelum 12 April 2021. Harga-harga yang ditawarkan adalah seperti berikut : 

Dewasa (Seorang) - RM59
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM30
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM30

1 Meja (8 Pax) - RM450

Korang boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai tempahan Bufet Ramadhan Selangor Di Lugar De La Boda @ Puchong pada link di bawah.

Tempahan atau pertanyaan :

Layari website :




Lugar De La Boda 
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong,
Selangor.

Lugar De La Boda @ Puchong [WAZE ]

#ramadhan2021 #buffetramadhanselangor #buffetramadhanpuchong #buffetmurah #buffet #buffetramadhanpuchong2021 #buffetramadhanexclusive #iftarramadhan #buffetpuchong #berbukapuasa #buffet2021 #buffetramadhanpuchongmurah #bukapuasa #buffettermurah #buffetmurahpuchong

0 Comments