Promosi Pek Brownies Monstr Dengan Packaging Terbaru


Bismillah,


Kepada peminat dessert khususnya brownies, nah sekarang dah ada brownies dalam packaging macam ni la weh. Senang je nak bawak ke mana-mana. Sedap plak tu brownies Monstr nih. Aku tau pun daripada kawan aku. Dia bawa ke ofis, so dia pun offer la kat kitorang. Perghh nais lah rasanya.



Ralit kalau korang dah start makan. Aku dok hadap sampai lupa yang brownies Monstr tu kawan aku punya haha. Dah lah gebu, dia punya rasa pun tak manis sangat. Aku tak tunggu lama, terus order untuk makan sendiri. Aku pun terpaksa makan sorok-sorok, kalau dapat kat Jasmeen ni memang kompom dia mengadap lah dia smpai habis haha. Tak toleh kiri kanan dah tu. Eh aku tau la hahaha.



Then baru-baru ni aku dapat folo dorang buat live kat IG. Kat situ aku dapatlah tengok bagaimana cara brownies Monstr ni di hasilkan secara langsung oleh Kakak Monstr atau Puan Fatin dan ada banyak aktiviti dan interaksi bersama penonton dilakukan. Lagi best siap ada peraduan tau dan pemenang akan dapat pek brownies Monstr sebagai hadiah. Perghh tapi bukan rezeki aku la. Nanti kalau ada lagi memang aku nak join lagi. Sedap la brownies ni.



Oh brownies Monstr ni didatangkan dalam 2 saiz tau iaitu brownies Monstr Junior ngan Brownies Monstr Senior. Yang junior tu berharga RM10 dan yang senior pula berharga RM18. Tapi sekarang dorang tengah buat promosi tau di mana korang boleh dapatkan 9 pek brownies Monstr Senior pada harga RM150 sahaja dan 3 pek brownies Monstr Junior pada harga RM28 sahaja!! Promosi ni berlangsung sehingga 1 Mac 2020 je tau. Perghh berbaloi sangat.



Kalau korang nak beli, boleh ke IG dorang @monstr.my, layari laman web mereka di www.monstr.my atau boleh dapatkannya melalui ejen-ejen yang berdekatan dengan korang.



#monstr #brownies #foodie #monstrmy #BotakMakan #afzalsukasukidotcom

0 Comments