Ini Rupanya Punca Kenapa Internet Rumah Selalu Slow


Bismillah,


"Sama je macam rumah aku padahal aku pakai 800Mbps kot", kata kawan aku bila streaming movie rumah aku asyik loading. Membebel dia kat tepi. Itu jugalah yang aku alami selama ini. Line internet kat rumah aku ni tak menentu. Kadang-kadang okay, kadang-kadang tak. Macamtu je laa rutin line internet kat rumah aku setiap hari-hari. Kadang-kadang bosan gak bila asyik loading je. Bukan 30Mbps, 100Mbps kot kira kelajuan ideal la kan. Lagi pun kat rumah tu aku bertiga je yang guna. Bukan ramai-ramai pon.



Kalau 800Mbps pun dah kelaut, apatah lagi aku yg pakai 100Mbps ni kan? Kawan aku siap pakai antenna, pasang booster tapi sama je takde beza. Beli semua tu pun bukannya murah. Beratus-ratus katanya. Dia pernah tukar plan internet tapi still sama. So dia anggap mungkin sama ada kawasan tu jauh sikit daripada pencawang ataupun terlalu ramai orang guna internet tu pada masa tersebut. Dia rasa je la tapi tak boleh buktikan apa-apa pun. Mungkin nak sedapkan hati dia semata-mata.


Setiap kali keluar ngan kawan-kawan aku, hal yang sama juga dorang bangkitkan. Wife bising setiap kali tengok drama korea kegemaran dia, mesti keluar loop dan paling pedih bila dia mengomel internet sangkut-sangkut. Hari tu masa Jasmeen ada online class pun sama kesnya. Kesian dia banyak tertinggal apa yang cikgu ajar. Then terpaksa cikgu suggest ambil kelas tambahan. Ambil masa main dan rehat dia hmm.



Then bila borak ramai-ramai macam tu, ada kawan aku ni kenalkan kitorang dengan bro Mazlan ni. Actually dia ni technician Power Link Transmission Malaysia Sdn Bhd (PLT). Aku sebenarnya kurang yakin at first. Ni mesti ada jual barang-barang untuk boost internet rumah aku ni. Kawan aku suruh try dulu tengok macamana. Lagipun bro Mazlan ni datang buat demo je dan tunjukkan apa sebenarnya masalah yang aku alami. Dia kata ini semua masalah sama dan kebiasaan dialami oleh rakyat Malaysia. Okay deal. Aku contact bro Mazlan tengok apa yang boleh dia buat. Kalau bukan sebab online class Jasmeen, memang aku tahan lagi tapi sebab dah sesak sangat dah kan.


Bro Mazlan datang rumah aku, dia check line internet aku dan bagitau benda ni simple je sebenarnya. Dia godek-godek router aku dan lepas 5 minit dia suruh aku try internet aku. Laju! Buka 4K movie, laju! Streaming movie korea, laju! Aku whatsapp call, video call pun tak pecah-pecah. Kami 5 orang streaming, main games, buat video call, tengok 4K movie dan surfing internet sekaligus takde masalah pun weh. Ternganga kitorang sebab macam sekejap sangat dia betulkan ni. Aku tanya dia buat apa je? Dia tukar apa? 



Dia terangkan ni semua berpunca daripada router kat rumah tu sebab kemampuan router tu terhad. Dia tak mampu bekerja dan tak seiring dengan kelajuan internet yang kita hire bulanan. Actually aku tak perlu tukar ke plan internet lain pun sebab ni bukan masalah dari Internet Service Provider (ISP) pun. Masalah datang daripada router!! Katanya router yang ada kat Malaysia ni semuanya sama. Datang dari company yang sama, cuma brand je berbeza. Katanya juga actually kita hanya perlukan 5Mbps saja untuk kegunaan internet harian. Dengan 5Mbps tu kita boleh download upload, streaming movie, main games, surfing internet dan buat video call pada masa yang sama. Jadi apa guna 98Mbps yang selebihnya? Tu kalau subscribe 100Mbps monthly. Yang subscribe sampai 800Mbps monthly tu macamana plak? Kemana perginya 795Mbps selebihnya? Bro Mazlan kata 800Mbps tu mampu digunakan oleh 1000 peranti telefon tau. Siyes laaa!!


Dia tunjukkan aku router yang dia guna tu sebab router tu tak digunakan oleh mana-mana premis atau rumah di Malaysia. Biasanya router tu digunapakai oleh syarikat-syarikat besar dan bertaraf worldwide sebab perlu menggunakan line internet yang laju dan kuat. Event syarikat-syarikat telekomunikasi pun tak guna router dan modem mereka sendiri dan menggunakan moden yang bro Mazlan tunjukkan ni. Lagi menakjubkan aku, router yang bro Mazlan tunjukkan pada aku itu model 3 generasi terdahulu. Korang boleh bayangkan tak dengan menggunakan model terdahulu pun dah laju macam ni apatahlagi kalau dia pasang model terbaru? Hahaha aku tak mampu bayangkan weh!



Seyes kalau korang nak minta tolong dia check internet korang dan buat demo skali, boleh contact bro Maz terus eh. Nak gak tengok macamana air muka korang bila tengok line internet korang nanti haha.


http://www.wasap.my/+60192307867/tolong+WiFi+saya+BaBaBlackSheep


#PowerLinkTransmission #PLT #WiFiPower #InternetLaju #MeshWiFi #Routers #gamingexperience #zoom #videoconferencing #GoogleMeet #MicrosoftTeams #GoogleClassroom #InternetSlow #InternetProblems #WiFiWeak #poorWiFi #SlowWiFi #WorkFromHome #BetterWiFIMadeGreat #SimplyBetterWiFi #NoMeshBoosterExtenderShits

0 Comments