Resipi Summer Oregon & Washington Blueberries Popsicles


Bismillah,

Dalam keadaan PKP sekarang ni aku selalu fikir apa makanan yang boleh disediakan untuk Jasmeen di rumah. Ye lah dia pun PdPR ni kan, memang selalu ke dapur mencari makanan untuk di makan. Jadi aku perlukan sesuatu yang mudah disediakan dan baik untuk kesihatannya.


Jadi aku carilah pelbagai jenis buah-buahan supaya dia boleh jadikan snek yang sudah pastinya mempunyai pelbagai khasiat untuk badan dan meransang daya fikirnya sewaktu sesi pembelajaran. Lebih-lebih lagi Washington dan Oregon Blueberry ni. Ada banyak khasiat tersembunyi yang tak ramai orang tau tentangnya tau. Tapi kenapa Washington dan Oregon Blueberry dan bukan blueberry biasa?

Untuk pengetahuan korang, Washington dan Oregon Blueberries mendapat nama dari dua negeri utama yang menghasilkan Bluerberries di U.S. Washington dan Oregon adalah dua lokasi yang mempunyai suhu yang sesuai untuk penanaman Blueberrries. Jadi, tidak hairanlah Oregon dan Washington cukup terkenal sebagai pengeluar Blueberries utama yang berkualiti tinggi di U.S dan seluruh dunia.


Lagi satu saiznya yang lebih besar menunjukkan yang blueberry Washington dan Oregon mempunyai lebih kandungan khasiat berbanding saiz blueberry di kawasan-kawasan lain. Blueberry juga terkenal dengan panggilan nama sebagai 'super food' kerana mempunyai pelbagai kandungan dan khasiat semulajadi yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Rasanya yang masam-masam manis itu mampu dijadikan bahan untuk memberi rasa kepada pelbagai jenis resipi dan juadah untuk anak-anak yang sedang membesar dan sedang belajar.


Menurut pakar pemakanan bertauliah iaitu Georgen Thye, beliau berkongsi pelbagai fakta pemakanan dan faedah kesihatan yang berkaitan dengan Blueberries. Di kesempatan ini, aku nak share serba-sedikit info berkaitan Blueberries yang dapat kita ambil tahu untuk pengetahuan tambahan.

1) Satu cawan (148g) Blueberries menyumbang 25% kandungan vitamin C harian kita iaitu 14.4 miligram vitamin C.

  • Vitamin C adalah vitamin larut air yang bertindak sebagai antioksidan yang dapat membantu untuk menstabilkan radikal bebas untuk mencegah kerosakan sel.
  • Vitamin C membantu menghasilkan kolagen, membantu penyerapan zat besi dan membantu menyembuhkan luka dan menjaga kesihatan gusi.
  • Vitamin C boleh membantu menyokong sistem imunisasi badan.

2) Satu cawan (148g) Blueberries mengandungi 3.6g gram serat iaitu bersamaan dengan 14% daripada keperluan serat harian kita

  • Serat makanan banyak memberi manfaat untuk kesihatan kita seharian termasuklah meningkatkan kandungan lipid dalam darah, mengatur glukosa dalam darah dan meningkatkan rasa kenyang lebih lama sekaligus dapat membantu untuk kita menjaga makan untuk proses menurunkan berat badan.

3) Blueberries kaya dengan antioksidan
Blueberries diyakini mempunyai tahap antioksidan yang tinggi berbanding buah dan sayur biasa.

  • Antioksidan melindungi tubuh kita dari radikal bebas iaitu molekul yang tidak stabil dalam badan yang mampu merosakkan sel dan menyumbang kepada penuaan dan risiko penyakit.

4) Satu cawan (148g) Blueberries menyumbang 36% kandungan vitamin K harian kita iaitu 28 mikromiligram vitamin K.

  • Pengambilan vitamin K yang rendah berkait rapat dengan risiko patah tulang yang lebih tinggi. 
  • Pengambilan vitamin K yang mencukupi mampu meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan kehilangan kalsium.

Selain khasiat nutrisi yang terkandung dalam Blueberries seperti yang disenaraikan tadi, Blueberries juga telah mendapat perakuan dari pihak American Heart Association bahawa ia mempunyai kompaun semulajadi yang mampu membantu utnuk menguatkan otak dan digelar sebagai "heart-healthy food".

Summer Oregon & Washington Blueberries Popsicles


Jadi hari ni aku nak kongsikan resipi ringkas dan sihat untuk korang iaitu Summer Oregon & Washington Blueberries Popsicles. Aku pasti anak-anak korang sukakannya!

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :

  1. Oregon & Washington Blueberry
  2. Yogurt perisa mangga
  3. Buah mangga
  4. Air kosong
  5. Acuan aiskrim

Cara Penyediannya :

  1. Basuh bersih Oregon & Washington Blueberry dan juga buah mangga.
  2. Kupas sebiji buah mangga dan potong dadu
  3. Masukkan buah mangga yang dipotong dadu tadi ke dalam blender jar.
  4. Masukkan sekali yogurt perisa mangga ke dalam blender jar.
  5. Tambahkan sedikit air kosong anggaran setengah cawan.
  6. Blender sehingga bahan-bahan tadi hancur.
  7. Kemudian masukkan bahan yang diblender tadi ke dalam acuan aiskrim.
  8. Taburkan sekata Oregon & Washington Blueberry ke dalam acuan.
  9. Setelah selesai, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman sebelum ianya boleh dihidang dan dimakan.


Oregon Washington Blueberries Oatmeal Muffin | Georgen Cooking



Oregon Washington Blueberries Layered Cheesecake | Georgen Cooking

#Oregonblueberries #Washingtonblueberries 
#GrabABoostOfBlue #blueberrygoodness
#healthyblueberries



1 Comments