CARA VIRALKAN POSTING FACEBOOK TANPA ADS


Bismillah

CARA VIRALKAN POSTING FACEBOOK TANPA ADS | Kenapa posting aku tak blast eh? Orang tak nampak ke? Like pun sikit je. Rata-rata yang aku jumpa bertanyakan soalan yang sama. Actually aku bukan orang yang tepat untuk korang tanyakan soalan ni. Lebih ramai sifu-sifu yang hebat boleh korang rujuk. Aku pun belajar sendiri, try and error je. Tapi sebagai menghormati pertanyaan korang tu, aku cuba jawab ye. Alhamdulillah hari ni aku ada masa terluang sikit so aku nak share based on pengalaman aku kenapa posting korang tak blast kat FB.


PILIHAN GAMBAR YANG MENARIK

'Gambar yang cantik bukan kerana kameranya tetapi kerana skillnya memotret gambar secara luar biasa'

Tak semua antara kita pandai mengambil gambar. Kalau korang ada asas fotografi je pun dah cukup. Gambar kena jelas, fokus pada produk dan bila orang tengok gambar tu, orang tau apa yang korang cuba sampaikan. Jangan letak gambar yang gegar, tidak jelas, terlalu jauh atau takde kena mengena dengan posting.

"Abang guna fon apa ye? Cantik gambar"

Itu soalan yang biasa diajukan kepada aku. Aku guna Mi9T Pro since 2019. Kalau nak diikutkan dah outdated dah fon aku ni haha. Actually fon apa-apa pun takde masalah asalkan editting korang power. Dapat kamera fon 48MP pun dah cun dah. Sekarang ni kebanyakan fon dah guna kamera 48MP. Bawah RM600 pun dah boleh dapat. Untuk editting plak aku guna free apps Snapseed dan Meitu manakala apps berbayar aku guna Lumii. Kalau nak belajar editting tu, aku bukan pakar tapi boleh la sikit-sikit. Yang tu kena belajar face to face. Senang aku nak tunjuk caranya 😁


Biasanya untuk posting, korang kena pilih gambar yang sesuai dan menarik minat orang untuk baca posting korang. Contohnya dalam 1 posting maksimum akan popup 5 thumbnail photo kan? selebihnya dia akan count pada thumbnail photo ke-5 kan? Okay ini susunan gambar yang aku buat selama ni (untuk foodie) :

Gambar Pertama
1) Gambar menu utama 
2) Menu rare yang susah orang nak jumpa
3) Gambar orang dengan makanan

Gambar Kedua :
Gambar makanan (next hightlight menu)

Gambar Ketiga :
1) Gambar makanan (next hightlight menu)
2) Gambar orang prepare makanan

Gambar Keempat :
1) Gambar flatlay
2) Gambar semua menu
3) Gambar buku menu
4) Gambar side dishes (air/desserts)

Gambar Kelima :
1) Gambar kedai/restoran/tapak niaga


Guna gambar POV (Point Of View) dan bukan gambar iklan. Aku perhatikan gambar-gambar on scene lebih dapat sambutan/view lebih tinggi berbanding gambar iklan. Gambar iklan lebih kepada commercial value manakala gambar POV ni lebih spontan/santai dan menggambarkan pengalaman sebenar/real experience.


Jangan la awal-awal gambar korang letak testimoni customer 😂 1st gambar kena gambar produk / orang dengan produk. Sebab daripada gambar pertama tu la akan menggambarkan keseluruhan cerita yang nak korang kongsikan. Kalau korang nak share testimoni customer, korang perlukan 4 gambar sahaja. 1 gambar produk dan 3 gambar testimoni. FB akan highlightkan gambar pertama/gambar produk (gambar besar) dan 3 testimoni akan jadi gambar sisi. Tak percaya cer try 😁👍


Saiz gambar kalau dapat 1:1. Kalau takde, 3:4 (biasa aku guna saiz ni) pun boleh tapi maksure produk/objek utama berada di tengah-tengah gambar. Bila korang guna saiz 3:4 dan produk/objek berada di bahagian kaki atau atas gambar, nanti bila korang buat posting kat FB objek tu tak kelihatan dan tak berada di tengah-tengah  gambar. Jadi orang tak nampak gambar dan mencacatkan posting tersebut. Kita kalau boleh nak tarik perhatian pembaca dengan 5 gambar utama ni dan sebab tu kita kena pastikan 5 gambar ini kena kelihatan jelas dan menarik.

DETAILS PADA POSTING


Masukkan segala jenis details yang diperlukan ke dalam posting. Jangan tinggalkan pembaca dengan term 'PM tepi'. Pembeli ni nak sesuatu yang memudahkan kerja dorang. Jika leceh sangat, mengambil masa atau nak kena cari sendiri details, perasaan dorang nak beli tu akan jadi tawar dan dorang akan skip. Kebanyakan pembeli lebih cenderung untuk klik link wasap yang di sertakan di dalam posting walaupun hanya sekadar nak tanya, bukan beli lagi tu. So dalam posting korang tu jangan lupa masukkan sekali :

1) Harga
2) Lokasi
3) Google Maps/Waze
4) Pin point (kalau ada)
5) Waktu operasi
6) Link wasap
7) Ada delivery/tiada delivery

Kadang-kadang korang perasan tak posting kita tu kurang engagement tapi order selalu masuk? Salah satu sebabnya ni la. Jangan kita lupa ada di antara mereka lebih gemar menjadi silent reader. As long cukup details produk, dia tak perlu tunggu lama. Klik wasap je untuk pesanan 😁

BALAS KOMEN PADA POSTING
Jika ada orang komen pada posting korang, jangan cepat-cepat reply. Bagi masa untuk reply sebab ini adalah salah satu cara untuk naikkan engagement posting korang tu. Setiap kali orang komen, posting tu akan menjadi top posting balik. Then bila korang rasa posting korang dah jauh ke bawah, korang boleh lah balas balik komen-komen orang tu. Ia akan memastikan posting korang berada di atas.


Dan jangan lupa minta bantuan adik beradik, keluarga untuk komen posting korang. Biasanya aku akan minta puan isteri untuk komen posting-posting yang baru aku post sebagai pemula engagement (supaya orang nampak posting tu). Dan jangan komen posting sendiri sebab tu tak membantu naikkan engagement dan bawa posting korang ke atas 😂 Dia nak kena orang lain gak komen. Nak orang komen? Pegi la FB walking dan drop komen kat posting-posting orang lain. Korang komen gif image atau emoticon pun takpe dah. Ye la faham sebab kadang-kadang kita pun tak punya banyak masa kan. Ada keje lain nak kena buat.

WAKTU YANG SESUAI UNTUK POSTING
Nak buat posting pun kena tau waktu yang sesuai. Korang kena agak waktu bila orang akan buka facebook.  Selalunya orang akan buka seusai masuk ofis, sebelum dan semasa lunch, sebelum dan selepas balik kerja dan lepas maghrib.


Waktu-waktu yang biasa aku buat posting adalah :

1) 9 AM - 10 AM
2) 12 TGH - 2 PM
3) 5.30 PM - 6.30 PM
4) 8 PM - 9 PM

Aku ada gak try buat posting selain waktu tu. Kadang-kadang nak siapkan cepat, sehari 2-3 posting kan. Kadang2 blast, kadang-kadang tak. Bila tak blast tu aku akan minta wife aku komen posting tu. Bila takde engagement gak, aku akan delete balik posting tu dan buat posting balik.

It's about try and error. Kadang-kadang pemilihan gambar yang tak menarik, waktu yang tak sesuai untuk posting dan copywriting yang terlalu hard sell akan menyebabkan posting korang tenggelam cepat. Korang boleh check kalau korang buat posting dalam group. Bla korang refresh balik group tu, tau-tau dah kebawah dah posting korang kan. Sekejap je sebab terlalu ramai orang buat posting.

COPYWRINTING YANG MANTAP DAN BUKAN TERLALU HARD SELL
Bagi aku paling susah adalah nak memulakan copywriting. Aku perlukan mood dan tenang. Tapi tu la masalah aku. Nak start copywriting punyalah susah tapi bila dah start mengarang susah plak nak berhenti. Idea keluar mencurah-mencurah 😂 Aku anggap tu rezeki dan kelebihan yang Allah pinjamkan.


Kepada yang susah nak tulis panjang-panjang tu, dapat korang selitkan point DETAILS PADA POSTING pun dah cukup. Perenggan awal cuba kaitkan masalah biasa orang dengan produk korang. Contohnya :

Aku actually ada masalah transportation ni. Nak keluar payah betul sekarang lebih2 lagi sekarang plak asyik hujan je kan? Sampai rumah puan lewat. Seller pun banyak closed order. Tapi alhamdulillah bila aku skrol FB, nampak plak akak ni ada buat delivery dan paling best last order dia pukul 7PM'

Nampak tak? Kita 'create masalah' dan kita tunjukkan jalan penyelesaian. Then dalam masa yang sama kita link kan dengan servis yang diberikan supaya orang nampak keberkesanan servis dia tu. 

Then perenggan kedua korang ceritalah kenapa korang suka beli ngan akak tu. Cerita pasal produk dia. Harga dia macamana, apa yang membezakan produk dia ngan produk orang lain. Tu sebagai contoh je la.

Then closing korang masukkan FULL DETAILS berkenaan produk dan ajak orang sama-sama cuba. Siap 😁👍


Tu sebagai contoh mudah supaya korang tak buat hardsell sangat. Korang boleh je buat copywriting simpati, takde masalah pun tetapi jangan selalu. Ia mungkin berkesan kepada pelanggan baru tetapi bukan pelanggan lama. Jangan kecam produk lain, jangan memaki dan menghina. Ia akan memberi tanggapan buruk/bad impression orang terhadap kita lebih-lebih lagi customer baru. Jadi cakap yang baik-baik dan insyaAllah yang baik-baik juga akan datang kepada kita.

BINA JENAMA / LABEL
Aku ambil masa 3 tahun untuk bina jenama #BotakMakan ni. Bila orang tengok #BotakMakan, orang tau aku share pasal makanan dan port-port makan kan? Lagi satu aku guna hashtag sebagai jenama aku supaya bila orang buat carian di Facebook atau Google, akan keluarlah semua posting-posting aku terdahulu sebab setiap posting aku tu aku akan letak hashtag #BotakMakan. Jangan lupa salah satu cara nak branding jenama korang adalah dengan meletakkan watermark korang pada gambar. Ini kerana gambar-gambar ini akan berada di dalam enjin carian Google dan kita tak mahu ia digunakan sewenang wenangnya demi kepentingan pihak lain.


Share sesuatu yang korang minat. Jika korang minatkan sesuatu tu, secara tak langsung korang akan sentiasa buat perkongsian dan buat posting berkaitan perkara tersebut. Buat sampai ianya melekat dalam fikiran orang lain dan bila disebut nama korang, orang tau korang related dengan apa 😁👍


Selang selikan juga dengan perkongsian lain contohnya kisah pencapaian korang, jatuh bangun korang, atau perkara2 yang boleh memberi motivasi orang lain yang membaca. Ia juga boleh dijadikan salah satu bahan untuk copywriting korang selain memberi imej-imej positif tentang diri dan perniagaan korang.

REZEKI
Pokok pangkal berbalik kepada rezeki juga. Jika kita dah lakukan semua tips di atas tapi masih tak berjaya. Jangan putus asa. Mungkin bukan hari ni, kita cuba lagi esok hari. Yang penting terus mencuba dan perbaiki. InsyaAllah Allah takkan pernah hampakan usaha hamba hambaNya 😁👍

Tu je yang aku nak kongsikan ngan korang hari ni. Semua benda-benda basic je. Aku percaya korang lagi hebat daripada aku. Aku just share ilmu aku yang sedikit based on pengalaman aku, mana tau sedikit sebanyak boleh beri manfaat kepada korang kan?

#BotakMakan
#sharingiscaring

0 Comments