4 RESEPI MUDAH UNTUK ANAK-ANAK YANG SUSAH MAKAN SAHUR

Bismillah,


Anak2 excited nak berpuasa tapi masalahnya dorang susah nak makan ketika sahur 😅 Nak tak nak aku kena paksa juga dorang makan supaya perut dorang tak kosong dan boleh berpuasa penuh. So aku kena sediakan menu mudah tapi mampu menarik mereka untuk makan sahur dan encourage dorang untuk berpuasa 😁👍

Kat sini aku kongsikan 4 menu ringkas yang boleh korang sediakan untuk anak-anak korang juga. Aku guna Royale Paratha Fatihah tau sebagai bahan utama sebab doh dia lembut dan boleh buat pelbagai menu. Bahan-bahan lain semuanya aku beli kat pasaraya Mydin hari tu 😁👍


PIZZARIA

Bahan-bahannya :

1) Royale Paratha Fatihah

2) Sos Bolognaisse

3) Beacon Ayam/Daging

4) Lada Benggala/Nenas

5) Keju Mozarella


Cara-Cara Penyediannya :

  1. Royale Paratha Fatihah dibiarkan lembut pada suhu bilik.
  2. Sapu rata sos bolognaisse
  3. Susun beacon ayam/daging
  4. Tabur lada benggala/nenas
  5. Tabur keju Mozarella
  6. Bakar di dalam air fryer pada suhu 180°C selama 15 minit.
  7. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak


ROTI SOSEJ COMEL

Bahan-Bahannya :

1) Royale Paratha Fatihah

2) Sosej ayam

3) Kuning telur


Cara-Cara Penyediannya :

  1. Potong Roti Paratha Fatihah tu kepada 12 bahagian kecil seperti pizza.
  2. Potong sosej menjadi 3 bahagian
  3. Gulung sosej tersebut dengan potongan-potongan kecil roti paratha tadi.
  4. Sapu setiap gulungan sosej dengan kuning telur.
  5. Masak di dalam air friyer pada suhu 180°C selama 5 minit
  6. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak


PAI CARBONARA

Bahan-Bahannya :

1) Royale Paratha Fatihah

2) Bawang holland dipotong dadu

3) Daging cincang dicuci bersih (400g)

4) Sos Carbonara

5) Kuning telur

6) Sayur campur (optional)


Cara-Cara Penyediannya

  1. Goreng daging cincang terlebih dahulu sehingga kering. Angkat dan dibiarkan sejuk seketika.
  2. Tumis bawang holland. Masukkan daging cincang yang siap digoreng tadi.
  3. Kemudian masukkan sayur campur (optional)
  4. Masukkan 1 tin sos carbonara. Masak sehingga mendidih sebelum diangkat dan dibiarkan sejuk seketika.
  5. Potong roti paratha kepada 2 bahagian
  6. Letak bahan-bahan carbonara tadi sebagai inti ke dalam doh roti paratha.
  7. Korang boleh klim tepi roti paratha tadi menggunakan garfu.
  8. Sapu kuning telur pada atas doh carbonara
  9. Masukkan ke dalam air fyer selama 15 minit pada suhu 180°C
  10. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak

SOSEJ WRAP WITH MEAT/CHICKEN BEACON

Bahan-Bahannya :

1) Royale Paratha Fatihah

2) Salad

3) Beacon Ayam/Daging

4) Moyonnaise dan sos

5) Sosej ayam

6) Keju Cheddar


Cara-Cara Penyediannya

  1. Masak doh di dalam air fryer selama 10 minit pada suhu 180°C
  2. Susun salad, beacon dan sosej di atas roti paratha tadi.
  3. Letak sos dan mayonnaise.
  4. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak

0 Comments