Masakan Tradisional Melayu @ Restoran Seniman, Pavilion Bukit Jalil


Bismillah,

SIAPA KATA KAT PAVILION TAKDE RESTORAN MASAKAN MELAYU | Tipikal pemikiran di kalangan kita mesti kata restoran masakan Melayu tak boleh survive di dalam mall-mall mewah seperti Pavilion ni, susah nak jumpa hingga kemungkinan besar tiada untuk berdiri sendiri seperti kafe-kafe, restoran yang mengetengahkan menu-menu negara luar mahupun fast food. Aku cakap ni restoran sendiri, bukan kiosk dalam food republic (foodcourt) tu tau.



Masa aku ke Pavilion Bukit Jalil hari tu, aku jumpa ada satu restoran masakan Melayu di tengah-tengah mall yang besar tu. Eh ramai orang plak tu. Nama restoran ni Restoran Seniman. Di sini ada menyediakan pelbagai jenis hidangan masakan Melayu dari menu utama hingga ke pencuci mulut. Chef dia pun pernah berkhidmat bersama chef selebriti Malaysia iaitu Chef Wan sewaktu bekerja di Restoran Chef Wan.





Menarik kat Restoran Seniman ni, menu-menu dia merupakan menu tradisonal masakan Melayu yang menggunakan pelbagai jenis rempah ratus, ulam ulaman dan di masak mengikut resepi orang lama. Kalau korang rasa, memang betul-betul macam masakan mak-mak kita. Even kat sini pun ada Pizza Petai tau. Nampak macam tak masuk akal, tapi bila korang dah cuba mesti korang impressed. Tak sangka kombinasi petai dan ikan bilis masuk cantik dengan doh pizza tu.





Okay antara menu-menu lain yang boleh korang cuba di Restoran Seniman ni adalah seperti :

Talam Set 'Do Re Mi'
• Talam Set 'Do' - RM62
• Talam Set 'Re' - RM72
• Talam Set 'Mi' - RM82

• Seniman Pizza Bisa Bonar (RM24)
• Kerutup Kambing Mak Tiri (RM26)
• Daging Kerutup (RM28)
• Ikan Siakap Berlado (RM50)
• Ikan Bakar Bujang Lapok (RM52)
• Lontong Kering Wak Labib (RM18)
• Mee Kari Udang Bersepai (RM20)
• Kuey Teow Beef Terkejut (RM19)





Appetizer
• Tauhu sumbat Kejora (RM14)
• Kerabu Daging Bakar Air Asam Kerisik (RM18)
• Sotong Kangkung Terangkat (RM16)

Pencuci Mulut
• Pisang Sangai Ice Cream (RM14)
• Churros with caramel & choc dip (RM16)
• Roti Jala Sira Durian (RM16)
• Teh Tarik Terbalik





Tapi sempena bulan kemerdekaan ni, dorang ada buat promo tau. Dengan setiap pembelian Talam Set 'Do Re Mi' korang juga akan membawa pulang tepen 3 tingkat Merdeka. Ada 2 jenis design yang boleh korang pilih. Cantik design dia. Tapi lagi untung kalau korang dine in kat restoran sebab dorang akan bagi sekali acar sayur. Kalau korang take away, acar sayur tak disertakan di dalam tepen tu.




Ruang dalam restoran ni hanya boleh memuatkan sekitar 20 orang pelanggan sahaja tapi di ruang legar bahagian luar aku anggarkan boleh menempatkan 50 hingga 60 orang orang pelanggan. Dibuka setiap hari dari 10AM hingga 10PM.




RESTORAN SENIMAN
Lot 4.31.00, Level 4
Pavilion Bukit Jalil
Persiaran Jalil Utama
57000 Bukit Jalil

Google Maps

Waktu Operasi
Dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad
Dari pukul 10.00AM hingga 10.00PM

Telefon/Tempahan
Phone : +60 19-214 2578
Email : hr@senimancafe.com

#BotakMakan
#MakanLokal
#MYfoodie
#foodhuntMY
#makanviral

0 Comments