Promosi Pembukaan Cawangan Baru Lulu Hypermarket Setia Ecohill, Semenyih

Bismillah,

Promosi Pembukaan Cawangan Baru Lulu Hypermarket Setia Ecohill Mall, Semenyih | Baru-baru ni aku ke Setia Ecohill Mall Semenyih sebab kat sana ada perasmian pembukaan mall dorang. Bukan tu sahaja malah aku diberitahu yang cawangan baru Lulu Hypermarket pun akan dibuka pada hari tu jugak. Perghh seyes la dua event dalam satu masa ni.



Sedang elok la aku pun memang plan nak cari barang dapur sikit. Ayam pun dah nak habis stok tu. By the way Lulu Hypermarket ni kat level GF dan level 1. Masa aku masuk dalam Setia Ecohill Mall tu aku tengok panjang gila orang beratur. Semua nak grab item-item promosi sempena pembukaan cawangan terbaru mereka hari tu. Aku tengok pamplet yang pakguard bagi. No wonder la banyak betul barang-barang yang dijual murah. Bukan sehari je promosi dorang tau tapi 3 hari tau dari 15 hingga 18 September 2022.



Antara barang-barang yang dijual pada harga murah hari tu antaranya 

• Ayam RM4.90/kg

• Ikan kembung RM1/seekor

• Ikan tilapia RM5.90/seekor

• Minyak Masak RM29.90/5kg

• Milo RM14.90/1kg

• Beras Saga RM10.49/5kg









Dan ada banyak lagi item yang drop harga sempena pembukaan cawangan ke-5 Lulu Hypermarket ni. Aku sertakan sekali pamplet promosi untuk rujukan korang mana la tau korang nak beli barang-barang dapur ke, belanja barang basah atau barang-barang keperluan rumah lain. Bukan tu sahaja malah barang elektrik, komputer dan telefon pun drop harga tau. Asal aku datang nak beli ayam, alih-alih balik rumah bawa periuk nasi 1L sebab harga dia murah kot. Biasa kat luar makan RM40 ke RM50 juga harganya. Tapi kat sini baru RM25 weh.




Sempena pembukaan Setia Ecohill Mall ni juga parkir adalah percuma tau. Actually kalau korang datang malam ke sini, view dia cantik sebab ada air pancut dan dalam mall ni dipenuhi dengan lampu hiasan. Lagi satu aku suka pergi kat Lulu Hypermarket ni sebab bersih dan teratur. Pastu dorang ada banyak jenis makanan sedia dimakan tau macam Nasi Briyani, Ayam Golek, Kunafa, manisan arab dan macam-macam lagi. Tu antara attaction yang tak ada kat mall lain di luar sana.




So jangan lupa grab barang-barang keperluan korang sempena promosi pembukaan cawangan kelima Lulu Hypermarket Setia Ecohill Mall Semenyih ni ye dari 15 hingga 18 September 2022.



Lulu Hypermarket

Kompleks Membeli Belah Dataran Ecohill,

Jln Ecohill 1/2, Setia Ecohill,

43500 Semenyih, Selangor


#LuluEcohillSemenyih# LuLuCapSquareKL# LuLu1ShamelinMall# LuLuSetiaCityMall# LuLuOnlineShopping# JomkeLuLu


1 Comments

  1. LuLu punya sales time opening tak pernah menghampakan! 🔥🔥

    ReplyDelete