Tiara Sendayan Projek Terbaru Matrix Concepts Holding Sdn Bhd

Bismillah,


Dulu aku pernah menyewa rumah selama 3 tahun. Bila difikirkan dan dicongak-congak balik, kan lebih baik jika aku boleh beli rumah terus. Bayaran bulanan pun hampir sama je value nya. Bukan apa, awal-awal dulu aku tak berani nak ambil risiko dan tanggung komitmen lebih-lebih lagi aku baru je mendirikan rumah tangga dan Jasmeen pun baru dilahirkan. Agak sukar untuk mengimbangi aliran keluar masuk kewangan. Tapi lama kelamaan aku bila aku rasa stabil, aku mula fikirkan ada lebih baik aku memiliki sebuah rumah mampu milik yang sama harganya dengan nilai sewa bulanan aku.

Then baru-baru ni aku diberitahu berkenaan sebuah kawasan penginapan baru yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Kenapa aku rasa ianya berbaloi ye? Tak jauh ke dari tempat kerja aku di Kuala Lumpur? Tiara Sendayan ini merupakan projek di bawah selian syarikat pemaju Matrix Concepts Holding Sdn Bhd dan aku rasa berbaloi sebagai pelaburan jangka masa panjang untuk aku dan keluarga.


Untuk pengetahuan korang, pencapaian projek di Tiara Sendayan ni amat mengagumkan kerana dalam tempoh 3 tahun sahaja, hampir 13 projek telah habis dijual dan sambutan daripada pembeli cukup memberangsangkan. Jadi kerana kejayaan dan kecemerlangannya, Matrix Concepts Holdings Berhad telah berjaya merangkul pelbagai anugerah berprestij termasuklah The Edge Excellent Award 2022 (TEPEA), The Edge Billion Ringgit Club 2022, The Malaysia Developer Awards 2022 (Top 10 for Market Capitalisation of RM 1 Billion ke atas) dan banyak lagi.

Antara faktor lain yang membuatkan Tiara Sendayan mendapat tempat di kalangan pembeli-pembeli hartanah adalah kerana  pemaju telah berjaya membina dan menyerahkan lebih 2,188 kunci kepada pemilik perumahan Tiara Sendayan. Ini telah memupuk kepercayaan di kalangan pembeli dan sekaligus turut mencadangkan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain agar menjadi sebahagian dari komuniti Tiara Sendayan ini.


KEMUDAHAN PRASARANA & PUSAT KOMUNITI YANG MENARIK

Pada aku kemudahan prasarana dan pusat komuniti yang menarik juga adalah salah satu faktor kenapa aku memilih perumahan Tiara Sendayan ni. Penting untuk ada kolam renang dan taman permainan yang luas kerana Jasmeen suka tempat-tempat macam ni.

Di kawasan perumahan Tiara Sendayan bukan hanya menyediakan taman permainan sahaja, bahkan fasiliti rekreasi juga turut disediakan seperti gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang, laluan refleksologi, gazebo, outdoor gym dan banyak lagi. Jadi tak perlu dah untuk kami keluar kemana-mana jika perumahan perumahan Tiara Sendayan ini mampu memberikan segala yang kami perlukan di sini.


Selain daripada itu pembeli Perumahan Tiara Sendayan juga akan diberikan keahlian PERCUMA d'Tempat Country Club. Antara fasiliti yang disediakan di d'Tempat Country Club ini adalah seperti kolam renang, gymnasium, mini teater, bilik sauna dan banyak lagi.  

Perumahan Tiara Sendayan ini juga berdekatan dengan Matrix Global Schools, SJK (C) Bandar Sri Sendayan dan SMK Bandar Baru Sri Sendayan. Terdapat juga pusat membeli-belah Sendayan Merchant Square, Sendayan X-Park, Sendayan Metropark, Sendayan Green Park dan Sendayan TechValley. Dengar kata akan ada lebih banyak lagi pembangunan sedang dirancang oleh pemaju untuk membina institusi pendidikan, pusat perniagaan serta pelbagai kemudahan lain lagi.


Tiara Sendayan dikelilingi dengan pelbagai jenis fasiliti dan kemudahan yang lengkap. Jadi pada dasarnya penduduk tidak perlu bimbang tentang hal itu, kerana ia sedia untuk digunakan oleh penduduk pada bila-bila masa sebaik sahaja mereka berpindah masuk.

Tiara Sendayan bakal melancarkan kediaman 2-tingkat bermula dengan harga RM538,888. Untuk fasa ini didatangkan bersama 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Keluasannya adalah 2000 kaki persegi (20’ x 70’) Aku kira kediaman Tiara Sendayan ini sesuai bagi mereka yang mempunyai keluarga yang besar dan mencari rumah yang luas dan selesa untuk didiami.


So kalau korang pun berminat untuk memiliki rumah idaman korang di perumahan Tiara Sendayan dan ingin dapatkan info lebih lanjut mengenai fasa perumahan Tiara Sendayan, korang bolehlah hubungi 1800-88-2688 atau layari laman web https://tiarasendayan.com.


#TiaraSendayan #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #MatrixConcepts

5 Comments

  1. Park die besar facilities pun Banyak, lg2 la dapat masuk free club premium tu

    ReplyDelete
  2. seronok dapat beli rumah kat Tiara Sendayan ni. semua ada

    ReplyDelete
  3. Cantik perumahan dan tenang.. Banyak kemudahan..

    ReplyDelete
  4. Menarik sbb lokasi dia di Seremban dan byk fasiliti dekat sekitar. Mmg berbaloi kalau beli buat aset atau utk jadikan kediaman keluarga kan!

    ReplyDelete
  5. Wahhh still affordable kan mcm rumah Nell sekarang, tapi jauh lebih luas la siap landed house! Nak usha new project launch mereka la nanti 🫶

    ReplyDelete